Followers

Saturday, February 28, 2009

KEMELUT EKONOMI GLOBAL DAN KERENAH PEMBANGKANG

Kebuntuan kita ini tiba dalam senario di mana kita menghadapi cubaan hebat dalam bentuk keadaan ekonomi, politik dan keselamatan yang kian hari semakin mencabar. Ekonomi dunia bakal dirundung kemelesetan yang mungkin sehebat Zaman Meleset tahun 1930an dalam Abad ke 20 dahulu. Sebagai negara perdagangan, tentunya kita akan terdedah sepenuhnya kepada impak kemerosotan ekonomi global itu. Dalam masa yang sama, sewaktu kita alpa, ekonomi global mengalami ada transformasi besar-besaran. Maka, kita perlu mengambil langkah perlu dengan seberapa segera demi menyesuaikan diri dengan perubahan besar itu, seandainya kita tidak ingin terpinggir.

Seluruh pemikiran banyak menumpu kepada persoalan politik dan politiking yang tidak berkesudahan. Kebimbangan dunia hari ini sebenarnya adalah soal yang berkaitan dengan ekonomi. Kemelesetan yang belum pernah terjadi sedang terjadi. Adakah tiadanya kebimbangan ini kerana kita yakin tidak akan menerima tempiasnya? Kerajaan/Pembangkang mau pun rakyat seharusnya memahami dan bersatu untok menangani krisis ini.

Apa yang kita lihat hari ini pembangkang lebih bersatu kearah mahu kepada kuasa. Parti pembangkang dengan cara mempergunakan rakyat bagi mendesak kerajaan bagi tujuan untok menjatuhkan kerajaan yang sedia ada. Majoriti rakyat di negara ini adalah kaum melayu yang beragama Islam. Dalam mana Pendekatan Islam yang diambil oleh Parti Pas berjaya memecahbelahkan kaum melayu di negara ini. Islam di negara ini sudah berpecah. Kesempatan ini diambil oleh Penganut agama Keristian mendesak kerajaan bagi meluluskan perkataan "Allah" menggantikan"Tuhan"bagi tujuan untok mengelirukan Umat Islam di negara ini.

Isu-isu panas dibangkitkan sewenang-wenangnya oleh Pembangkang. Kesultanan melayu dipermain-mainkan statusnya. Penubuhan Kerajaan baru BN di Perak dipertikaikan habis-habisan dimana speaker dewan rakyat pula mengambil peranan mengerukkan lagi keadaan yang sedia ada. Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memanggil sidang tergempar dewan itu pada Selasa depan walaupun ia tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Sebaliknya pula Pemuda Umno dihina dengan kata-kata yang kurang sopan oleh pengerusi DAP Karpal Singh. Kita lihat provokasi dibangkitkan bukan sahaja dalam hal memanggil 'Pemuda UMNO celaka' tetapi sebelum ini pun kita tengok provokasi demi provokasi yang bukan mudah kita bendung kemarahan orang ramai telah dilakukan.


Makanya, kerajaan pada hari ini telah menghadapi dua masalah besar. Pertamanya krisis ekonomi global dan birokrasi yang sengaja diada-adakan oleh pembangkang. Jika kerajaan tidak dapat menangani kedua-dua isu ini dengan baik sudah tentu rakyat dan negara akan berhadapan dengan krisis yang berpanjangan.



2 comments:

PaKMie said...

PULAU PINANG, 28 Feb (Bernama) -- Kesan kegawatan ekonomi yang melanda dunia dijangka dirasai oleh Malaysia sehingga tahun 2010, kata Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata sebagai sebuah negara yang begitu terbuka dalam perdagangan, Malaysia kini berada dalam zon tidak selesa dan kerajaan akan mengambil langkah segera bagi mengurangkan kesan dari kegawatan itu.

"Tiap-tiap hari kita dengar jumlah pemberhentian pekerja semakin meningkat, syarikat yang mengalami aliran tunai dan bankrap juga meningkat seolah-olah kegawatan yang melanda dunia ini tiada penghujungnya.

