Followers

Wednesday, February 4, 2009

KEMELUT PR DI PERAK ADAKAH JUGA SALAH UMNO?

Tidak sampai pun sebulan pujian diberikan kepada SPR kerana kemenangan PR dalam PRK Kuala Terengganu yang diwakili oleh Parti Pas Wahid Endut. Hari ini apabila SPR siang tadi memgumumkan keputusan tidak ada pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering. Pakatan Rakyat Perak terus mengecam SPR dan berura-ura mahu membawa SPR kemakamah kerana tidak berpuashati dengan apa keputusan yang SPR lakukan.

Katanya tugas SPR hanya menerima dan menjalankan tugasan mereka menetapkan hari penamaan calon dan hari mengundi seperti mana kehendak perlembgaan, bukannya mengesahkan samada surat perletakkan itu sahih atau palsu. Tugas SPR selepas menerima pemakluman itu ialah menwartakan writ kekosongan sesuatu kerusi dalam tempoh 60 hari. Katanya lagi Keputusan SPR itu juga seolah-olah mencabar Perlembagaan negeri Perak, Perkara 36(5) yang memberi peruntukan berhubung akan berlaku kekosongan sesuatu kerusi DUN negeri berkenaan.

Kesan dari keputusan SPR itu, Jamaluddin dan Othman telah mengumumkan mereka menjadi ahli Bebas di DUN Perak. Maknanya mereka tidak lagi mewakili PKR dan secara munasabahnya juga mereka sudah tidak menjadi Exco Kerajaan Perak. Jamaluddin memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perdagangan, manakala Othman pula memegang portfoli Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Islam.

Kemelut dan bahana yang berlaku di Perak ini sudah tentu dapat kita saksikan nanti bagaimana cara MB Nizar berhadapan dengan exco-exco DAP nya. Secara jelasnya kedudukan kerusi di DUN Perak kini sudah berubah. Pakatan Rakyat kini mempunyai 30 kerusi manakala BN 27 dan Bebas dua. Dengan kedudukan itu ia meletkkan kerajaan Perak dalam keadaan yang cukup genting dengan hanya kelebihan sebanyak satu kerusi saja.

Makanya, Nizar diambang tangisan bersama kroni-kroninya. Apabila sahaja Niza jatuh sudah tentu akan terserlahlah pelbagai cerita lagi yang sebelumnya ditutup oleh para sahabat atau kroninya. Secara lojiknya sudah tentu ada perkara-perkara yang tidak kena dalam pentadbiran kerajaan Nizar, kalau tidak masakan 3 ADUN DAP dan 4 ADUN PKR (termasuk Jamaluddin dan Othman) tidak berpuashati corak pentadbirannya. Kini ADUN Perak yang sudah jelas tidak menyokong kerajaan Nizar berjumlah 34 kerusi (termasuk 27 dari BN, 3 DAP dan 4 PKR) manakala yang tinggal hanya 25 kerusi sahaja. Dalam situasi begini adakah Nizar akan membubarkan Dewan bagi mengadakan pilihanraya semula atau membubarkan MMK negeri yang sedia ada dan melantik MB yang baru untuk menubuh MMK negeri yang baru? akan kita ketahui nanti.

Walaupun baru 10 bulan PR memerintah Perak tak kurang juga masalah-masalah yang dibangkit oleh rakyat seperti Isu balak, tanah dan juga rasuah. Bagaimana Nizar mahu selesaikan kes ini jika beliau tidak lagi menjadi MB?. Terimalah takdir Allah SWT sesungguhnya Allah maha mengetahui segala-galanya. Apa pun sama-samalah kita tunggu dan saksikan selepas penyakit-penyakit tersebut dibedah siasat. Siapa kroninya, siapa yang gelapkan duit 30 juta dan macam-macam lagi. Sama-samalah kita ketahui nanti!.

Berita akan menyusul lagi...

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..