Followers

Sunday, July 5, 2009

UMNO : SELAMATKAN MANIK URAI DAN JAUHKAN DARI FITNAH NIK AZIZ

PAKATAN RAKYAT HIDUP DENGAN MENCIPTA ISU-ISU

Buat apa kita menghentam Nik Aziz? kita tegur pentadbiran dan keceluparannya menjatuhkan hukum kepada seseorang. Lagi pun ia terpaksa dibuat kerana ia telah melampaui batas sehingga menimbulkan kecelaruan di kalangan umat Islam. Selain bertujuan membela nasib rakyat , kita juga mahu menyedarkannya kembali kepada cara-cara Islam yang sebenar. Kalau Pas sebagai pembangkang mengritik Umno dalam kerajaan, apatah lagi tugas kita membentulkan keceluparan Nik Aziz itu. Nik Abdul Aziz juga gagal melaksanakan tugasnya dari semua aspek termasuk ekonomi dan pendidikan.

Paling lucu Nik Aziz kononnya menjadi lambang kekuatan Islam di negara ini mahu memperbetulkan pemerintahan DS Najib sebagai Perdana Menteri dengan mengajaknya berdebat. Kenapa Nik Aziz tidak berdebat sahaja dengan Karpal yang secara jelas menghalang pemerintahan Islam di negara ini. Suatu masa Karpal telah menyatakan langkah mayatnya dahulu jika pas mahu menubuhkan pemerintahan islam di negara ini.

Selepas setahun gabungan mereka dalam Pakatan Rakyat akhirnya terserlah jua walaupun berbagai cara dan usaha untuk menyelamat dan melindunginya kepada rakyat.Terbukalah belang masing-masing apabila semua nak penuhi agenda parti sendiri. Bergabung semata-mata untuk mengaburi mata rakyat menjelang pilihan raya selepas pilihan raya ianya berpecah.

Setelah apa yang berlaku di Perak sekarang di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor pula dilihat semakin kalut apabila semakin banyak tuduh-menuduh antara mereka berhubung beberapa isu berkaitan. Kontroversi pengambilalihan tanah di Kampung Buah Pala dan keputusan DAP Kedah keluar dari pakatan dilaporkan rakyat menyesal kerana mengundi pembangkang pada pilihan raya umum lalu. Gabungan mereka setakat nak kalahkan BN dan UMNO tetapi pertemuan yang lebih penting untuk membela rakyat tak ada.

Di PRK Manik Urai sekarang Pas sibuk membahagi syurga dan neraka. Gerakan rumah kerumah menjaja menyokong pas masuk syurga dan menyebar fitnah kepada Umno menolak Islam, menyeleweng dan 'ajaran sesat' dan jika menyokongnya masuk neraka. Dalam Islam, siapa saja yang menyebarkan fitnah dan dakwaan palsu maka kita bertanggungjawab memperbetulkan dakwaan itu, kalau tidak masyarakat akan terpesong dan tergelincir daripada ajaran sebenar, ini bahaya kerana akan menggalakkan perpecahan.

Selain dari kita mahu memilih pemimpin semasa pilihan raya, kita juga kena hati-hati dengan hasutan dan fitnah. Kita juga kena memilih dengan menggunakan fikiran yang waras. Serangan terhadap peribadi mencari dan mereka ceriter-ceriter boleh menjurus kepada perpecahan. Kita wajib memperbetulkan perkara ini denganr cara menegur mana-mana pemimpin yang sudah lari dari landasan sebenar islam. Kita perlu selamatkan rakyat, kita perlu selamatkan negara dan kita perlu selamatkan Nik Aziz sekaligus boleh menyelamatkan perpecahan umat islam di negara ini. Langkah pertama marilah kita sama-sama terjemahkan dalam pilihan raya Manik Urai 14hb nanti dengan menolok Pas dan memberi undi dan menyokong Umno.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..