Followers

Sunday, February 15, 2009

BERTINDAKLAH MENGIKUT SALURAN HUKUMAN YANG ADA

Utusan Malaysia : 15 Feb 2009

Gelombang kemarahan rakyat terhadap pihak-pihak yang menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Sah dalam isu peralihan kerajaan negeri itu, adalah mesej yang cukup jelas. Banyak demonstrasi di seluruh negara diadakan bagi mempertahankan raja. Awang percaya para pemimpin pembangkang khususnya tiga watak utama dalam kemelut tersebut iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin telah faham mesej yang disampaikan oleh rakyat.

Belum terlambat bagi mereka semua memohon maaf kepada Sultan Perak. Begitu juga kepada perusuh di hadapan istana dan kenderaan raja. Seandainya ada yang ingkar dan terus berdegil, inilah masa untuk bertindak. Tidak guna lagi kita bercakap banyak dan hanya memberi peringatan. Jika pihak berkuasa membiarkan perkara ini berlalu begitu sahaja (sebagaimana kes kenyataan Karpal yang didakwa menghina Sultan Perak pada tahun lalu), ia juga secara tidak langsung adalah penghinaan kepada raja.

Sebagai negara raja berperlembagaan, tiada sesiapa boleh dibenarkan menghina dan memperlekehkan raja. Jika kita berlembut, ia akan membawa isyarat yang salah dan mendorong banyak pihak melakukan perkara lebih dahsyat ke atas institusi raja negara ini pada masa depan.

Pada hari ini pun, sudah banyak reaksi liar dan memburukkan raja berlegar menerusi internet akibat daripada tindakan secara terbuka mencabar Sultan Azlan. Nizar sanggup menderhaka, Anwar berdasarkan kenyataannya mahu Nizar terus menjadi MB walaupun tidak lagi sah (berlawanan dengan titah raja) dan Karpal terus mempersoalkan Sultan Perak selain mahu menyaman baginda.

Awang setuju dengan pandangan banyak pihak yang mahukan tindakan diambil. Antaranya melucutkan kewarganegaraan, dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dibuang daerah dan didakwa atas tuduhan khianat kepada raja.

Dalam kita perlu bijaksana melaksanakan hukuman, kita juga tidak boleh kelihatan takut dan teragak-agak. Susah sangatkah mahu melucutkan kewarganegaraan? Seperkara lagi, apa guna ada ISA, jika orang yang menghina raja, tidak boleh ditahan? Anehnya, ada kes yang ditafsir ramai tiada kewajaran dikenakan ISA, diambil pula tindakan. Banyak pengajaran daripada isu ini tetapi apakah kita semua mengambil pengajaran?

Sudah tentu juga banyak persoalan yang timbul antaranya mengapa hanya orang Melayu tampil berdemonstrasi menyokong raja sedangkan baginda juga menaungi rakyat semua kaum sebagaimana terbukti dengan penganugerahan darjah kebesaran saban tahun.

Awang bimbang jika kita tidak berani bertindak, ia seumpama membuka laluan menjadikan Malaysia negara republik sebagaimana yang dicita-citakan oleh parti dan pihak-pihak tertentu. Jangan tunggu sampai nasi menjadi bubur.

3 comments:

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Ketika berpiket, berdemo dan mengangkat sepanduk sokongan, kelibat bukan melayu yang turut serta memang sukar dicari. kalau ada pun boleh dibilang dengan jari.

Namun pada bab kuasa dan kerusi, mereka mahu kita bertolak ansur. contoh terbaru kerusi DUN Bukit Selambau di Kedah. Kawasan itu pengundi melayu lebih 50%, sepatutnya calon UMNO yang bertanding, bukan calon MIC.

