Pas Kelantan kalut dengan Pak Berahim gara-gara Pak Berahim lantang membela Sultan dan kaum melayu di Dewan Parlimen. Pak Berahim menjadi tajuk hebat bagi orang politik di Kelantan masa kini baik dalam Pas atau Umno. Dikalangan penyokong Umno tidaklah menampak sangat menghina kata-kata Pak Berahim itu. Segolongan pemimpin Pas kelantan dan blog pro pakatan mencanang habis-habisan memprovokasikan apa yang diucapkan Pak Berahim itu. Kalau kita lihat secara ilmiah apa sebenarnya salah Pak Berahim sehingga menyebabkan golongan erdogan pas tidak dapat tidor nyenyak dan sanggup memaki hamun seolah-olah kesalahan Pak Berahim lakukan mengkafirkan kaum melayu beragama islam di negara ini.
Ramai juga kenalan PaKMie menanayakan melalui perbualan, sms, email dan blog menanyakan perkembangan sebenar apakah yang dilakukan oleh Pak Berahim. Untok meyenangkan urusan harian PaKMie dan bagi memuashatian sahabat-sahabat maka akan PaKMie paparkan setakat apa yang PaKMie tahu. Sebenarnya PaKMie malas dah nak berserabut dengan kerenah sesetengah pemimpin-peminpin Pas Kelantan ni, takada apa hanya lebih kepada berpolitik 24 jam( ini cara amalan Pas dari dahulu sampai sekarang - bagi mempastikan penyokongnya tidak berpeluang mendengar ceramah dari parti Umno).
Masalah tidak mengenang budi? dalam politik ada budi ke...senanglah hidup ini kalau budaya amalan budi dan mengenangbudi boleh dikekalkan. Berbalik kepada budi, Umno BN sudah lebih 51 tahun berbudi kepada rakyat di negara ini. Sejak sekian lama Berahim memimpin Umno dan beliau juga mantan MKT tentulah banyak jasa-jasanya kepada rakyat pas. Dalam PRU tahun 2004 kebangkitan BN di seluruh negeri di Malaysia tetapi Pas masih lagi dapat memerintah kelantan walaupun dengan majoriti tipis 2 kerusi kepada Umno,(selepas itu 1 kerusi kekalahan Pas di PRK DUN Permatang Pasir , Pasir Mas) apa tidak kerana Berahim ke?Kebetulan Berahim dipecat dari Umno dan mengetuai (pengerusi) MTR Kelantan yang berkait rapat dengan Istana Sultan Kelantan menyebabkan rakyat Kelantan terpengaruh dan banyak membantu kemenangan parti pas dalam pilihanraya itu. Maka Pas Kelantan teselamat dari tsunami kebangkitan Umno BN masa itu walaupun sekadar menang tipis. Itu antara jasa-jasa Berahim yang tidak ternilai oleh Pas yang menyebabkan Umno tidak dapat lupa sampai ke hari ini sejarah itu.
Kalau tidak masakan Nik Aziz nak serahkan kepada Berahim bertanding atas tiket Bebas berlambangkan bulan dalam PRU12, dalam politik Nik Aziz lebih cerdik dari Berahim hehe....Betullah buat apa Nik Aziz perlu kepada Berahim lagi sekarang, Pas pun sudah mengusai kerajaan negeri lebih 2/3. Apabila ada rotan Nuar Berahim buat apa akar lagi?
