Followers

Tuesday, July 28, 2009

UMNO : KUASA ADA TETAPI SENJATA TAK ADA

BUAT APA KEPADA PEMBANGUNAN KALAU SETIAP KALI PILIHANRAYA UMNO KALAH

Politik hari ini berbeza dengan politik zaman dahulu. Kalau dulu menyokong Umno sebab inginkan pembangunan. Tetapi politik hari sudah berbeza. Pas sudah lama mengamalkan politik menghalalkan cara. Cara Umno berpolitik masih ditahap lama pembangunan fizikal diutamakan. Rakyat kini tidak mahu lihat dan nilai lagi kepada bukti2 sesuatu pencapaian dan kejayaan kerajaan atau pemimpin-pemimpin terdahulu sebab ianya sudah dilaksanakan. Pembangunan yang pesat dinegara ini dibawah kerajaan UmnoBN selama ini hanya dinilai sebelah mata bahkan ianya pula dijadikan senjata oleh pembangkang untok menghentam balik UmnoBN . Akibat dari mainan jahat politik parti pembangkang sehingga rakyat dan Kerajaan sendiri pun seolah2 terkeliru, buat pun susah tak buat pun susah. itulah diantara kecerdikan dalam kejahatan pembangkang dibawah pimpinan Anwar Ibrahim.

Begitu banyak pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh kerajaan UmnoBN jika hendak tidak disenaraikan disini. Boleh dikatakan semua kemajuan yang ada pada hari ini diperingkat perlaksanaannya ditentang habis-habisan oleh parti pembangkang kononya pembaziran dan sebagainya. Sekian lama fikiran rakyat di negara ini diracuni kerana kerajaan mahukan kemajuan berbagai masalah pula yang timbul. Kemajuan yang lahir di negara kita hari ini adalah hasil usaha pemimpin yang berjiwa besar, yang benar-benar iklas walaupun bermacam rintangan oleh berbagai pehak khasnya pembangkang ia juga tetap dan mampu diteruskan.

Cadangan kerjasama Kerajaan Kelantan dan Pusat yang dicetus oleh Nik Aziz boleh memerangkap diri sendiri jika tidak dikaji dan nilai betul2. Kenapa Kelantan sudah lebih 20th dibawah Kerajaan Pas hari ini baru Nik Aziz bersuara tentang kemajuan?. Kalau rakyat Kelantan mahu menilai pembangunan yang dilakukkan oleh pas selama ini sudah tentu rakyat tidak memilih dan menyokong parti itu. Soalnya kenapa majoriti rakyat Kelantan masih memilih pas walaupun Nik Aziz sendiri pun mengakui negeri Kelantan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain dalam soal pembangunan?

Kita bukan sekali dua ditipu oleh Nik Aziz. Kalau sekali bolehlah kita anggap perkara biasa, kalau dua kali pula boleh lah kita anggap diri kita cuai dan leka. Tetapi kalau sudah berkali-kali kena tipu macamana pula? sudah tentulah diri kita sendiri yang bodoh, bukan penipu yang bodoh. Penipu adalah sudah menjadi amalan dan kerja dia, hari-hari dia fikir macamana nak tipu dan menipu supaya dapat menambat hati rakyat bagi memenangi pilihanraya itu sahaja. Nik Aziz cuba menunding jari kepada Kerajaan Pusat atas kelemahan pentadbirannya sendiri selama ini.

Umno menjadi lemah bila menyebut perpaduan melayu. Umno menjadi lemah bila menyebut perpaduan islam. Atas sifat kelemahan Umno inilah diambil peluang oleh Nik Aziz. Sebut sahaja kesepakatan melayu dan perpaduan Islam, Umno tetap menyokong. Senjata inilah yang Nik Aziz guna dalam mengekalkan pemerintahannya di Kelantan selama ini. Rakyat Kelantan menjadi lemah dan longlai bila Nik Aziz menyebut "Melayu dan Islam". Rakyat Kelantan sanggup ditipu berkali-kali tak apa asalkan untok kekuatan agama dan bangsa.

Apa yang kita tahu sejak akhir-akhir ini tektik yang sama Pas gunakan bagi menawan hati orang melayu dan islam yang kian menular kenegeri-negeri lain di negara ini. Dengan gandingan mantap Nik Aziz bersama Anwar Ibrahim tektik ini lebih menyerlah dan licik sekali. Didepan orang islam cakap lain, didepan cina dan india cakap lain. Soal isu perpaduan yang fasal 1 yang dicetuskan oleh Hj Hadi walaupun sudah selesai namun tetap menjadi tandatanya. Kerjasama fasal ke 2 diubah tajuk " Kerjasama Kerajaan Kelantan dan Pusat" tangan dihulur oleh Nik Aziz sendiri. Semua cadangan ini disambut dengan iklas oleh Umno sesuai dengan konsep 1Malaysia. Untuk memaniskan idea ini Nik Aziz mengajak Umno melupakan sengketa lama-lama. Bangsa perlu bersatu dan Islam perlu diperkuatkan. Siapa sebenarnya yang mencetuskan sengketa kalau tidak Nik Aziz sendiri, perkara ini Umno agaknya sudah lupa bahawa Umno itu sendiri sudah dikapirkan oleh Nik Aziz. Jika kita tidak berwaspada takut Kerajaan Pusat juga turut dipengaruhi oleh wayang Nik Aziz. Beliau boleh mengaku jika menguntongkan beliau, sebaliknya beliau tidak akan mengaku jika merugikan dia...sifat seperti ini hanya Nik Aziz sahaja mampu lakukan dan ianya tidak ada pada pemimpin Umno, disebabkan perkara2 inilah Umno itu perlu berhati-hati. Segala fatwa ada pada Nik Aziz.

Kini terjawablah sudah kepada kita semua bahawa bukan rakyat negeri Kelantan sahaja diperbodohkan oleh pas, Umno pusat juga turut terpedaya dengan kerenah Nik Aziz itu.Tidak salahlah kalau pemimpin-pemimpin Umno itu lebih berwaspada dengan tindakan seperti ini. Perkara yang baik kita utamakan, perkara yang jahat juga kita kena pandai jauhi...Jangan jadikan rakyat negara ini menjadi mangsa rakus pembangkang. Tidak mustahil jika Kerajaan Pusat turut lena dengan mimpi2 indah Nik Aziz ini dan terus asyik membiarkan perkara ini berterusan berlaku suatu hari nanti dalam negara ini akan lahir ramai lagi golongan yang taksub kepada pemimpin sepertimana taksubnya Penyokong Pas Pemuda Kemahang 1 kepada Nik Aziz itu.

P/S : Coretan PaKMie ini juga jawaban kepada Pemuda Pas Kemahang 1.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..