Sejak kewujudan PKR dan Hindraf, MIC dah tak relevan lagi di mata pengundi berbangsa india dan jika MIC tetap mahu calon nya bertanding, pasti BN akan kalah di situ.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

"...untuk menumpukan usaha membanteras kemiskinan dan menyediakan kemudahan pendidikan".
- Imam Sheikh Yusuf Al-Qaradawi

Gesaan Imam Sheikh Yusuf Al-Qaradawi itu perlu diberi perhatian sewajarnya oleh semua pejuang. Jangan lah asyik berpolitik sampai lupa kemiskinan yang masih membelenggu rakyat marhaen. Rata-rata rakyat sudah tahu parti mana yang akan dipangkahnya pada setiap PRU atau PRK. Tiada istilah 'pengundi atas pagar' dewasa ini. Cuma yang ada 'pengundi yang boleh dibayar' sahaja.

Rakyat sudah muak disajikan berita politiking setiap hari. Dalam keadaan sekarang di mana ramai yang menganggur ditambah pula kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang tinggi, hal-hal politik ini akan menguja semangat dan menaikkan amarah. Menjadi kebimbangan apabila emosi rakyat berubah, tidak stabil serta menjadi tidak terkawal..

-Kontraktorwibawa.blogspot.com

AZEMI AB LATIF said...

Betul dan tepat sekali...apa yg diluahkan oleh Kontraktorwibawa itu.(Respon utk anda dan kwn2...)

Rakyat khasnya kaum melayu rata-rata akhir-akhir ini terdesak dlm soal khdpan. Kos pembelanjaan harian tidak dpt disempurnakan.

Kaum melayu khasnya menjadi lebih stress akibat kenaikan kos barangan keperluan harian. Dalam fikiran 24jam memikirkan perbelanjaan utk esok.

Apabila situasi mcmtu terjadi, mereka menjadi lebih fed up kepada sesetengah pemimpin yang bermegah2 dgn kemewahan sdgkan golongan spt mereka yg memerlukan pembelaan diabalkan.

Mereka ini berdendam, apabila pemimpin tersebut memerlukan sokongan dan menemui mereka, golongan sdh tdk penting kpd perjuangan lagi. Apa yg dia tahu kesusahan mereka dihari ini tdk diendahkan.

Mereka berdendam akhirnya, keputusan yang mereka buat ketika mengundi tdk berpehak kpd kerajaan BN. Sesetangah Mereka juga tahu. parti pembangkang juga tidak boleh mereka tetapi sekurang2nya "Dendam" dihati mereka sedikit terubat.

Apabila ramai pengundi bersikap beginilah menyebabkan PRU12 lepas rata-rata majoriti pembangkang meningkat, tambahan kawasan majoriti melayu. Kenapa?

Kaum lain yg ada wpn komponen BN sokongan dari mereka semasa P/Raya sekadar bonus sahaja kpd Umno.Lebih-lebih lagi dlm PR yg lepas samada PRU12 atau PRK(2 kawasan) Umno kena kalah.

Bukanya parti pembangkang itu kuat sebenarnya. Tetapi hari ini ditambah pula kekeliruan rakyat. Fenomena spt biasalah diambil peluang dgn bijak oleh pembangkang yg diterajui oleh Anwar.Mind set kita org melayu sdh tentu berbeza dgn bangsa lain. Melayu mudah panas, melayu juga mudah menerima perkara2 yg tidak baik sb tahap ilmu yg ada dlm politik terlalu lemah. Pantang digerak angin terus "membrotak entah apa-apa"- apa yg kita lihat kejadian didepan masjid kuala kangsar tempuhari - memalukan kita org melayu. Bangsa lain bertepuk tangan sb matlamat dan agenda mereka supaya melayu berpecah sdh terbukti dpn mata. Agama kita islam mahukan penyatuan tetapikaum melayu yg beragama islam yg ada pada hari ini dinegara terlalu sukar utk menerima hakikat penyatuan yg dikehendaki oleh islam itu demi terpengaroh dgn ucapan dikalangan pemimpin politik tertentu dgn cara pendekatan yg diambil...

Akhirnya yg susah tetap susah dan yg senang tetap senang!- Naunzubilleh...asalamualaikum.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..