Followers

Wednesday, September 9, 2009

KERANA KITA TERLALU BERLEMBUT AKHIRNYA KITA JADI "PONDAN"


DAPATKAH BN MENGEKALKAN KUASA DI BAGAN PINANG?

Menjelang sahaja pilihanraya maka kedengaranlah suara2 sumbang membangkitkan isu2 untok menambat hati rakyat. Tidak ketinggalan juga dengan sengaja membangkitkan isu2 sensitif bersabit dengan agama dan kaum. Masing2 bertindak menegak kebenaran dan bertanggong jawab kehormonian dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan.

Bila sahaja menjelang pilihan raya tidak kira PRK atau PRU membuatkan parti yang bertanding tidak senang duduk. Kelemahan dan kesalahan yang telah dilakukan sebelum nya dilindungi supaya ianya tidak diketahui oleh pengundi sebaliknya perkara2 yang baik sahaja diketengahkan untok ke pengetahuan umum.

Pemimpin2 yang mewakili parti akan bertidak mengikut kepakaran masing2 bagi menambat hati rakyat atau pengundi. Bagi pemimpin pas pendekatan utama parti itu adalah agama islam. Gendang islam dipalu mengikut irama pas, walaupun songsang tetap juga disanjung itulah islam yang sebenar yang dibawa oleh pas. Paling malang sekali orang yang tahu dan berilmu tentang islam memainkan peranan utama mengambil bahagian paluan songsang ini. Nik Aziz seorang yang bergelar Tok Guru dalam pas membuat kenyataan islam yang dibawa oleh Umno adalah palsu dihari penamaan calon di Permatang Pasir tempuh hari.

Walaupun majlis fatwa kebangsaan telah menjatuhkan hukuman kepada kenyataan Nik Aziz itu tetapi kerajaan tidak bertindak apa-apa. Nik Aziz sehingga hari ini pun masih mempertahankan bahawa kenyataannya itu ternyata benar. Maknanya bagi Nik Aziz dan penyokongnya menganggap Umno lah yang memesongkan akidah umat islam di negara ini. Umno memperjuangkan memerdekakan negara ini daripada British sekaligus meletakkan islam ditempat yang tertinggi di negara ini dalam pentadbiranya di nilai sebegitu rupa oleh Nik Aziz supaya pas dapat memenangi pilihan raya.

Kepimpinan kerajaan Pusat terlalu berlembut tambahan jika bersabit dengan sesama islam dan melayu di negara ini. Keadaan sedikit berbeza jika bersabit dengan kaum lain dan agama lain selain dari islam. Apa yang sudah terjadi di Perak, penghinaan keatas sultan tidak dapat dilupakan oleh rakyat di negara ini. Bagaimana persidangan DUN dijalankan tanpa kebenaran sultan. Pada awalnya dilakukan dibawah pokok dan pada hari ini persidangan kedua di laku pula di hotel dan ini ibarat mencoteng arang kesultanan melayu sendiri.

Bagi kerajaan kesalahan yang dilakukkan oleh Nizar dan kuncu2nya di Perak tidak lah sebesar mana jika dibandingkan hukuman yang diberikan keatas perarakan kepala lembu tempuh hari. Kerajaan terpaksa akur dengan desakan pembangkang walaupun kerajaan tahu tujuan perarakan kepala itu sebenarnya. Penduduk sekyen 23 terlalu marah dan gambaran sebenar ditunjukan semasa perarakan tersebut. Bagi mereka perarakan kepala lembu itu mengambarkan pemimpin yang berkuasa meluluskan pembinaan kuil dikawasan majoriti melayu itu terlampau bodoh dan tidak menggunakkan akal fikiran seperti lembu. Sebaliknya perkara ini di spin dengan baik oleh pembangkang menghina kaum hindu dan Umno menjadi dalang nya.

Maka berkatalah peguam negara dan kemeterian dalam negeri bahawa sesiapa yang terlibat dalam perarakan kepala lembu tersebut akan dihadapkan ke Mahkamah. Sikap terlalu berlembut kerajaan akhirnya memakan diri sendiri, tidak bertindak salah bertindak pun salah. PRK Bagan Pinang akan menjadi pertempuran hebat pembangkang menyalahkan Umno dalam isu ini. Raja putarbelit Anwar sudah tentu boleh mulai tersenyum lebar menjelang ceramah2 hebatnya di Bagan Pinang nanti dengan menuduh Umno tidak berjiwa islam dengan menghukum orang2 islam yang mahu menyekat dan menghalang pembinaan kuil dikawasan majoriti penduduk islam.

