Followers

Monday, November 2, 2009

KITA DAN KUMPULAN KITA SAJA YANG BETUL ORANG LAIN SEMUA SALAH

NAMPAK ALIM TAPI MASUK NERAKA

Aqidah membawa erti pegangan dan kepercayaan seseorang.Pegangan dan kepercayaan ini pula terbahagi kepada dua iaitu benar atau salah.Aqidah yang benar merupakan kunci kepada segala penerimaan ibadah.Tanpa akidah yang benar Allah tidak akan menerima segala amalan soleh. Sekiranya aqidah seseorang itu salah maka yang akan dicatit hanyalah amalan keburukan maka akan hanya dibalas dengan keburukan.Justeru itu perkara yang berkaitan dengan aqidah tidak harus dijadikan gurauan-senda atau diremeh-remehkan.

Hubungan aqidah dan amalan soleh ini berdalilkan firman Allah yang bermaksud:“ Dan barangsiapa melakukan amalan soleh dari kalangan lelaki atau pun wanita dalam ia beriman (beraqidah dengan aqidah yang betul) maka merekalah yang akan dimasukkan kedalam syurga dan tidak akan dizalimi walaupun sedikit”.An-Nisa Ayat 124.

Ayat tersebut jelas menerangkan bahawa apa sahaja amalan soleh yang dilakukan orang lelaki mahupun perempuan, imanlah syarat utama penerimaan dari Allah.

Begitu juga kenyataan dari hadith Nabi yang bermaksud :

“ Semulia-mulia amalan adalan beriman kepada Allah dan RasulNya ( beraqidah dengan aqidah yang betul) ”.H.R. Sohih Bukhari.
Ini menunjukkan bahawa aqidah merupakan sesuatu yang teramat penting dan perlu diutamakan dari masalah-masalah yang lain.

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya. Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan.

Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam. Tidakkah kita selalu membaca hadis: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah Puak Khawarij. Kelompok ini Nabi s.a.w sifatkan seperti berikut: “..Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya..” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: “Tidak ada hukum melainkan hukum Allah”. Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk.

Kata Saidina Saidina ‘Ali bin Abi Talib kepada mereka: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”. (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-’Ilmiyyah). Dengan slogan al-Quran “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir” (Surah al-Maidah, ayat 44), maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir.

5 comments:

Panglima Perang Cyber said...

wow ! artikel agama yang hebat.

PakMie dapat dari mana ?

ke tulis sendiri ?

hope dapat hurai lagi panjang isu ini..

hanizam said...

pok mie, menarik & penuh maksud tersurat & tersirat...

tepuk dada, tanyalah iman....

add said...

Assalamualaikum POK MIE wei,

Bakpo gak kelate ni tok banyok blog hok boleh dilayari untuk blog UMNO? Dok wak gapo dio gak puok puok umno ni? dok berebut projek ko, nok jenguk pemuda umno 2x5 jah,umno kelate 2x5 jugok. Pah nok benang lagu mano puok umno ni wei pok mie wei.... acu tiru gak blog tok jeli tu....

PaKMie said...

Salam semua...

Sahabat Yg diPertua BPN,hanizam dan add...

Pointnya melalui pembacaan sej2 dan hadis2 dan diolah bahasa supaya mudah difahami,supaya mudah difahami oleh target sasaran kita.Pergolakkan politik sesama islam Umno-pas hari ini jika dihalusidgn betul mengikut ajaran islam sebenar ternyata sdh byk memesongkan umat islam di negara ini.Faktor utama kerana Ketaksuban kpd pemimpin tertentu sehingga sanggup melakukan apa saja waima tidor bersama gambar,tgk gambar pemimpin pn sdh dpt limpahruah pahla dri Allah. Pemimpin politik dianggap ulama, apa kenyataan dari pemimpin tersebut diterima bulat2 tdk boleh dibantah dan ditegur lagi jika ditegur dianggap kita tdk mahu kepada islam lagi. Pemimpin tersebut membuat kenyataan bukan2 dan salah disisi islam dan kafir mengkafir sesama islam pun dianggap betul.

Sifat org Umno ni dia tdk suka tunjuk2 dan ckp2 tak mcm org pas cat masjid, tampal jln dan tanam bunga tepi jln pun hebuh.Siap dgn singbox lagi supaya org kelabu mata kata dia yg buat. Begitu jugalah dlm berblog, ramai juga blogger klatan cuma indentiti sebenar dia sembunyikan itu sahaja, nak tahu sebab apa sila tanya Pg5 perangcyber hehe...

Asalamualaikum, salam sejahtera dan slmt berjuang demi menegak kebenaran...

add said...

Bukan maksud saya untuk menunjuk nunjuk perlakuan kita kepada rakyat. Tetapi hujahan balas terhadap politik persepsi yang telah ditulis dalam blog terhadap UMNO dan BN, itu maksud saya. Kalu kita lihat goBlog goBlog pihak pembangkang terlalu sedap mata memandang,terlalu halus susunan ayat mereka membenci menghentam kerajaan @UMNO walaupun fakta sebenarnya adalah bukan realiti. Bangkitlah pejuang UMNO !!!!!!

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..