Followers

Thursday, July 23, 2009

PAS DENGAN DAP SUDAH SAMA


ADAKAH NIZAR MENYALAKAN LILIN ITU TIDAK KONSPIRASI UMNOBN ATAU KESILAPAN MEDIA KERAJAAN?

Adakah ini juga salah Umno?...hehe inilah apa yang dikatakan oleh ahli-ahli Umno selama ini bahawa pas sudah seleweng dari ajaran islam sebenar, tetapi Pas tetap tidak mengakuinya. Pemimpin pas yang ada pada hari ini amalannya meragukan dan terpesong dari ajaran islam sebenar. Kerana politik dan mahukan kuasa semuanya dibolehkan. Kaum bukan melayu khasnya DAP sudah menganggap Islam itu sama sahaja dengan agama mereka anuti. Amat malang kita orang-orang islam, bukan setakat dalam politik sahaja kita dipermainkan oleh DAP dalam kesucian islam pun DAP mempersendakan juga. Semuanya silap pemimpin pas, meletakkan ssuatu yang salah dalam islam tetapi bagi kaum lain yang tidak islam itulah islam sebenar yang ditunjukkan oleh pas. Tengok apa sudah jadi dengan pesuruhjaya pas Perak dan juga berjawatan AJK Pas Pusat sekarang? Bolehkah hasrat Pas mahu menerap nilai-nilai Islam kedalam DAP sehingga sanggup Nik Aziz mempertahankan pemimpin DAP mempersendakan ayat-ayat al-quraan dan hari ini pula Nizar hadir dalam majlis menyala lilin kaum cina sebagai memperingati kematian Teoh Beng Hock. Secara halus DAP sudah berjaya mentalbiahkan ahli-ahli dan juga pemimpin pas. Perkara ini tidak dapat dipertikaikan oleh pemimpin pas lagi. Dimana yang Nik Aziz laung-laungkan pendekatan yang dibawa oleh pas itu lebih islam dari Umno? Allah SWT sudah tunjuk diatas kesilapan tuturkata mu menyamakan Umno dengan ajaran sesat ayah Pin dan komunis. Hari ini apa yang berlaku keatas pemimpin pas sendiri, tetapi sehingga hari ini Nik Aziz masih berdiam diri dan tidak celupar macam biasa cuma Husam sahaja yang berani menyatakan tidakan Nizar itu tidak menyalahi ajaran islam.

KUALA LUMPUR 22 Julai – Dewan Ulama Pas menyifatkan majlis menyalakan lilin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock di Ipoh, Jumaat lalu yang turut disertai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai meragukan.

Sehubungan itu Ketuanya, Datuk Harun Taib berkata, Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak itu sepatutnya tidak hadir pada majlis tersebut kerana sifatnya yang meragukan itu.

Menurutnya, Rasulullah sendiri amat menitikberatkan perkara berkenaan seperti sabdanya yang bermaksud tinggalkan perkara yang engkau ragu dan ambillah perkara yang engkau tidak ragu.

“Hadis ini menyuruh kita meninggalkan perkara-perkara yang meragukan iaitu sesuatu yang hukumnya tidak jelas sama ada halal atau haram. Seperti majlis ini adakah ini upacara agama atau sebaliknya?

“Sebenarnya Pas telah pun membuat satu garis panduan bahawa majlis-majlis yang meragukan tidak harus dihadiri oleh pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli kita,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Mohammad Nizar menyertai majlis menyalakan lilin anjuran DAP Perak semasa memperingati kematian Beng Hock di Ipoh, Jumaat lepas dan gambar majlis itu disiar oleh New Straits Times pada Sabtu lepas.

Bagaimanapun Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dalam laporan akhbar hari ini mempertahankan tindakan Mohammad Nizar dengan menyatakan ia tidak menyalahi ajaran Islam.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula ketika mengulas isu itu telah meminta ulama Pas mengeluarkan satu fatwa berhubung tindakan Mohammad Nizar.

Dalam pada itu, Harun berkata, beliau tidak pasti sama ada Mohammad Nizar sedar atau tidak mengenai garis panduan berkenaan.

“Ini bukan satu fatwa tetapi inilah ketetapan atau garis panduan yang telah kita putuskan selama ini.

P/s : DAP menyatakan tidak ada bezanya DAP dengan Pas.

Ulasan...
Blogger Anak Lenggong said...

Ha'aa PAS ngan DAP sama jee.. mereka menghalalkan semua tindakan yang dilakukan oleh puak mereka..janji impian mereka tercapai

July 23, 2009 11:57 AM



2 comments:

Anak Lenggong said...

Ha'aa PAS ngan DAP sama jee.. mereka menghalalkan semua tindakan yang dilakukan oleh puak mereka..janji impian mereka tercapai

PaKMie said...

Apa kata Nik Aziz....

Di KOTA BAHARU, Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat enggan mengulas tindakan Nizar itu.

Ketika ditanya, Menteri Besar Kelantan itu sebaliknya mempersoalkan aspek politik mengenai Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak.

Nik Abdul Aziz mempersoalkan kesahihan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambri Abdul Kadir kerana ianya dianggap bertentangan dengan amalan demokrasi.

"Usahkan fatwa Islam, fatwa demokrasipun dia (Zambri) tak pakai....Itulah jawapan saya, saya dah jawablah tu", katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim.

TAK KAN BONGOT JAWABAN NIK AZIZ? ORG TANYA LAIN DIA JAWAB LAIN...

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..