Followers

Tuesday, February 17, 2009

BOGEL - BOGEL APE KO HAL PULAK NIH?

Penjelasan Elizabeth Wong isu gambar bogel

PETALING JAYA 16 Feb : “Saya mangsa dalam kejadian ini.” Demikian kenyataan Elizabeth Wong, salah seorang Exco Kerajaan Selangor, yang gambar berkeadaan bogelnya kini disebarkan menerusi internet dan MMS.

Dalam kenyataan satu muka, yang dikeluarkan sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjang itu berkata, beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor.

Kata beliau, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan merupakan “serangan dengki” ke atas personaliti beliau.

“Saya dimaklumkan bahawa beberapa orang sedang mencuba untuk menyebarkan foto atau video yang menunjukkan saya sedang tidur dalam keadaan separuh bogel dan juga dalam keadaan intim.

“Penyebaran dan penerbitan foto-foto atau video sedemikian merupakan serangan bersifat jahat ke atas personaliti saya.

“Saya adalah mangsa dalam kejadian ini,” kata wakil rakyat berusia 37 itu, yang masih belum berumah tangga dalam kenyataan berkenaan.

Kata Elizabeth, semalam beliau telah membuat laporan polis berhubung isu tersebut.

“Saya memberikan kerjasama penuh kepada polis dalam siasatan mereka.

“Oleh itu, saya tidak akan membuat spekulasi secara terbuka mereka yang bertanggungjawab bagi pencerobohan privasi saya,” katanya.

Pengerusi Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor itu menambah, buat masa sekarang beliau akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya kepada rakyat Selangor.

“Saya menerima banyak sokongan datripada penyokong, rakan, sahabat dan penduduk di bahagian saya.


http://nikqlate.wordpress.com

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..