Kemenangan besar BN(Umno) mengalahkan Pakatan(Pas), melebihi dua kali ganda majoriti yang diperolehi oleh BN berbanding dengan PRU12.Kesemua peti undi dimenangi oleh BN, termasok beberapa peti undi sebelum ini dimenangi oleh pas. Sebanyak 42% pengundi bukan melayu memberi undi kepada BN. Dengan kemenangan besar itu, menandakan rakyat sudah mulai sedar bahawa mereka tidak mahu diperbodohkan lagi. Selain dari kemenangan diluar jangkaan, kemenangan ini juga boleh dijadikan sejarah buat UmnoBN sekaligus dua sejarah besar tercatit kepada kita dalam pilihan raya kali ini. Pertamanya kemenangan besar keatas UmnoBN dan kedua, peninpuan besar ketua Dewan Pemuda Pas pusat.
Timbalan ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mahu Nasruddin Hassan disiasat di bawah Akta Hasutan sekiranya ketua Dewan Pemuda PAS pusat itu, didapati telah menimbulkan huru-hara.
Dalam ucapan penggulungan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini, Razali mendakwa Nasruddin telah bertindak sedemikian dengan menghantar SMS kepada penyokong PAS, yang mendakwa kumpulan itu telah "diserang" oleh kumpulan Pemuda Umno sewaktu pilihan raya DUN Bagan Pinang.
Razali juga berkata PAS telah menerbitkan gambar yang didakwa sebagai seorang anggota PAS yang dikatakan cedera dalam kejadian tersebut.
"Dia keluarkan gambar kononnya muka pecah, baju koyak tapi badan tak luka pun," kata Razali.
"Kita cakap kepada dia, bawa orang ini ke depan. Kita nak minta maaf kalau kita salah. Sampai hari ini tak ada pun orang yang dikatakan dianiaya oleh penyokong BN.
"Penipu besar Nasruddin Hassan," katanya lagi.
Razali turut mendakwa bahawa anggota pergerakan itu juga telah "diserang."
"Satu malam sebelum buang undi, Pemuda kita diserang hanya kerana orang PAS kena tipu," katanya lagi.
"Kalau dia mati masa tu, memang mati katak sebab dia bukan jihad, dia menipu," katanya lagi.
Razali turut mendakwa bahawa terdapat juga anggota Muslimat PAS yang menipu pengundi dengan memberitahu tarikh membuang undi yang salah.
"Muslimat PAS kerana terdesak, dia pergi ke rumah orang tua beritahu tak jadi buang undi pada 11 Oktober, tapi ditunda kepada 13 Oktober," katanya sambil menambah perkara itu tidak seharusnya dilakukan oleh PAS.
"Umno tak akan sekali-kali menggadai agama Islam untuk kepentingan diri, katanya"
2 comments:
itu dah pasti abng we...lawak paling menyayat hati, mamat tu kena belasah dengan petugas BN...
kalau nak menipiu pun, janganlah sampai kantoi...kan tuhan dah bayar "cash" sebab nak fitnah BN...
kalau PAS tak sedar penipuaan murahan dorang tu lagi, bagi aku mereka ni seperti pelacur murahan kat belakang lorong hj taib....asyik nak melacur je...yang penting kepuasan dapat sebarkan keburukan orang lain...
Salam Pak Mie,
Walau apa pun Pakatan rakyat sudah mula mengelabah dan meroyan. Perjuangan kita belum berakhir...baru mula. Kita hanya menang dalam "battle" belum lagi dalam "War". Salam Perjuangan.
Post a Comment