Followers

Sunday, July 26, 2009

POLITIK KELANTAN : ANTARA SERBAN DAN SONGKOK

"AYAT-AYAT CINTA POLITIK" ANTARA PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI DAN MENTERI BESAR - ADAKAH SEKADAR "MADAH BERHELAH" TAJUK LAGU NYANYIAN ZIANA ZIN SAHAJA?

Kehidupan rakyat Kelantan tanpa pembangunan oleh Kerajaan negeri yang memerintah sudah lebih 20th membuatkan negeri itu terus mundur berbanding dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Rakyat Kelantan majoritinya kaum melayu, hidup cara melayu. Berbagai usaha oleh Kerajaan Pusat bagi menolong rakyat dan negeri Kelantan namun apabila sampai diperingkat perlaksanaan tidak diberi layanan dan kerjasama yang sepatutnya oleh Kerajaan negeri dibawah pemerintahan Menteri Besar Nik Aziz.

Rakyat terus terhimpit dalam kancah kemeskinan. Pemimpin-pemimpin Pas hanya sibuk berpolitik supaya kuasa yang ada dapat dikekalkan. Tetapi pada hari ini nadanya sudah berbeza apa yang kita dengar dari mulut Nik Aziz.

KOTA BHARU 25 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sebarang sengketa antara kerajaan Pas Kelantan dan Barisan Nasional (BN) wajar diselesaikan demi kepentingan rakyat.

Menurut beliau, walaupun wujud perbezaan ideologi antara kedua-dua pihak yang menjadi pertembungan dalam pilihan raya namun ia terbatas setakat itu.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik sekiranya kerajaan Barisan Nasional (BN) bersedia untuk terus membawa pembangunan bagi membantu rakyat negeri ini.

"Selama-lamanya saya tak pernah tolak 'salam' kerana ia adalah ajaran Islam.

"Memanglah kami tak pernah sekat, tak pernah apa. Kami yakin bahawa Islam ini adalah betul, nak sekat pun benda betul nak buat macam mana," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan diminta mengulas mengenai komitmen yang ditunjukkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed yang sudi hadir bersamanya pada majlis pra pelancaran program Kelantan Fiesta 2009 di Kuala Lumpur semalam.

Semasa kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai baru-baru ini beliau menyamakan UMNO yang menjadi tunjang utama kepada BN sebagai parti ajaran sesat Ayah Pin dan serupa dengan pengganas Chin Peng.

Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata, persengketaan yang berlaku antara kedua-dua parti itu di Manek Urai baru-baru ini cuma atas dasar pilihan raya dan ia setakat itu sahaja.

KOTA BHARU 25 Julai - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed senada dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sedia melupakan sengketa politik dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Beliau menegaskan, UMNO sejak dahulu tidak berbeza pendapat dengan parti itu dalam hal-hal berkaitan dengan perjuangan menegakkan agama Islam dan Melayu.

"UMNO mengambil sikap yang terbuka, apa yang boleh merapatkan perpaduan umat Islam dan Melayu khususnya hal-hal berkaitan agama dan bangsa saya rasa tidak harus ada perbezaan sebaliknya berpadu.

"Memang UMNO dan Pas mempunyai perbezaan politik yang jauh dan perjuangan yang berbeza tetapi dalam perbezaan itu ada persamaan, dan dalam hal-hal yang ada persamaan tidak ada sebab kenapa kita tidak boleh bermuafakat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan hari ini menyatakan kesediaan menghulurkan tangan untuk berbaik-baik dan melupakan sengketa politik dengan kerajaan Pusat dalam usaha menjaga kepentingan rakyat dan perpaduan Islam.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri tidak pernah menganggap kerajaan Pusat sebagai musuh tetapi hanya lawan dalam mempertahankan perjuangan ideologi politik masing-masing.

Mustapa menegaskan, pendirian UMNO jelas mahu muafakat khusus bagi kebaikan rakyat kerana parti itu berjuang untuk rakyat khususnya di Kelantan.

"Kita tidak ada masalah tetapi harus ada kesungguhan dan keikhlasan terutama dalam hal berkaitan agama Islam dan bangsa tidak harus ada perbezaan pendapat yang menyusahkan antara kita kerana kita sesama Islam dan Melayu," katanya.

Utusan Online.

PaKMie : Syukurlah kalau sama-sama iklas untuk menolong rakyat. Jangan pula kerjasama ini hanya untuk mendapat bantuan semata-mata. Dalam soal keiklasan tidak timbul dipehak Umno kerana sudah sekian lama Kelantan dibawah pemerintahan pas pun Kerajaan pusat tidak pernah menyekat perutukan. Kita tidak mahu mendengar disebalik niat yang baik dan hasrat mahu membela rakyat tetiba ada agenda lain pula yang tersembunyi. Pembangkang sudah melakukkan bermacam-macam karenah dalam politik negara sekarang. Perletakan sewenang2nya jawatan wakil rakyat supaya pilihanraya baru dapat diadakan, kerenah-kerenah fatwa karut, tekanan demi tekanan kepada kerajaan- SPRM, PDRM dan mencabar sistem kehakiman. Adakah ini juga penyusunan strategi secara senyap dan rapi Anwar plan 16 September?. Pembangkang cuba mengalihkan isu-isu rasuah yang bermaharajalela di Selangor, pembicaraan liwat Anwar dan kemarahan umat islam kepada Nik Aziz sendiri kesan dari keceluparan semasa pilihanraya MU yang lepas dan pepecahan dikalangan pemimpin pas sendiri.

Bagi PaKMie agenda kerjasama untuk menolong sesama melayu dan islam ini sudah termaktub dalam unity goverment, bahkan penglibatannya lebih menyeluruh tetapi kenapa diawal2 lagi Nik Aziz tentang? baguslah dan syukurlah sekarang Nik Aziz cakap macamtu, tetapi jangan pula lusa dia lupa dan bercakap lain pula. Semuga dengan sikap gajah depan mata tak nampak Nik Aziz seperti yang kita kenal sebelumnya dan sikap suka merendah2kan orang islam lain tak ada dalam usaha ini. Nik Aziz juga perlu muhasabah diri diatas pepecahan umat islam yang lepas-lepas.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..