Followers

Tuesday, February 17, 2009

NIK AZIZ SUKA BURUK SANGKA DALAM POLITIK

'Tok Guru harus buang buruk sangka'

PUTRAJAYA 16 Feb. - Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof meminta Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jangan terlalu buruk sangka terhadap SPR sehingga seolah-olah pertimbangan badan itu dalam sesuatu keputusan tidak mengambil kira keberkatan-Nya.

Kata beliau, sebagai seorang yang tinggi bidang agamanya dan digelar Tok Guru, Nik Abdul Aziz sepatutnya memberi teladan yang baik dengan membuang prasangka buruk termasuk tuduhan bahawa SPR 'berpakat' dengan UMNO dalam menetapkan tarikh dua pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

''Kita ni Tok Guru, politik, politik juga tapi kalau niat kita nak burukkan orang lain, mengata orang dan sekiranya perkara itu ternyata tidak benar, maka kita berdosa besar, nanti orang tidak ampunkan kita, susah kita nanti.

''Bagi SPR, setiap kali sebelum mesyuarat, semua pegawai akan membaca al-Fatihah untuk kita diberi taufik hidayah-Nya agar segala keputusan dan perkiraan yang dibuat, diberkati dan jangan ada sebarang perasaan hasad dengki, saya harap Tok Guru Nik Aziz pun begitu," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Semalam, Nik Abdul Aziz mempertikaikan penetapan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau yang akan diadakan hanya selepas Perhimpunan Agung UMNO.

Kata Menteri Besar Kelantan itu: ''Nampak sangat ini campur aduk politik, bagi negeri yang bertamadun seperti di Malaysia, dia (Abdul Aziz) layak untuk menjadi ketua, (tetapi) kalau di Eropah, orang seperti ini sudah lama dibuang."

SPR menetapkan penamaan calon dua pilihan raya itu diadakan serentak pada 29 Mac manakala pengundian pada 7 April. Perhimpunan Agung UMNO pula akan berlangsung dari 24 hingga 28 Mac.

Abdul Aziz berkata, beliau sebenarnya cukup hairan dengan kenyataan Nik Abdul Aziz itu yang mendakwa dua pilihan raya kecil tersebut akan memberi kelebihan kepada BN untuk menang.

''Kalau nak kira pun UMNO tidak memperoleh kelebihan kerana mereka terpaksa bergegas ke dua kawasan itu sebaik sahaja perhimpunan agung parti mereka berakhir," katanya.

Lebih dari itu, kata beliau, mesyuarat SPR menetapkan tarikh dua pilihan raya itu juga membincangkan panjang lebar mengenai keperluan SPR dalam urusan semakan daftar pemilih, aspek logistik, latihan serta peruntukan untuk urusan pengendalian.

''Justeru SPR menolak sama sekali tuduhan bahawa kita ikut 'telunjuk' mana-mana pihak. Kita adil dan saksama untuk semua tidak kiralah anda dari parti kerajaan atau pembangkang," katanya.


Utusan Online.

Makanya, berdosalah kita jika kita buruk sangka pada sesaorang. Neraka tidak mengenal siapa kita, kalau kita melakukan dosa dan tidak bertaubat - sudah jelas. Islam sudah jelas kepada kita membuat sesuatu perkara yang baik itu akan dibalas dengan pahla dan menlakukkan sesuatu yang jahat dan mungkar itu adalah berdosa. Al- Quraan dan Hadis mejadi pedoman dalam hidup kita sebagai seorang Islam.

BURUK SANGKA MUSUH UMAT

Menjaga hati dan fikiran bukan perkara mudah. Kedalam hati sukar diduga, manakala fikiran mampu melangkau batas dan sempadan. Satu dari pada cabaran untuk menjaga hati dan fikiran ialah mengelakan daripada buruk sangka.

Allah berfirman, "hai orang yang beriman, jauhilah prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kamu mengumpat pada sebahagian yang lain.

"Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang telah mati? Maka, tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada allah. Sesunguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang". (Surah al-Hujurat, ayat 12).

Bergitulah kejinya buruk sangka. Bahayanya buruk sangka, bukan saja merosakan diri, malah menjerumuskan orang lain kepada gejala permusuhan. Buruk sangka bukan satu tingkah laku yang boleh dilihat dengan mata kasar kerana ia sering dizahirkan melalui percakapan atau bahasa badan.

Ia bermula dengan pelbagai sangkaan dalam fikiran seseorang, seterusnya membawa hatinya tidak senang dan tidak berpuas hati dengan keadaan itu dan bertolak daripada sangkaan buruk inilah, maka mendorongnya kepada umpat dan fitnah.

Contohnya, seseorang wanita yang mengesyaki rakan sepejabatnya, seorang gadis bujang, kononnya berkelakuan sumbang dengan ketua atau boss mereka. ini adalah buruk sangka. Apabila wanita tadi bercerita dengan seorang lagi rakan sepejabatnya, maka perbuatannya menjadi umpatan. Dan, perkara tidak benar yang dibincangkan adalah fitnah ke atas gadis terbabit, dan terjadilah permusuhan.

Bergitulah, mudahnya sesuatu hati dan pemikiran yang jahat merosakkan hubungan insan. Oleh itu, seharusnya kita sentiasa berfikiran positif dan berbaik sangka kerana kita mungkin tidak pernah terlintas bahawa pertuturan kita yang berlandaskan buruk sangka boleh menghancurkan hubungan sesama manusia.

Renung-renungkan lah dan fikir-fikirkan lah, mati menjemput kita bila-bila masa. Dunia hanya buat sementara manakala akhirat kekal selama-lamanya - Wallahuallam.


2 comments:

Parpu Kari said...

ASSALAMUALAIKUM, SAYA DAH COPY GAMBAR KETIGA TIGA PEMIMPIN NI, SILA LAH KE BLOG SAYA. TQ

AZEMI AB LATIF said...

Ok bro Parpu...

Kita besati dibwah BPN. Sama-sama kita perjuangakan kearah memberitahu perkara sebenar2 pd rakyat.

Rakyat skrg jauh dipesimpangan dek dahyah dri PR. Tugas kita para Bloggers memperbetulkannya...

Salam perjuangan...

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..