Rakyat yang extrim kepada Pas sahaja sebenanya yang nampak kesalahan Berahim di Dewan Parlemen seperti apa yang di war-warkan oleh sesetengah pemimpin Pas Kelantan(PaKMie suka sebut sesetengah sebab tidak semua pemimpin Pas Kelantan benci kepada Berahim Ali). Rakyat sekarang tidak seperti rakyat zaman Tun Razak atau Hussin On. Rakyat sekarang sudah pandai menilai mana intan dan mana permata. Pas dapat memerintah kelantan pun dengan cara menipu rakyat. Janji-janji dalam pilihanraya tahun 1999 pun belum terlaksana lagi usahkan mahu menunai janji pilihanraya 2008. Harapkan kepada Sultan Kelantan jujur dan iklas sahaja, kalau Sultan di negeri lain dah lama dah Sultan murka sebab mempermainkan baginda Sultan. Pandai buat majlis besar-besar letak batu asas, lepas tu bagi Sultan rasmi. Lepas rasmi ditinggal terbengkalai seperti projek jambatan ke Kg Laut, Pelabuhan darat, Bandar baru Pasir Mas dan sebagainya . Bila sahaja menjelang pilihanraya sibuklah nak buat macam-macam majlis pelancaran yang melibatkan Sultan. Projek Depu, Projek Kambing Hussam entah kemana, habuk pun taraak...baik tanam kulat pusu. Bukan setakat rakyat marhein sahaja yang kena tipu, Sultan Kelantan pun kena tipu juga! Sebenarnya tak payah tanyalah PaKMie apa pembangunan yang Pas buat di Kelantan yang sudah lebih 18th itu, kerana PaKMie suka menjawab sesuatu soalan itu degan iklas... takada apa sebenarnya.
PARTI "HASAD DENGKI, FITNAH MEMBELIT DAN TIPU MUSLIHAT." MAKA MARI KITA TENGOK APA MUSLIHAT PAS KEATAS ISU BRAHIM SEMASA DI SIDANG PARLIMEN TEMPUHARI...
Petikan dari Malaysiakini feb 20 o9 3.47pm
Semalam, ramai anggota parlimen Pakatan Rakyat dilaporkan keluar dari Dewan Rakyat susulan tidak berpuas hati terhadap kata-kata terhadap pembangkang dan berlaku perang mulut sehingga menjadikan dewan kecoh.
Ibrahim sebelum itu menyindir anggota parlimen yang didakwanya bersikap hipokrit apabila tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.
Kekecohan terus berlaku apabila Ibrahim menggunakan perkataan "bangsa asing" yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.
N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) kemudian meminta Ibrahim menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.
Ibrahim kemudian meminta maaf dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai yang disebut kerana mendakwa Gobalakrishnan membuat provokasi terhadapnya.
Tidak lama selepas itu, dewan menjadi panas semula apabila Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) mempertikaikan sikap Ibrahim yang didakwa seolah-olah hanya beliau yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu.
Perang mulut sekali lagi berlaku apabila Ibrahim enggan memberi laluan kepada Khalid yang inginkan penjelasan menyebabkan Khalid keluar dari Dewan.
Kecewa dengan sikap pembangkang dan ucapannya yang sering diganggu, Ibrahim kemudian menghempaskan songkok yang dipakai di atas meja sebelum sebahagian besar wakil pembangkang keluar Dewan.
P/S - Pak Berahim dipecat dari Umno bukan kerana rasuah, tetapi kerana kelantangan mengkitik kepimpinan Tun semasa menjadi PM.
2 comments:
salam ziarah pakmie.
terima kasih sbb dtg ke blog saya.
saya yakin ramai ahli PAS yang tidak suka kepada sesetengah pemimpin di dalam PAS sendiri yang sudah menjadi ke"PKR"an, menyokong Anwar dan membelakangkan perjuangan asal parti itu.
saya juga sebagai generasi muda, dan saya yakin banyak lagi mereka yang sebaya saya diluar sana mengharapkan penyatuan dua parti siasah Melayu terbesar di Malaysia ini supaya Islam kembali kukuh dan bangsa Melayu kembali dihormati.
Salam al-MaRBaWi dn rakan2...
Kumpulan yg extrim kpd Anwar memecahbelahkan struktur organisasi dalam Parti itu.
Satu golongan yg lebih dikenali ERDOGAN pendekatan corak islam liberal yang sdg mengatur tampok kekuasaan mengantikan Hj Hadi Muktamr Jun nanti byk menjadi isu dan tanda tanya kpd pengikut akar umbi Pas. Adakah Pas akan berpecah, kita sama2 tunggu selepas Jun nanti.
Mungkin ada penyatuan antara Pas dgn Umno? PKR hanya menumpang kekuatan yg ada pada Parti Pas sahaja. Pakmie
Post a Comment