Followers

Tuesday, July 7, 2009

MANEK URAI : LIHATLAH DENGAN MATA HATI


kerana KERANA INGINKAN PENYATUAN ISLAM DAN BANGSA SENDIRI USTAZ NASHARUDDIN DI PINGGIRKAN

Ketiadaan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai terus menjadi tanda tanya apabila Nasharuddin tidak diletakkan sebagai penceramah dalam mana-mana ceramah mereka.

Bermacam-macam cara dan reaksi pandangan pemimpin pas ketika wartawan membuat pertanyaan. Tetapi semua jawaban yang diberikan tidak menepati pertanyaan wartawan. Bagi Pakmie setiap jawaban yang diberikan itu semata-mata hanya sekadar mahu menutup kelemahan diri masing-masing. Hj Hadi mengatakan ustaz mungkin ada kerja-kerja lain yang lebih penting, beliau juga mengatakan DS Najib juga tidak datang kenapa tidak dihebuhkan.

Bagi Pakmie (maaflah) kalau dilihat gaya dan keterampilan ustaz Nasharuddin yang lepas-lepas sudah tentu ia hadir semasa penamaan calon itu. Pas tidak seperti Umno. Kalau pemimpin Umno tidak hadir kita boleh terima, sebab Umno tidak menggangap sesuatu kehadiran dalam sesuatu majlis itu sepenting pemimpin pas, lain lah jika beliau salah seorang penceramah. Penyokong pas juga tidak seperti penyokong Umno. Para penyokong pas sanggup berberapa hari berkampong semata-mata menanti hari penamaan calon. Bagi mereka seolah-olah dengan kehadiran itu mereka mendapat pahla yang besar yang disediakan oleh Allah SWT. Mereka sanggup bersusah payah, mereka sanggup berpanas berhujan, mereka sanggup meninggalkan tanggongjawab lain yang lebih besar, mereka sanggup meninggalkan anak bini berminggu minggu semata-mata untuk berkerja memenangi parti mereka.

Ketua Pengarah Operasi Pas Manek Urai, Abdul Fatah Harun menjelaskan ketiadaan Timbalan Presiden tersebut disebabkan Kelantan adalah ‘istimewa’ dan tidak sama dengan kawasan-kawasan lain. Apa yang istimewa...? majoriti penduduk tetap Manek Urai adalah mahu kepada kebenaran. Mereka mempunyai asas keagamaan yang kukuh. Mereka hidup dengan bersyukur apa yang ada. Mereka mempunyai "keorigenalan" mereka sendiri. Sebab itulah antara sebab-sebab ustaz Nasharuddin tidak disenarai dan dibenarkan berceramah di kawasan itu. Ustaz Nasharuddin sejak akhir-akhir ini menampakkan kepada kita ada keiklasan mahu menegakkan kebenaran dalam Islam . Kegagalan isu "kerajaan perpaduan" yang dihalang sewenang-wenangnya tanpa bicara oleh Nik Aziz dan ini mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada beliau dan seterusnya tidak hadir pada hari penamaan calon tersebut. Ternyata pada kita disini keiklasan sebenar ada pada ustaz Nasharuddin tidak pada Nik Aziz dan Hj Hadi.

Pas amat takut jika dikalangan pemimpinnya tidak sehaluan. Sebab itulah Nik Aziz sanggup menghukum ustaz Nasharuddin supaya meletak jawatan dan meninggalkan parti itu. Seolah-olah jasa ustaz Nasharuddin tiada langsung. Sifat keterbukaan pas hanya terselah bersabit dengan KESEPAKATAN memburukkan Umno. Apa kata Nik Aziz semua betul walaupun kata-kata itu menghina sesama Islam. Itu juga antara sebab Nik Aziz menjadi mudah lupa diri, mudah menggeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya, beremosi ketika bercakap dan yang paling menyedihkan seolah-olah Nik Aziz itu sendiri maksum.

“Beliau mungkin ‘segan’ nak datang sini sebab Manek Urai lain daripada yang lain, jadi beliau tidak disenaraikan dalam ceramah di Manek Urai..."

Kata-kata yang paling lucu setakat hari ini menjelang PRK Manek Urai. Adakah patut Ustaz Nasharuddin segan? patutkah kata-kata ini keluar dari seorang ketua pengarah operasi pas Manek Urai? - jenis IQ zero tahap gaban.

“Ada tempat kita meletakkan calon yang berpendidikan tinggi dan ada kawasan tidak, kita buat begitu mengikut kehendak penduduk disitu ”


ArissG

P/s : Ustaz Nasharuddin adalah salah saorang di kalangan pemimpin Pas yang sepatutnya diberi penghargaan. Seorang Timbalan Presiden Pas yang menang bertanding mengalahkan Husam dan Mat Sabu diaibkan oleh Nik Aziz sebegitu rupa semata-mata kerana mahu melihat agama dan bangsanya sendiri bersatu.

2 comments:

TokMudim said...

Mengikut pungutan suara/poll serta reaksi penduduk-pendududk Manek Urai semasa penamaan calon PRK pada 06-07-09(Isnin) harapan BN untuk memenangi kerusi Manek Urai semakin cerah. Ini amat membimbangkan penyokong-penyokong PAS, setelah PRK Penanti PAS tidak bertanding, maka di Manek Urai, PAS akan melakukan apa saja untuk menafikan kemenangan BN. Oleh itu penduduk penduduk Manek Urai dinasihatkan supaya:

1] Kad pengenalan adalah harta anda yang paling penting. Tanpa kad pengenalan anda tidak dibenarkan mengundi.

2] Simpan kad pengenalan anda ditempat yang selamat. Jangan diberi simpan kepada sesiapa pun walaupun orang itu yang paling dengan rapat dengan anda.

3]Jika ada pihak yang menawarkan wang ringgit untuk menyimpan kad pengenalan anda secara sementara. Jangan terima. Laporkan segera kpd polis. Jika boleh dapatkan sedia bukti gunakan handphone untuk merakam peristiwa tersebut.

4]Jika ada pihak memberi anda wang ringgit secara tidak langsung supaya mengundi parti mereka. Terima saja wang tu tapi jangan undi mereka. Nilai anda tidak boleh dijual-beli.


5] Jika anda syak sesiapa saja yang mempunyai kad pengenalan lebih satu atau mengundi lebih dari satu tempat , lapor kan segera kepada Polis.



Selamat Mengundi

TokMudim said...
This comment has been removed by the author.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..