"Kegawatan dunia sudah semakin mencabar dan kita nampak dari petunjuk-petunjuk itu kemungkinan kegawatan berkenaan tidak akan berakhir tahun ini serta dijangka berlarutan sehingga tahun 2010," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Kewangan Mikro Bandar cawangan Georgetown di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia, Datuk Amihamzah Ahmad.

Ekoran kegawatan itu juga, Nor Mohamed berkata kementeriannya kini sedang mengumpul maklumat dengan berjumpa dan bermesyuarat dengan semua pihak termasuk pihak swasta untuk mendapatkan maklum balas berhubung perkara itu.

"Kita perlu mendapat maklum balas secara langsung serta tidak langsung dari semua pihak bagi membolehkan kerajaan mengambil langkah tertentu mengatasinya dan setakat ini kita telah dapat banyak maklumat berhubung kegawatan yang sedang melanda.

"Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak juga kini sedang bekerja keras mengumpul maklumat itu bagi memastikan bajet mini yang akan dibentangkannya pada 10 Mac ini menyeluruh dan menyentuh semua bidang yang penting," katanya.

Selain itu, beliau turut mengesa semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman agama dan politik supaya bersatu menghadapi cabaran ini.

"Kita kena terima realiti, negara kini berada dalam zon tidak selesa serta bahaya dan kita (rakyat Malaysia) terdedah kepada krisis itu jadi kita perlu bersatu menghadapinya kerana cabaran yang sedang melanda ini bukan cabaran biasa," katanya.

-- BERNAMA

PaKMie said...

Di samping berusaha, saya hanya boleh mengingatkan diri saya sendiri melakukan amalan-amalan berikut:

Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
Mulai pagi harimu dengan sedekah, barangsiapa yang memulai pagi harinya dengan sedekah ia tidak akan terkena sasaran bala’. (Al-Wasail 6: 257)

Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
Awali pagi harimu dengan sedekah, gemarlah bersedekah. Tidak ada seorang mukmin pun yang bersedekah karena mengharapkan apa yang ada di sisi Allah untuk menolak keburukan yang akan turun dari langi ke bumi pada hari itu, kecuali Allah menjaganya dari keburukan apa yang akan turun dari langit ke bumi pada hari itu. (Al-Wasail 6: 267)

Imam Ja’far sh-Shadiq 'a.s. berkata:
Ubati penyakitmu dengan sedekah, tolaklah bala’ dengan doa, dan mohon datangkan rizkimu dengan sedekah, karena sesungguhnya sedekah dapat mengusir tujuh ratus setan dari depan dagu… (Al-Wasail 6: 260)

Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
Wahai Ali, sedekah itu dapat menolak takdir mubram (yang telah ditetapkan). Wahai Ali, silaturahim dapat menambah umur. Wahai Ali, tidak ada sedekah ketika keluarga dekatnya membutuhkan. Wahai Ali, tidak ada kebaikan dalam ucapan kecuali disertai perbuatan, dan tidak ada sedekah kecuali dengan niat (karena Allah)." (Al-Wasail 6: 267)
Imam Ja'far Ash-Shadiq 'a.s. berkata:
Sesungguhnya sedekah di malam hari dapat memadamkan murka Allah, menghapus dosa besar dan mempermudah perhitungan amal; sedekah di siang hari dapat menumbuhkan harta dan menambah umur. (Al-Wasail 6:273)

Rasulullah saw bersabda:
Tidaklah ada sedekah seorang mukmin kecuali tangannya bersentuhan dengan tangan Allah sebelum bersentuhan dengan tangan pemintanya. Kemudian baginda membacakan firman Allah s.w.t.: "Tidakkah mereka mengetahui bahwasanya Allah menerima taubat hamba-hamba- Nya dan menerima sedekah." (At-Taubah: 104). (Al-Wasail 6: 303)

Rasulullah s.'a.w.w. bersabda:
"Setiap kebajikan itu sedekah." (Al-Wasail 6: 321)

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..