NIK AZIZ JANGAN LEPAS TANGAN DAN MESTI BERTANGGONGJAWAB DENGAN KATA-KATA KESAT DAN FITNAH DI MANEK URAI
KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI
KEPUTUSAN RASMI PRK MANEK URAI
Pilihanraya Kecil 2009
Mohd Fauzi Abdullah (PAS) : 5,348
Tuan Aziz Tuan Mat (BN) : 5,283
Majoriti : 65
Pilihanraya 2008
Ismail Yaacob (PAS) : 5,748
Zulkepli Omar (BN) : 4,394
Majoriti : 1,352
Setiausaha Agung UMNO , Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyifatkan, pilihan raya kecil Manek Urai memperlihatkan dengan jelas betapa para penyokong PAS telah terpesong akidah mereka kerana sanggup bertindak ganas dan mengeluarkan kata-kata lucah kepada wanita. Tegasnya, UMNO ingin menyelamatkan akidah umat Islam yang dipesongkan oleh pimpinan parti itu.
Ketua Wanita UMNO , Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil Manek Urai menjadi petanda BN kembali memenangi hati rakyat. Katanya, walaupun tewas, BN menang menerusi perjuangan dan keikhlasan kempen.
Ketua Pemuda UMNO , Khairy Jamaludin pula melahirkan rasa syukur apabila mendapati di semua peti undi pada pilihan raya kecil itu, menunjukkan peningkatan undi di kalangan orang muda yang menyokong BN.
Ketua Penerangan UMNO , Ahmad Maslan ketika mengulas keputusan pilihan raya kecil itu berkata, UMNO telah berusaha sedaya mungkin di Manek Urai. Hasilnya kata beliau, dulu PAS menang dengan majoriti 1,352 tetapi kini hanya mampu meraih majoriti 65. “Manek Urai memberi banyak hikmah untuk memantapkan UMNO,” katanya.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pengundi Manek Urai telah memberi amaran awal pada PAS jangan lagi cakap sombong tuduh orang lain tidak Islam. “Menang dengan majoriti 65 undi adalah memalukan,” ujar beliau.
Calon BN , Tuan Aziz Tuan Mat dalam ulasannya berkata, beliau akan terus berbakti kepada para pengundi di Manek Urai. Tambahan pula atas kapisitinya sebagai Ketua Pemuda Bahagian Kuala Krai, beliau mendapat dukungan pimpinan Pemuda UMNO Malaysia untuk terus berkhidmat. Malah beliau juga berkata, akan terus berusaha untuk mengukuhkan parti dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Ulasan PaKMie
Berkat kerjasama baik diantara jentera Umno Bahagian, ketokohan calon Umno yang bertanding, gandingan kempimpinan Pusat Timbalan Perdana Menteri, pengerusi dan badan perhubungan Umno negeri dalam memberi penjelasan halatuju kerajaan dan kefahaman bagi menangkis perpepsi pembangkang (Pas) menyebabkan Umno telah berjaya menambat hati rakyat kembali kepada UmnoBN di Manek Urai. Jika mahu melihat Umno kuat kerjasama yang baik ini hendaklah konsisten dan tidak terhad kepada semasa kempen pilihan raya semata-mata.
Pas menang dengan majoriti yang tipis sudah tentu sebab-sebabnya tidak menyenangkan Nik Aziz. Post morten dari kemenangan yang tipis dilubuk sendiri sudah tentu akan ada tunding menunding jari diantara sesama pemimpin dalam parti itu sendiri. Penyakit yang sudah ada kesan daripada kemenangan Nasharuddin di muktamar dan isu hangat unity governmet sehingga memaksa Nik Aziz menggeluarkan kata-kata kesat kepada Timbalan Presidennya sendiri dan ini sudah akan terus merebak dan tidak terhenti setakat itu sahaja. Kesannya menyebabkan Anwar Ibrahim dan Karpal terpaksa camportangan keatas isu tersebut. Pas sudah berpecah walaupun isu itu dianggap sudah selesai yang diputuskan dalam mesyuarat tertinggi pakatan rakyat yang dipengerusikan oleh Anwar.
Keceluparan mulut Nik Aziz sesama islam dalam Umno, fatwa-fatwa dan bahasa kiasan, fitnah memfitnah untuk mendapatkan undi semasa pilihanraya MU juga menjadi impak yang besar pepercahan dalam parti itu. Umno seharusnya mengambil peluang yang baik ini. Pemimpin-pemimpin Umno perlu bersatu dalam memperkemaskan jentera-jentera parti diperingkat akar umbi. Jika perkara ini disusun dengan baik dan disertai dengan tindakan yang berterusan tidak mustahil Umno dapat merampas kembali Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.
P/s : Kepada pengunjung-pengunjung blog PaKMie sepanjang PRK MU, sekalung jutaan terima kasih tidak terhingga kepada anda kalian. Penulis juga perlu sokongan moral dan emosi dari anda sekalian. Segala kritikan dianggap membina dan akan diperbaiki untuk dijadikan bahan penulisan dalam blog ini. Selagi penulis berupaya perjuangan tetap diteruskan. Demi agama, bangsa dan tanah air sendiri.

1 comment:
JUMLAH BUKAN PENENTU KEBENARAN.
Post a Comment