Followers

Monday, July 13, 2009

MANEK URAI : SEJUMLAH 12,293 AKAN MEMBUANG UNDI ESOK?



ADAKAH DUN MANEK URAI ANTARA DUN YANG TERMAJU DI KELANTAN?

Perkembangan terkini PRK DUN Manek Urai menjadi bahan bualan serata tempat dan sudah tentu ianya menjadi tumpuan sebilangan besar ahli-ahli politik tanah air. Rakyat negeri Kelantan, khasnya penduduk di Manek Urai sendiri yang majoritinya mahu melihat satu perubahan dalam pilihan raya kali ini. Kini terletak kepada bahu 12,293 pengundi yang akan membuang undi pada 14 july iaitu esok. Adakah Manek Urai akan dibebas dari belenggu dan cengkaman politik pas yang sudah sekian lama mengikat pemikiran penduduk dikawasan itu. Kebanyakan pengundi-pengundi sudah mulai sedar dari ulikkan pemimpin pas yang hanya bermain dengan slogan indah dan fitnah memfitnah semata-mata.

Majlis Penerangan dan gerakkan rumah ke rumah oleh jentera Umno telah memberi sedikit sebanyak kesedaran kepada penduduk di Manek Urai, sekaligus terjawab sudah segala tomohan fitnah dan dahyah-dahyah pas kepada Umno selama ini yang hanya lakonan pas semata-mata. Timbalan Perdana Menteri mendesak Kerajaan Pas Kelantan bagi memperjelaskan apa kemajuan yang telah Nik Aziz lakukan lebih 20 tahun memerintah negeri itu. Negeri Kelantan sendiri adalah negeri termundur selepas Sabah. Taraf kemiskinan yang tinggi, peratusan gejala sosial dan penyakit aid tertinggi di negara ini.

"Sepatutnya Pas dan kerajaan negeri membentangkan prestasi pemerintahan mereka selama 20 tahun di Kelantan berasaskan fakta dan apa yang dilakukan untuk syiar Islam, ekonomi dan prasarana - sebaliknya pas memilih jalan lebih kepada memburuk-burukkan Umno dan kerajaan bagi mendapatkan pengaruh undi"

Pas amat bijak bermain dengan slogan-slogan Islam bagi mengalihkan pandangan rakyat dan pengundi-pengundi daripada isu-isu asas bagi menutup kelemahan sepanjang pemerintahan mereka. Pas juga amat bijak bermain sentimen rakyat dengan menonjolkan imej Nik Abdul Aziz yang kononnya sebagai ulama terkenal.

P/s : Pakmie yakin PRK Manek Urai akan menentukan titik tolak kedua-dua parti. Apa yang kita tahu gandingan yang baik diantara Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri sudah tentu amat menakutkan pemimpin pas. Umno semakin mantap, rakyat semakin memahami sendiwara-sendiwara yang dilakukkan oleh pas. Selepas PRK Manek Urai pas akan terus berpecah. Gendang Kerajaan Perpaduan tetap akan dipalu. Kehadiran Hj Hadi dan Nasharuddin ke Manek Urai bagaikan terpaksa. Lakonan-lokonan Nik Aziz tetap dipertontonkan lebih hebat lagi selepas PRK ini.

Berita terkini

KOTA BAHARU 13 Julai - Kelantan mengisytiharkan esok sebagai cuti umum bagi semua penjawat awam yang bekerja di negeri itu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, langkah itu diambil selepas mengambil kira kepentingan umum, memandangkan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai akan berlangsung esok.

Beliau berkata, pihaknya melihat bahawa hari mengundi yang ditetapkan esok boleh menimbulkan banyak kesulitan kepada pengundi kerana ia diadakan pada hari bekerja.

“Saya isytihar esok 14 Julai (Selasa) sebagai cuti umum bagi seluruh negeri Kelantan, diambil atas sebab ’Cuti Peristiwa’. Dalam semangat pro demokrasi, kami mesti mengutamakan kepentingan rakyat dan mendahulukan pencapaian,” katanya.

- BERNAMA



No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..