Followers

Friday, October 2, 2009

BAGAN PINANG : ANWAR PERJUDIKAN NASIB ERDOGAN


Dalam beberapa siri PRK yang lepas, tidak semua kawasan SPR menjadi sasaran tomohan jahat Pakatan Rakyat. Kalau di PRK Kuala Terengganu tempohari, SPR dicaci dan dihina setelah pas menang barulah SPR di beri pujian melangit cekap telus dan sebagainy. Manakala di PRK Permatang Pasir mereka mengambil sikap diam membisu bila didapati lebih 4000 pengundi dikawasan itu tidak dapat dikesan oleh BN.

Menjelang PRK Bagan Pinang kali ini pertikaian dibuat terhadap SPR dari awal lagi berkaitan dengan pengudi pos. Pakatan Rakyat mengatakan pengundi pos yang hanya sekitar 1,200 orang sahaja tidak seperti 4,604 orang yang dikeluarkan dalam senarai SPR.

Undi Pos bukan baru. Anwar pernah berada di dalam Barisan Nasional turut tahu isu undi Pos ini. Sehingga kini belum pernah Anwar menunjukkan bukti bahawa Barisan Nasional semasa beliau menjadi Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana menteri mempunyai mekanisme menipu undi Pos.

Jika undi pos boleh ditipu maka tida merasalah Tan Sri Khalid Ibrahim kerusi Bandar Tun Razak. Demikian juga dengan jumlah 6000 undi pos di bagan Pinang mana mungkin BN hanya menang dengan majoriti 2, 333 undi sahaja dalam pilihan raya lalu.

Sedangkan semua orang tahu Pas hampir tidak bernafas di Telok Kemang sejak dahulu lagi. cawangan-cawangan Pas pun hidup segan mati tak mahu sahaja.

Jika undi Tentera banyak menyokong BN bukan kerana penipuan tetapi kerana tentera berpuas hati dengan cara pentadbiran negara dan juga kebajikan mereka yang dijaga dengan baik oleh kerajaan BN.

Selebihnya pengundi pos juga bukan buta hati dan buta mata untuk melihat perkhidmatan wakil rakyat yang akan mereka pilih.

Sehingga belum dibuktikan terdapat penipuan undi Pos selagi itulah kita harus akui undi pos juga telus seperti undi biasa.

Jika Anwar yang pernah menjadi pakar strategi UMNO, mengetuai sekian banyak pilihan raya bagi pihak BN pun gagal mendedahkan penipuan undi Pos apa relevannya isu ini?

Isu ini hanyalah helah Anwar dan pakatan untuk menyediakan mental dan psikologi penyokong mereka jika diandaikan tewas teruk dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang ini.

Anwar bersama Pakatan Rakyat sudah menjangkakan PRK kali ini tidak menyebelahi mereka dan DUN Bagan Pinang adalah kubu UmnoBN. Pelbagai cara dan kerenah cuba diketengahkan, paling berat untok berdepan dengan pengundi pos yang majoritinya askar kerana sebelum ini Anwar bersama Nik Aziz dengan lantang menyatakan Chin Peng seorang nasionalis dan mengangkat perjuangan komunis itu sebagai nasionalis, semata mata mahu menutup sejarah pejuangan UMNO merintis kemerdekaan negara ini. Isu ini amat menakutkan mereka kerana dengan tindakan mereka itu sekaligus memperlekehkan dan sudah tentu melukai hati parajurit-parajurit yang berjuang bermatian mempertahan negara. Malah lebih teruk lagi mereka berusaha agar Chin Peng di benarkan kembali ke tanah air untok disanjung sebagai wira pejuang kemerdekaan.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..