Khalid Samad bersama MB Khalid dan Roziah dikecam hebat oleh penduduk dengan kata2 kesat semasa perjumpaan tempuh hari. Ini sudah jelas kepada kita semua bahawa segala tindakan berkaitan dengan perarakan kepala lembu itu tidak ada kena mengena dengan menghasut antara kaum cuma untok melambangkan kebodohan kerajaan dibawah pakatan pembangkang sahaja. Sepatutnya isu besar sebegini diperbincangkan dengan baik sebelum ianya diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor dengan membenar ianya dibina dikawasan itu. Pada hari ini seolah2 penduduk seksyen 23 yang menyertai perarakan itu yang bersalah. Bersalah kerana menghalang pembinaan kuil itu dan bersalah kerana membawa kepala lembu semasa perarakan itu, maka pada hari ini seramai 12 telah dihadapkan ke mahkamah dibawah akta menghasut dan perhimpunan haram yang diwakili oleh peguam masing2, dibebas dengan ikat jamin rm4,000 seorang.

Ulasan...
Blogger AMNOBODO said...

ayoh..hukum Ghani Patail dan Menteri Dalam Negeri dengan melucutkan jawatan mereka kerana membuat keputusan salah dan menyebelahi pembangkang...ada braNi?..hahahaha....bodoh betoi...sanggup kata orang2 UMNO sendiri lembut dan jadi pondan.....bodo yaamat

September 9, 2009 1:34 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam semua dan slmt berpuasa...

AMNObodoo..

Perjuangan Pkmie hanya tertumpu kpd islam, bangsa dan negara bkn kerana pemimpin tertentu dan juga semangat Pkmie utk melihat islam,melayu kuat ditanah air sendiri bkn kerana dipaksa atau terpaksa. Semangat Pkmie tdk lain dan tdk bkn melalui keinsafan dan kesedaran dri sdri demi masa depan anak2 kita. Pemimpin sdh tentunya boleh dtg dn pergi...agama, bangsa dan negara tdk boleh diperjudikan sedemikian, ia tetap kekal...kalau pincang, maka pincanglah segalanya...

Yg salah tetap salah...Pkmie tdk berfanatik dlm mainan politik...kami syg Umno lebih dri segalanya sebab ia merupakan wadah perjuangan utk islam, bangsa dan negara yg sdh sekian lama di negara ini. Kami perbetulkan Umno dri dalam, kami berusaha memberi pandangan utk kebaikan Umno pada keseluruhan. Kami tdk hipokrik dlm berpolitik. Sikap oputunis spt sesetengah pemimpin dlm UmnoBN, mrhkan nyamok kelambu dibakar -tak ada pada dri kami dari dahulu sampailah skrg penglibatan dan perjuangan Pkmie hanya pada yg satu iaitu UMNO...Slmt Berjuang!

September 9, 2009 2:41 PM


Blogger YANG GAMBI said...

Salam, kawan setuju dengan komen PakMie, bahawa kita bersama UMNO untuk bangsa, agama Islam dan negara, yang salah tetap salah. Bukan jadi seperti sesetengah umat yang mengaku perjuangkan Islam, tetapi bacul bila Islam diperhinakan malah bersungguh-sungguh mengkafirkan orang Islam lain......

September 9, 2009 3:20 PM

Delete

12 comments:

AMNOBODO said...

ayoh..hukum Ghani Patail dan Menteri Dalam Negeri dengan melucutkan jawatan mereka kerana membuat keputusan salah dan menyebelahi pembangkang...ada braNi?..hahahaha....bodoh betoi...sanggup kata orang2 UMNO sendiri lembut dan jadi pondan.....bodo yaamat

PaKMie said...

Salam...

AMNObodoo..

Perjuangan sy hanya kpd islam, bangsa dan negara bkn kerana pemimpin. Pemimpin boleh dtg dn pergi...agama,bangsa dan negara tetap kekal...

