Followers

Wednesday, July 1, 2009

KELANTAN : RAKYAT SESAT KERANA NIK AZIZ?


NIK AZIZ PENTINGKAN DIRI SENDIRI TIDAK MENGAMBIL KIRA PERASAAN UMAT ISLAM DAN MELAYU DI NEGERI-NEGERI LAIN

Nik Aziz lebih pentingkan kuasa dan diri sendiri daripada islam. Orang Melayu yang merasakan cadangan UG tempohari boleh megatasi perpecahan merasakan amat kecewa dengan keputusan penolakan terbuka oleh geng 11 tersebut. Nik Aziz merupakan sebagai hero penolakan gagasan itu. Nik Aziz cuma pentingkan diri sendiri daripada mahu melihat pepaduan sesama islam secara menyeluruh.

Nik Aziz terlalu mengikut telunjuk DAP dan PKR. Pas sekarang tidak boleh membuat keputusan sendiri sedangkan DAP dan PKR tidak penah mengambil kira dan merujuk pendapat pas dalam melaksanakan perancangan mereka walaupun pas lebih senior berbanding parti lain dalam Pakatan Rakyat. Ini menguatkan lagi hujah bahawa Nik Aziz lebih menjaga hati dan kepertingan DAP dan PKR daripada menjaga hati sesama islam dan org melayu sendiri.

Keputuan Nik Aziz yang berlawanan dengan kehendak, hasrat dan aspirasi majoriti org melayu yang mahu melihat melayu dan islam di negara ini bersatu. Sebenarnya kendak ini bukan kehendak Umno atau pas, tetapi kehendak orang melayu...

Nik Aziz lebih bersikap kenegerian dalam setiap keputusan bersabit dengan melayu atau Islam. Kalau di Kelantan peratusan kaum melayu dan Islam memanglah tinggi, apakata kaum melayu dan islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain seperti Perak, selangor, Kedah dan Pulau Pinang? sudah tertentu lebih tertekan dengan keputusan yang dibuat oleh Nik Aziz itu. Mereka akan lebih meneliti dan akan bertindak menilai kembali keputusan Nik Aziz yang tidak mahu kerajaan perpaduan diteruskan. Kaum melayu dan islam negeri-negeri tersebut mulai sangsi kepada Nik Aziz yang dilihat lebih mementingkan politik berbanding dengan kepertingan ummah sehingga boleh merugikan orang melayu dan islam itu sendiri.Pendekatan cara islam Nik Aziz adalah pada slogan semata-mata.

Pakmie percaya, Nik Aziz dan pemimpin pas lain terpaksa dan akan menjawab kepada pengundi-pengundi di PRK Manik Urai menjelang Pilihanraya 14hb july nanti kenapa sanggup menolak sedangkan dalam masa yang sama bercakap mahu menegakkan islam di negara ini. Di Manik Urai Nik Aziz cuba mengalih fikiran rakyat dan pengundi dari isu ini dengan mencetuskan pula idea baru mengajak Perdana Menteri DS Najib berdebat. Kenapa isu perdebatan pula yang ditimbul sedangakan isu muzakarah yang lebih baik dan digalakkan dalam Islam ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz? Semua ini rakyat khasnya para pengundi di Manik Urai harus berfikir dengan teliti mainan politik Nik Aziz ini.

Bagi rakyat kelantan sepatutnya sudah sedar yang sekian lama mainan wayang kulit Nik Aziz ini. Sudah lebih 20th pas memerintah kelantan, apa yang pas buat perubahan kearah kebaikan rakyat kelantan? Tenyata maju mundurnya Kelantan selama itu diletak 100% kepada Kerajaan Pusat UmnoBN. Apa kah peranan Nik Aziz dan barisan exconya yang menerima gaji dan elaun berjuta sebulan dari kerajaan pusat selain dari kerja-kerja mencaci dan memfitnah pemimpin-pemimpin kerajaan itu? Pengundi-pengundi Manik Urai patut menjatuh hukuman sekeras-kerasnya dalam piliharaya nanti dengan memberi sokongan penuh kepada Umno. Jika Umno menang nanti kita akan dapat mulai melangkah membuat penyusunan semula untuk merampas kembali Kelantan ditangan Pas dalam PRU13 nanti. InsyaAllah...

Sebenarnya Nik Aziz sudah lama tewas. Nik Aziz sudah lama tewas dalam mengawal diri dan mulutnya sendiri. Cara Nik Aziz memenatkan diri beliau sendiri dengan dosa-dosa. Sepanjang pemerintahan Nik Aziz menjadi MB Kelantan setiap kali apabila menjelang pilihanraya beliau terpaksa mencari isu-isu panas untok menghasut fikiran rakyat supaya membeci kerajaan UmnoBN. Fatwa-fatwa tidak sewenang-wenangnya dikeluarkan setiap kali pilihanraya mempergunakan agama bagi menarik undi. Nik Aziz terpaksa menanggong dosa2 semata-mata mahu kepada kuasa dunia.

