Followers

Saturday, October 17, 2009

KETUA BAHAGIAN TIDAK SEMESTI JADI CALON PILIHAN RAYA


Menjunjung Tradisi Menzahir Perubahan menjadi tema ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Perhimpunan Agung UMNO 2009 hari Khamis. Sebagai ucapan dasar sulung beliau selaku Presiden UMNO, beliau memberikan tumpuan sepenuhnya menyentuh mengenai UMNO sahaja. Beliau menggariskan dengan jelas usaha yang perlu diambil bagi memperkasakan UMNO dan memastikan UMNO terus relevan sesuai dengan agenda pembaharuan dan perubahan yang hendak dibawa.

Malah secara tegas, ucapan dasar itu mengimbas asas penubuhan UMNO, jasa dan bijaksananya UMNO mentadbir negara, tingginya toleransi orang Melayu sebagai pembuktian Melayu bukanlah rasis, terbukanya UMNO yang menjadi lembayung kepada semua golongan masyarakat, tingginya tahap pengorbanan ahli-ahli terdahulu hinggalah kepada cabaran yang perlu ditangani serta perubahan yang wajib dilaksanakan.

Menurut Najib, UMNO perlu meneruskan proses islah dan menzahirkan perubahan-perubahan yang sesuai dengan masa.


“Kita mesti dikenali sebagai parti yang bukan sekadar mampu melakar perubahan tetapi berupaya pula menzahirkan perubahan itu,” katanya.

Sebagai pembuktian kepada perubahan itu, beliau menegaskan pindaan perlembagaan UMNO bukanlah satu usaha tempelan tetapi pembuktian suburnya demokrasi dalam parti itu malah “nyatanya tidak ada mana-mana politik di Malaysia yang berani bertindak sedemikian rupa”.




Justeru sebagai pembuktian kepada kesungguhhan UMNO melakukan perubahan dengan mengutamakan rakyat, ia bukan sahaja akan mempertingkatkan usaha dan meneruskan tradisi membela mereka akan tetapi kriteria memilih calon bagi mewakili parti itu pada pilihan raya juga akan diubah.

Menurut Najib, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) termustahak bagi sesebuah parti politik ialah memenangi pilihan raya dan membentuk kerajaan.


“Dalam memenuhi maksud ini, kita perlu mencari calon yang betul. Untuk itu, kita akan mengubah kriteria menentukan calon. Maknanya, dalam memilih calon, individu itu perlulah seseorang yang diterima masyrakat tempatan di samping mempunyai kualiti untuk berkhidmat kepada tiga peringkat penting yakni peringkat rakyat, peringkat parti dan peringkat negara".


“Pada analisa akhir, inilah calon yang dikehendaki rakyat dan akan memenangi pilihan raya,” katanya.

Seterusnya, Najib mengulangi perlunya UMNO bersifat inklusif dan bukannya insular atau terpulau dengan memperbanyakkan program yang capaiannya bukan sahaja di kalangan ahli UMNO semata-mata tetapi seluruh orang Melayu dan bukan Melayu.

Menurut beliau, UMNO perlu dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai sebuah parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri.




“Maka persepsi UMNO sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan,” ujar beliau lagi.

Menjelaskan betapa inklusifnya UMNO, Najib berkata, UMNO adalah parti siasah yang semesta dengan semua pihak mempunyai tempat dan peranan di bawah lembayung parti berkenaan.
“Semenjak penubuhannya lebih enam puluh tahun yang lalu, UMNO telah dianggotai mereka yang berfahaman kiri dan kanan, golongan nasionalis mahupun agamawan. Termasuk jugalah golongan pemikir dan pedagang, pendidik, pejuang serta pelbagai latar sosio ekonomi. Semuanya dialu-alukan dalam UMNO.
“Tuan-tuan dan puan-puan inilah kekuatan UMNO, inilah lambang kebitaraan perjuangan UMNO yang sebenar, sebagai sebuah parti tercinta yang menjiwai keluh kesah, denyut nadi dan nurani semua golongan masyarakat,” tambah beliau.
Menggariskan keterbukaan UMNO dan orang Melayu, Najib menempelak pihak-pihak tertentu yang dengan sewenang-wenangnya menuduh UMNO sebagai sebuah parti perakuman dan meminta mereka mencermin diri mereka secara ikhlas.
“Jika betullah orang Melayu rasis bagai didakwa, tidak mungkin kita bersifat amat bertolak ansur terhadap budaya etnik-etnik lain seperti yang diamalkan, tak mungkin juga kita benarkan sekolah-sekolah aliran kebangsaan diwujudkan, bahkan mustahil pula untuk bekerjasama dengan begitu akrab bersama-sama parti komponen lain dalam Barisan Nasional sejak berdekad lamanya.
“Oleh itu, kepada pihak-pihak tertentu, janganlah angkuh mengaku bahawa mereka kononnya sebuah parti pelbagai kaum yang mempunyai keabsahan moral dan keikhlasan intelektual untuk memimpin rakyat di negara ini,” kata beliau sambil menambah, pihak berkenaan harus sedar akan realiti komposisi kaum dalam parti mereka sendiri adakah ia benar-benar melambangkan keterbukaan yang mereka jerit dan laung-laungkan. - 15/10/2009

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..