Yg salah tetap salah...sy tdk berfanatik dlm mainan politik...kami syg Umno kami perbetulkan Umno dri dalam, tdk spt sesetengah pemimpin mrhkan nyamok kelambu dibakar...

YANG GAMBI said...

Salam, kawan setuju dengan komen PakMie, bahawa kita bersama UMNO untuk bangsa, agama Islam dan negara, yang salah tetap salah. Bukan jadi seperti sesetengah umat yang mengaku perjuangkan Islam, tetapi bacul bila Islam diperhinakan malah bersungguh-sungguh mengkafirkan orang Islam lain......

AMNOBODO said...

HaHaHa..pok mie ..pok mie....pok mie tak tanya kaa waktu surau kat bangi diroboh di Bangi..ada kaa geng2 berarak kepala lembu nih pi pertahankan?....nak tanya pok mie...wajarkah dalam sesi dialog yang dianjurkan bersama penduduk..belum apa2 lagi....mereka menyerang MB dan Adun?....kalau dalam majlis dialog UMNO atau BN...kalau puak pembangkang buat gitu...siang2 lagi ditangkap....boleh kaa macam tu pak mie...? >>> ini ayat pok mie >>>

Khalid Samad bersama MB Khalid dan Roziah dikecam hebat oleh penduduk dengan kata2 kesat semasa perjumpaan tempuh hari. Ini sudah jelas kepada kita semua bahawa segala tindakan berkaitan dengan perarakan kepala lembu itu tidak ada kena mengena dengan menghasut antara kaum cuma untok melambangkan kebodohan kerajaan dibawah pakatan pembangkang sahaja. Sepatutnya isu besar sebegini diperbincangkan dengan baik sebelum ianya diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor dengan membenar ianya dibina dikawasan itu. Pada hari ini seolah2 penduduk seksyen 23 yang menyertai perarakan itu yang bersalah. Bersalah kerana menghalang pembinaan kuil itu dan bersalah kerana membawa kepala lembu semasa perarakan itu, maka pada hari ini seramai 12 telah dihadapkan ke mahkamah dibawah akta menghasut dan perhimpunan haram yang diwakili oleh peguam masing2, dibebas dengan ikat jamin rm4,000 seorang.
<<< utk pengetahuan pokmie...sebelum kita buat sesuatu tindakan..pikir implikasi nya....contoh..bagi pok mie dan para peserta perarakan kepala lembu berfikir bahawa mengarak kepala lembu hanya bertujuan menunjukkan kebodohan pemerintah kerajaan negeri selangor (terutama khalid)...tapi akibat yang tidak difikirkan adalah....para penganut agama hindu berprasangka perarakan itu menghina tuhan mereka...apatah lagi isu perarakan adalah bagi membantah pemindahan kuil...lain kali..kalau kalau nak menunjukkan kebodohan pemimpin kerajaan selangor sekalipon....jgn bawa kepala lembu..tetapi..bawa kepala kerbau...kerbau boleh juga mengambarkan kebodohan..tetapi tidak dianggap tuhan oleh penganut kaum hindu....lagipun..islam sendiri menghalang umatnya menghina sembahan agama lain kerana dibimbangi ianya akan mendapat tindak balas dimana penganut agama lain akan menghina Allah.....Allahua'lam

AMNOBODO said...

Khairy mahu Pemuda BN jaga sensitiviti
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Sayap Pemuda komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya menjaga perasaan serta sensitiviti kaum lain dalam setiap tindakan.

Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai sebuah parti yang disertai pelbagai kaum, mereka mempunyai kesefahaman di antara satu sama lain.

''Kadang-kadang kita terlupa mungkin semasa ingin mempertahankan kepentingan agama dan bangsa sendiri, kita tidak sedar tindakan kita itu membuat bangsa lain terluka hati.

''Membangkitkan isu-isu sensitif yang mungkin boleh buat pihak lain terguris hati perlu dielakkan supaya permuafakatan di antara parti komponen dapat dikekalkan,'' katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa anjuran Pemuda MIC di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pemuda MIC, T. Mohan dan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin.

Mengulas lanjut, Khairy berharap sebarang konflik yang timbul di antara sayap Pemuda BN dapat diselesaikan mengikut saluran dalaman.

''Andai terdapat masalah, saya seru atas semangat BN, kita selesaikan secara rundingan supaya maruah parti kita ini sentiasa dipandang tinggi oleh rakyat,'' jelasnya.

