Followers

Saturday, October 3, 2009

BAGAN PINANG : PAKATAN RAKYAT ADALAH PAKATAN MENIPU

Gabungan tiga parti yang berbeza agenda sudah tentu putarbelitnya menjadi-jadi. Anwar melantik dirinya sebagai penasihat dalam pakatan tersebut atas nama pakatan rakyat untok mengaburi mata pemimpin dalam gabungannya dan juga rakyat di negara ini. Kalau Anwar iklas dalam perjuangan kenapa tidak memperkukuhkan pas sahaja, tidaklah bersusah payah menubuh parti baru PKR. Perjuangan sebenar ketiga-tiga parti itu jika pun mempunyai matlamat yang sama hanyalah semata-mata mahu menghancur Umno sahaja. Amat malanglah kita orang melayu di negara ini yang buta mata dan buta hati yang terus memberi sokongan untok melenyapkan melayu dan islam yang sudah pun diletakkan dengan baik di negara ini. Perjuangan yang sudah pun sekian lama di terima pakai oleh semua kaum yang sudah jelas termaktub dalam pelembagaan negara, hasil daripada peninggalan pemimpin kita terdahulu.

Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat memain peranan penting menarik golongan melayu islam dengan bersandarkan agama yang begitu senonim dengan orang melayu di negara ini. Nik Aziz mengambil langkah mengisi ruang kelemahan orang melayu sendiri. Suatu masa dahulu ketika pas bersendirian mereka menghentam DAP habis-habisan kerana mereka sedar DAP sebuah parti politik yang tidak mahu kepada islam tetapi apa yang berlaku sekarang akibat dendam dan mainan kelicikan Anwar menyebabkan Pas mengadaikan prinsipnya dan bergabong dengan DAP yang terang-terangan menolak islam.

Bila sahaja menjelang pilihan raya maka terserlahlah peranan lakonan-lakonan mereka masing-masing yang skripnya dibuat oleh Anwar. Pas dengan cara islam mereka, DAP dengan cara sosialis mereka dan PKR dengan cara menuntut keadilan untok seluruh rakyat di negara ini. Semasa Anwar memegang jawatan TPM suatu ketika dahulu kenapa beliau tidak perjuangan keadilan seperti hari ini, kita pun tidak tahu. Lagi pun masa itu Anwar ada kuasa, beliau boleh lakukan untok tujuan kebaikan rakyat ketika itu. Umno buat pembersihan membuang pemimpin2 seperti Anwar pada hari ini DAP dan Pas pula menerima pakai pemimpin seperti Anwar. Paling pelik dan lucu orang yang sama yang membenci Anwar ketika itu menyanjungi melangit pula Anwar dihari ini. Supir2 Anwar semasa dalam Umno dahulu sudah mengenali siapa Anwar sebenarnya termasuklah Ezam sendiri. Salah seorang supir Anwar pada hari ini adalah Nik Aziz. Skrip Anwar dilakonkan oleh Nik Aziz. Menjelang PRK Bagan Pinang Nik Aziz sudah berpesan kepada semua petugas parti PAS yang akan dan sedang bertungkus lumus di Dun Bagan Pinang agar berjuang untuk menegakkan agama Islam bukan untuk parti PAS semata-mata. Kalau asas perjuangan pun sudah tidak betul bagaimana pula mahu menegakkan agama Islam di negara ini. Sebelum DAP memberi kata dua baik Nik Aziz berhati-hati. Silap-silap haribulan Karpal suruh Nik Aziz pula bertaubat seperti Anwar dan Persuruhjaya Pas Selangor Hasan Ali. Tetapi Nik Aziz tidak kesah apa-apa pun orang-orang kapir kata sebab dia tidak tahu menahu tentang islam.

Kalau PAS bertanding secara bersendirian, mungkin berjuang menegakkan agama Islam adalah lebih sesuai. Sekarang PAS tidak lagi menggunakan perjuangan menegakkan hukum hudud dan menegakkan sebauh NEGARA Islam. Nik Aziz tidak lagi menyebut berjuang menegakkan sebuah NEGARA Islam seperti dahulu. Ini bermakna PAS akur diatas perjanjiannya bersama Pakatan Rakyat. Pemimpin pas hanya menipu penyokong-penyokongnya, DAP tetap konsisiten tidak mahu kepada islam di negara ini seperti mana Karpal ucapkan suatu ketika dahulu. Kelicikan Anwar dan kesanggupan pemimpin pas menipu sesama islam itulah yang menyebabkan Pas dan DAP boleh berada sekali dalam pakatan. Kesepakatan jahat seperti ini tidak akan berkekalan dan sekarang pun sudah menjadi haru biru pentadbiran di negeri-negeri dibawah pakatan rakyat, bila sahaja pemimpin pas cuba bersuara tentang dasar-dasar islam. Akhirnya terpaksa akur dan tunduk kepada DAP.