"Bulan ramdhan adalah bulan pengapunan dosa bagi orang-orang islam manakala piliharaya pula adalah bulan penambah dosa bagi orang islam seperti Nik Aziz dan kuncu-kuncunya..."


Kalau masjid yang menjadikan kebangaan Islam di Kelantan pun tidak dibina sehinggakan masjid negeri Muhammad Muhammadi pun masih ditahap peninggalan pemeritahan Umno lagi, apakah lagi untok kita jadikan alasan bahawa pas benar-benar memperjuangkan Islam di Kelantan? mengikut statistik sebelum PRU12 keseluruhan (lebih 600buah) masjid-masjid di kelantan dibina oleh kerjaan pusat, cuma satu sahaja setahu Pakmie (Jika salah cuba perbetulkan) yang pas bina masjid ke Pekan Rantau Panjang (Reka bentuk cina) untuk tujuan pelancongan. Yang menjadi sebut-sebutan rakyat Kelantan dan para pengunjung ke Kelantan adalah kehebatan beberapa ekor tokong Budha yang baring pun ada yang duduk pun ada dan yang berdiri dan yang terbaru sebesar bangunan empat tingkat pun ada, merupakan tertinggi di Asia. Dibina di Jajahan Tumpat dan Bachok Kelantan dan perlancarannya dirasmikankan oleh ulama Nik Aziz sendiri. Pakmie tidak mengulas panjang tentang perkara ini jika senang datanglah ke Kelantan untuk melihatnya sendiri.

Kerajaan pas dibawah pimpinan Nik Aziz lebih utamakan kaum lain. Apakah disebalik perkara ini? Adakah ini yang dimaksudkan oleh Nik Aziz "Kelantan adalah negeri serambi mekkah?" - sudah tentu ini retorik politik pas semata-mata. Sebab itu bagi Pakmie tidak hairanlah jika Nik Aziz sanggup berjuang mati-matian supaya unity govermnet tidak dilaksanakan kerana mahu menjaga hati kaum lain semata-mata bagi mendapatkan sokongan kaum DAP dalam pilihanraya. Bagi menutup segala kepincangan yang beliau lakukkan ini sanggup pula beliau memfitnah Umno...

Yakinkah Nik Aziz sembahyang jenazah beliau nanti tidak dihadiri oleh orang yang pernah beliau kafirkan selama ini? Terbaru pula menjelang pilihan raya MU beliau menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah Pin dan berfahaman komunis.
Bertaubatlah wahai Nik Aziz minta pengampunan dari Allah SWT sebelum terlambat.

Bagi pengundi-pengundi di Manik Urai fikir-fikirkan lah jangan lagi terlalu fanatik kepada serban dan jubah!!! kalau kerana serban dan jubah itu boleh menyesatkan kita...

arissG

3 comments:

Anonymous said...

Salam...
Kita serahkan kepada kebijaksanaan pengundi di MU. Kalau BN dapat mengurangkan mejoriti undi PAS yg lalu pun sudah baik rasenya.. Jika BN menang kita anggap ini sebagai BONUS.. BN harus melangkah utk menambahkan undi di PRK MU.. Undi yg bertambah itu bole BN jadikan semangat utk menyedarkan puak2 PR bahawa BN masih kuat dgn sokongan rakyat M'sia.. InsyaAllah

Aniq Ruzaien said...

Satu je musykil..
Maklum la bukan orang kelantan..

Em, gambar tu memang di ambil kat kelantan ke..

Macam kat myanmar pulak..

Tak percaya betul la kat serambi mekah ada pemandangan macam ni..

jangan kata serambi mekah, serambi madinah atau serambi al-aqsa pun tak mungkin ada pemandangan macam ni..

Ah, aku masih tak percaya...

Unknown said...

Salam...

Gambar tue rasenye mmg amik kat kelantan...
dekat kuil siam...
kenape?drg xlayak ke nak beragame mcm kite?kite nie beragame sgt ke?

pak mie pernah pegi kelantan x?kalo pak mie nk taw, jkr 10 (kediaman rasmi mb) dijadikan pusat pemindahan banjir time banjir... nik aziz dok umah papan die je kat kg pulau melaka...die ade skolah pondok die sndri...sbelah umah die...tiap2 pagi jumaat kalo xde halangan die sndri akan bagi kuliah subuh kat masjid sbelah umah die...
najib ade wat x?kalo najib wat, pak mie pegi dengar x?

lagi satu, kalo xsilap saye la ade hadis yg cakap berdose kalo wat masjid cantik2 kalo org yg tinggal di kawasan masjid tue nak makan pon susah (miskin)...

kat rantau panjang ade satu masjid kalo org xtaw akan cakap tue tokong cina...tp tue masjid yg dibuat ikut masjid kat negare cine...bende nie pernah masuk parlimen dan jadi kebanggaan orang islam....smpai kat pudu pon drg cakap nk wat masjid mcm tue...

orang cakap bek diam je pak mie dari xtaw...pak mie tue da tue..ape kate kite blaja ngaji quran same2 dari kutuk orang yg kite xtaw pape...

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..