Beliau turut menghargai majlis berbuka puasa anjuran Pemuda MIC itu kerana ia lambang penghormatan kepada UMNO dan ahli-ahli komponen BN lain yang beragama Islam.

Jelasnya, apa yang dilakukan oleh MIC itu ternyata menyahut seruan 1Malaysia yang ingin dilihat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Pemuda BN perlu menjadi pemangkin kejayaan konsep 1Malaysia, kita jangan melihat ia hanya sebagai satu konsep retorik semata-mata,'' katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO



<< pok mie tgk pesanan khairy jamaluddin diatas....part nih >> ''Kadang-kadang kita terlupa mungkin semasa ingin mempertahankan kepentingan agama dan bangsa sendiri, kita tidak sedar tindakan kita itu membuat bangsa lain terluka hati.<< inilah maksud saya dalam komen sebelum nih....peserta perarakan kepala lembu tuh bawa kepala lembu kunun2 ngan tujuan melambangkan pemimpin kerajaan selangor bodo seperti lembu..tetapi mereka lupa dengan membawa dan memijka kepala lembu tuh..ianya melukakan hati bangsa lain (seperti mana kata khairy jamaluddin nih...jadi..saya harap..pok mie..befikir lebih matang dan tinggi seperti pemikiran Khairy Jamaluddin...jgn dilihat seperti budak lepasa nSPM yer... TQ

Toksedang said...

KITA merasa amat pelik dengan pendakwaan segera yang dibuat oleh Peguam Negara dan polis ke atas pihak yang kononnya telah menghina agama Hindu dengan mengusung kepala lembu ke pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor.

Isu kepala lembu ini pula telah dibesar-besarkan dan ditayang berulang kali dalam televisyen.
Tetapi bagaimana pula dengan isu pembinaan kuil Hindu di kawasan majoriti Melayu yang menjadi punca segala krisis? Kita harus melihat puncanya dan bukan mencari helah untuk menyelesaikan isu lain dan melupakan punca sebenarnya.

Penduduk Seksyen 23, Shah Alam, Selangor, rasanya sudah cukup bersabar selama ini tanpa diambil peduli oleh kerajaan negeri Selangor. Bantahan yang dibuat secara berhemah tiada jawapan atau tindakan. Amat mengecewakan walaupun Ahli Parlimen dan ADUNnya adalah daripada Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam. Lalu pilihan apa lagi yang ada pada penduduk Seksyen 23?

Dalam isu ini, di manakah perginya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam untuk menyokong penduduk Seksyen 23 ini? Wakil Pas yang kononnya memperjuangkan kedaulatan Islam juga membisu, tidak boleh diharap malah telah bersekongkol dengan Pakatan Rakyat dalam isu ini.

Kita tidak mahu bercakap mengenai isu mengusung kepala lembu itu kerana ia terlalu subjektif. Apa yang ingin kita timbulkan di sini ialah selesaikan isu sebenarnya, iaitu pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu. Mengapakah dan dengan logik, apakah tempat itu yang dipilih oleh Kerajaan Selangor tanpa rundingan dengan penduduk setempat?

Kita juga ingin bertanya kepada Peguam Negara dan pihak polis, mengapa pendakwaan segera diambil hanya kerana isu kepala lembu dan konon menghina agama tertentu? Bagaimana pula penghinaan demi penghinaan yang telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu terhadap agama Islam? Malah kedudukan Raja-Raja Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu sering dipertikaikan di kalangan ahli politik sehingga membangkitkan kemarahan kepada orang Melayu dan agama Islam. Berpuluh-puluh laporan polis telah dibuat tetapi mengapakah pendakwaan ini tidak disegerakan?

Insiden membuang kepala babi dalam masjid di Melaka dan di tepi pantai telah beberapa kali berlaku. Begitu juga dengan puluhan tunjuk perasaan dengan menyalakan lilin di hadapan balai polis, Padang Merdeka, pencerobohan Parlimen, sidang DUN bawah pokok, pergaduhan dalam DUN negeri Perak, benteng manusia di Kampung Buah Pala, tidur di atas jalan, Hindraf yang diharamkan masih aktif dan banyak lagi. Tindakan pendakwaan patut disegerakan, bukan pendakwaan pada kes-kes yang terpilih sahaja.