PAS perlu berhati-hati ketika bercakap tentang 'Islam' seperti membangun bersama Islam dan penubuhan negara Islam. DAP tidak boleh dengar perkataan 'Negara Islam' apa yang DAP benarkan setakat berceramah dan penulisan sahaja. DAP sangat sensitif dengan Islam dan menganggap islam itu musuh mereka sejak dari dahulu lagi . Kalau tidak masakan Karpal Singh boleh mengeluarkan ayat ' langkah mayat saya dulu jika mahu laksanakan negara Islam di negara ini'

Anwar sedar semua itu menjadi penghalang kepada pakatan politik antara PAS dan DAP. Tetapi dalam masa yang sama Anwar sangat memerlukan kedua-dua parti ini di dalam Pakatan. Di dalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas Anwar berjaya mengugurkan slogan islam dalam pas berujuan adalah untuk memberi keyakinan kepada pengundi bukan Islam bahawa PAS tidak lagi sebuah parti Islam. Sebab itu, ramai undi-undi Cina dan India telah memangkah PAS jika parti itu berhadapan dengan UMNO. Selama ini mereka takut untuk mengundi PAS kerana kononnya bagi mereka memperjuangkan sebuah negara Islam.

Sebenarnya sudah lama PAS membuang matlamat utama perjuangan mereka. Kini tidak ada beza PAS dan UMNO. Sebenarnya, Anwar Ibrahim telah menipu pengundi Cina,India dan melayu untok tujuan matlamat mereka. Lakonan Anwar bila berhadapan penyokong Islam mereka akan berkata PAS akan meneruskan dasar-dasar Islam dan hudud bila sahaja PAS mempunyai kerusi majoriti di Parlimen. Sebaliknya ketika berhadapan dengan pengundi Cina dan India Anwar akan bercakap mengikut kehendak kaum tersebut.

Bagi Umno Orang Cina dan India tidak payah takut kepada islam, kerana islam itu benar dan suci. Orang Cina dan India perlu tolak PAS kerana ianya parti pembohong. Lihat di Selangor, PAS dan DAP macam anjing dengan kucing. PAS dan DAP sebenarnya bersepakat untok menjatuh Umno sahaja. Mereka tidak boleh duduk sebumbung apatah lagi tidur sebantal kerana prinsip perjuangan yang jauh berbeza. PAS dengan UMNO yang seagama pun tidak boleh berbincang apatah lagi DAP yang berlainan agama, bangsa, bahasa, budaya dan dari lain benua.

Begitu jugalah jika orang Cina dan India menyokong PAS di DUN Bagan Pinang tidak membawa apa-apa erti kepada mereka. Kalau Pakatan Rakyat menguasai Negeri Sembilan, Menteri Besarnya tetap juga orang Melayu walaupun DAP mempunyai kerusi terbanyak. Seperti apa yang sudah berlaku di Perak. Lain pula kedudukan DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kedah dan Kelantan. Negeri Sembilan kedudukannya seperti di Selangor dan Perak sangat rapuh. Perniagaan orang-oarang Cina terus merosot kalau negeri kucar kacir, kehidupan juga tidak tenteram dan ini sudah tentu menakutkan kaum Cina.

Orang Cina dan India di Negeri Sembilan sudah lama hidup dengan aman. Tidak perlu lagi kepada parti yang suka membuat bising, dan bermuka-muka. PAS tidak mampu menyelesaikan masalah orang Cina dan India di Bagan Pinang. Pas tidak boleh manandingi BN yang selama ini dengan baik dan berkerjasama menyelesaikan masalah mereka. Pakatan Rakyat tidak boleh berbuat apa-apa kalau ada pun sekadar janji semata-mata. Mereka bersepakat hanya mahu menjatuhkan kerajaan BN. Jika BN jatuh sekali pun nasib Anwar untuk menjadi Perdana Menteri terletak ditangan Karpal Singh. Dimasa itu terjawablah Siapa tipu siapa? apa pun kita rakyat marhean tetap menanggong akibatnya.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Salam, InsyaAllah, sedikit demi sedikit Allah menonjolkan kemunafikkan mereka supaya rakyat akan menolaknya........

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..