Nizar memilih langkah membubarkan semua ADUN Perak dalam keadaan suasana politik dan ekonomi yang tidak menentu bagi mempertahankan tampuk kekuasaannya sebagai MB.
Nizar yakin dan percaya, dalam situasi sekarang memihak kepada Pakatan Rakyat - tanpa melihat senario yang berlaku di negeri pakatan seperti perberhentian kerja, kegagalan Khalid mengurus tadbir Selangor, masalah moraliti EXCO di Kedah, masalah dalaman PAS dengan DAP dan sikap bermuka-muka Anwar Ibrahim dalam politik.
Adakah PAS akan meminta tambahan kerusi di Perak dari DAP dan PKR? PAS mempunyai alasan - orang DAP dan PKR tidak boleh diharap dan tidak setia pada parti.
Buktinya, dua orang ADUN PKR sanggup melepas jawatan sebagai EXCO semata-mata mahu menjadi ADUN Bebas.
Lagipun banyak kawasan majoriti Melayu, kenapa PAS tak boleh lantik wakil di sana?Kalau ini berlaku, bergaduhlah sesama mereka terutama sekali dengan kakaktua Karpal Singh. Menurut Utusan - Nasaruddin, ADUN Bota mengambil satu jalan yang tidak pernah difikir dan terfikir oleh sesiapa - iaitu kembali kepada UMNO dengan memecah lompatan U-turn terpantas dunia!!!
Nizar beranggapan - kalau dia tidak bertindak membubarkan ADUN, dia tidak akan dapat menjadi Menteri Besar lagi kerana majoriti Pakatan sudah terlondeh, walaupun Anwar Ibrahim tetap berkata - Pakatan di Perak masih kuat dengan sokongan ADUN Pakatan dan ramai ADUN dari Umno akan lompat ke PKR - sempat lagi nak tipu rakyat padahal rata-rata sudah tahu majoriti BN 31 kerusi sendangkan PR hanya 28kerusi sahaja.
"Sikap tamaknya juga amat terserlah walaupun disaat-saat genting begini, Nizar masih lagi sempat membuat silap dalam kesilapan yang beliau lakukan! Nizar sepatutnya menyembah perkenan Sultan dahulu sebelum membuat keputusan membubarkan dewan..." Nizar sekali lagi membelakangkan Sultan.
ADUN DAP Hee Yit Fong 'hilang' timbul-timbul saja terus hantar surat kepada Sultan Perak ketidakpercayaan kepada MB Nizar! Aduss...apa sudah jadi bro Anwar? ada kaitan dengan sumpah laknat Saiful ke?
Nizar jadi pendakwah bebas lagi baik!
Bahanberita.
No comments:
Post a Comment