Bagaimanapun, kita amat bersimpati dengan penduduk Seksyen 23 berkenaan bantahan ini. Tetapi mungkin inilah harga yang amat mahal yang perlu dibayar oleh sebahagian daripada mereka kerana memilih parti Pakatan Rakyat!

Toksedang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
PaKMie said...

Salam semua dan slmt berpuasa utk yg muslim...

PKmie sokong kenyataan Tok Sadang tetapi Pkmie tdk sokong kenyataan yg bodo2(Umnobodoo)

Kalau kita hendak ambil tahu sesuatu cerita semestinya kita kena ambil tahu dari awal kejadian dan sampai keakhirnya...

Punca sebenar perrarakan itu, dan apa kaitannya dengan Umno? Pkmie cuba memberi pandangan kpd kwn2 yg cuba mahu memahami dan pakmie tdk sesekali berniat utk memberi kefahaman kpd mereka2 yg tk nak fhm.

Dlm soal pembinaan kuil sek 23 siapa sebenar siapa sebenarnya yg betanggongjawab? Kenapa pembangkng nak libatkan dgn Umno? Yg terlibat adalah Pmbgkg Selangor dan kesannya penduduk islam dikawasan itu tdk puashati, itu sahaja poinnya.

Maksud yg mengaitkan "Kerajaan Pondan" itu adalah ditujukan kpd Penguan negara dan kemeterian dlm negeri bukannya pemimpin Umno.

Kebetulan masih byk lagi kes2 lain yg sepaptutnya kerajaan membuat tdkkan segera tetapi kenapa kes perarakan kepala lembu itu diutamakan pula disegerakan!(Sila baca dlm actikel diatas)

AMNOBODO said...

bodo ler ko pok mie..ko tau tak sapo pembangkang di negeri selangor?...ketua pembangkang di negeri selangor ko tau tak sapa?....khir toyo adalah ketua pembangkang di negeri selangor.....UMNO adalah puak pembangkan di negeri selangor...kerana yang memerintah negeri selangor adalah Pakatan Rakyat....makan dipihak lagi satu adalah pembangkang ...oleh itu..bila pok mie kata >> Dlm soal pembinaan kuil sek 23 siapa sebenar siapa sebenarnya yg betanggongjawab? Kenapa pembangkng nak libatkan dgn Umno? Yg terlibat adalah Pmbgkg Selangor dan kesannya penduduk islam dikawasan itu tdk puashati, itu sahaja poinnya. <<<

yang terlibat adalah pembangkang selangor dan penduduk islam..maka...pembangkang selangor tuh sapa?..khir toyo kan?...UMNO kan....bodo ya rabbi la ko nih pok mie..patot pon takat jadik technician jer.....bjgn2 tahap srp jer nih..yer ler..dedulu...SRP pon leh jadi technician...sekarang...SRP kalu..jaga lembu dan arak kepala lembu jer ler..hahahaha....

pok mie kata >> PKmie sokong kenyataan Tok Sadang tetapi Pkmie tdk sokong kenyataan yg bodo2(Umnobodoo)<<<

hihihih...AMNOBODO tuh sertakat id saye pok mie...tapi biler pok mie sebut (UMNObodo)...cuber pok mie pikir balik..pok kata kat sapa tuh/>...kat PAS ker?..kat keadilan ker?..kat DAP ke?...tak pok mie..pok mie kata kat UMNO yang BODO...hahahah..tak cerdik sungguh ler ko nih pokmie



Selamat Berbuker Puasa Pok mie....

AMNOBODO said...

Pak mie..ada semejid nak dirobohkan ..siler ker url dibawah >>
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/09/geng-lembu-tolong-sini-masjid-nak.html?showComment=1252633331548#c4480308147258367179

kalau pok mie rajin ler......huhuhuhu

AMNOBODO said...

pok mie,...nih bukti geng lembu dari kalangan orang UMNO nih pok miee >>> sile lawat sini pok mie >> http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/09/ketua-umngok-geng-lembu-tak-didakwa.html?showComment=1252631842048

AMNOBODO said...

tak ensem ler ginih pok mie..pok mie diam seribu bahasa nih..isHhh..kata penulis blog yang hebat..jawab ler pok mie..hahahahah

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..