Followers

Wednesday, October 14, 2009

UMNO : KEBANGKITAN ATAU KERUNTUHAN

Umno dan BN akan bangkit semula dan mengulangi kegemilangannya sepertimana parti Kongres di India dan Parti Kuomintang di Tawan yang pernah tewas tetapi bangkit semula dengan citra politik yang baru, kata Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Umno mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana Umno adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan," katanya ketika merasmi serentak perhimpunan agung Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di PWTC di ibu negara semalam.
Untuk mencapai matlamat itu, katanya, ahli parti perlu mematikan agar tidak ada lagi antara "kita yang menjadi batu-api, batu ronson, kaki-cucuk, talam dua muka, pepat di luar, rencong di dalam, dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang.
"Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut, dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu Umno!" katanya.

Muhyiddin mahu ahli parti itu mengambil pengajaran dan keinsafan daripada yang berlaku pada Parti Golkar di Indonesia yang tidak lagi sekental dulu dan Parti Nacionalista di Filipina telah lama tumpas.

"Yang paling mutakhir tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang telah banyak berjasa membangunkan semula negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

"Apakah yang menyebabkan parti-parti ini kecundang? Apakah jasa dan bakti parti-parti ini kepada pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara masing-masing tidak lagi dikenang oleh rakyat? Apakah rakyat mempunyai kehendak dan aspirasi yang berbeza daripada apa yang mampu ditawarkan oleh parti-parti ini? Atau apakah parti-parti ini menjadi angkuh dan pemimpinnya tamak oleh kerana terlalu lama berkuasa?" soalnya.

'Fitnah dan pembohongan'


Menurutnya, Umno kini sedang diuji dengan cabaran dan tantangan yang getir, "Apa yang dikatakan tsunami politik sewaktu pilihan raya umum 2008 bagai menghasilkan musibah berupa trauma yang masih terbekas di sanubari kita. Bagi kebanyakan orang, trauma ini masih belum kebah".

Katanya, rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan dan kepalsuan menjadi kebiasaan.

"Khabar angin, provokasi, cerita palsu dan berita sensasi sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap musuh. Masyarakat sukar untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar.

"Golongan yang membuat bencana dan kerosakan ini menjadi angkuh dan sombong ketika tuhan menguji mereka dengan sedikit kuasa.

"Lalu mereka berarak di jalan-jalan raya konon menunjuk jaguh kuasa, mereka menentang suara demokrasi konon kuasa rakyat bersama mereka, mereka mengherdik kehakiman negara konon dikasi oleh adikuasa, mereka membentak polis konon dikawal kuasa mereka.

"Malah mereka menyanggah Suruhanjaya Pilihan Raya bila keputusan-keputusan tidak berpihak pada mereka. Mereka alpa dengan peringatan Allah agar tidak memecah belahkan umat, agar tidak menabur fitnah, agar tidak menghina dan mencaci sesama manusia. Mereka berasa tidak berdosa ketika kononnya bercakap tentang keadilan dan keIslaman, tetapi terus menggugat dan meruntuhkan nilai keIslaman mereka," katanya.

Saran empat rukun

Sehubungan itu, beliau mengajak ahli dan pemimpin Umno supaya bingkas bangun segera merapatkan saf, bermula dengan mengamalkan empat rukun - kesatuan minda, kesatuan hati, kesatuan amalan dan menuju kesatuan matlamat.

Mengenai kesatuan minda, Muhyiddin menggesa ketiga-tiga sayap parti agar memahami, menghayati dan mendalami aspirasi rakyat dan orang Melayu.

"Kita perlu membebaskan minda dan sikap kita daripada penjara pemikiran yang lapuk, la'ih dan sukar berubah yang menyimpang daripada perjuangan kita yang sebenar.

"Kita mesti menerima hakikat bahawa landskap politik negara sudah berubah, nilai dan budaya politik masyarakat Melayu sendiri juga sudah berubah," katanya.

"Kita perlu menggarap pemikiran baru tentang demokrasi yang merangkumi konsep penghakupayaan, politik penyertaan dan tadbir urus negara yang baik.

"Pemikiran baru ini perlu dibina dan digembleng tanpa mengorbankan matlamat asal perjuangan Umno," katanya lagi.

Mengenai kesatuan hati, pula Muhyiddin menggesa mereka menghayati nilai politik luhur yang disanjungi rakyat demi memastikan Umno sentiasa berada di hati rakyat.

"Rakyat dan orang Melayu hari ini menyanjung tinggi pemimpin yang ikhlas berbakti; mendahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi; sentiasa menunaikan janji; telus, adil, amanah dan bertanggungjawab apabila bertindak; dan sentiasa memahami denyut nadi rakyat.

"Dengan menghayati nilai-nilai luhur ini, saya yakin Umno akan sentiasa dekat di hati rakyat," tegas Muhyiddin.

"Apabila kita berbakti, pastikan bakti yang dicurahkan, khidmat yang disampaikan dan bantuan yang dihulurkan benar-benar menyentuh hati rakyat.

Berbakti pada rakyat

"Ini bermakna kita mesti sentiasa bersatu hati untuk bersama-sama mencurahkan bakti kepada rakyat yang benar-benar memerlukan.

"Kita mesti sentiasa bersetia dalam wadah Umno untuk membantu rakyat tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Kita mesti sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa dan tempat," katanya.

Mengenai kesatuan amal, Muhyiddin menggesa ketiga-tiga sayap parti itu merangka dan melaksanakan pendekatan yang lebih mesra rakyat untuk memenangi hati rakyat terutama golongan muda.

"Kita tampilkan wahana komunikasi politik yang lebih berkesan untuk mendekati rakyat. Wahana baru yang telahpun kita gunakan ialah media baru dan asas rangkaian sosial yang bersifat interaktif.

"Kita manfaatkan wahana ini bukan sahaja untuk berinteraksi tetapi untuk menampilkan idealisme, pemikiran, nilai, budaya dan jiwa Umno yang baru," katanya.

Tambahnya, program mendekati masyarakat mesti diperhebatkan supaya benar-benar dapat merasai denyut nadi mereka.

Cari jalan penyelesaian


"Jadilah mata, telinga dan suara hati masyarakat. Fahami permasalahan masyarakat dan bantulah mereka mencari jalan penyelesaian.

"Sentiasalah turun padang agar kehadiran kita dirasai, diri kita mudah didekati. Sentiasalah berada bersama masyarakat dan bersedia untuk membantu mereka. Ini adalah terjemahan tradisi perjuangan kita membela rakyat," katanya.

Mengenai dengan kesatuan matlamat, beliau menggesa ketiga-tiga sayap parti supaya "jayakan hijrah jiwa dan sikap" agar menjadi pejuang Umno yang kukuh iman, moral dan etika, yang mengutamakan hubungan sesama manusia dan memahami realiti semasa.

"Insya-Allah, dengan melakukan hijrah jiwa ini, yang akan terpancar daripada diri peribadi para pejuang Umno ialah sifat-sifat terpuji seperti yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

"Para pejuang kita akan sentiasa berani menyatakan kebenaran (siddīq), bukan dusta, sentiasa amanah (am�nah), bukan curang, sentiasa menyampaikan seruan kebenaran (tablīgh), bukan menyembunyikannya, dan sentiasa berfikiran cerdas (fat�nah), bukan dungu," katanya.


No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..