Followers

Monday, February 23, 2009

SIAPA YANG MELAUNGKAN 'TAKBIR' DISEBALIK PAS MENGKAFIRKAN UMNO?

Agama suci kita Islam yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat manusia dimuka bumi ini diperkotak-katikkan oleh golongan tertentu yang kononnya mengaku golongan pejuang Islam. Al-quraan dan hadis dijadikan panduan kepada kita untok mencari jalan keberkatan dan keredaan, baik di dunia maupun di akhirat. Dalam Islam pahala yang begitu besar disediakan oleh Allah SWT kepada sesiapa yang melakukkan kebaikan dengan jujur dan iklas. Sebaliknya Allah SWT juga menyediakan dosa kepada sesiapa yang engkar dan melakukkan dosa. Setiap amalan akan dinilai samada percakapan atau pun perbuatan semuanya akan dicatit dan tidak ketinggalan satu pun oleh malaikat untok dipesembahkan kepada Allah diakhirat kelak. Allah telah menjanjikan kepada kita semua, sesuatu yang baik akan dibalas dengan Syurga dan yang melakukkan kejahatan atau dosa akan dibalas dengan api Neraka jahanam. Isi Al-quraan sudah dihurai satu persatu yang mana buruk dan yang baik untok dijadikan sebagai panduan umat Islam di dunia ini.

Allah jadikan manusia tahap pemikiran dan ilmu yang berbeza-beza kepada sesaorang. Ilmu yang ada itu jika dgunakan kearah kebaikan sebesar-besar pahala Allah sediakan. Dan jika ilmu yang ada itu kita munafaatkan sebaik mungkin kepada orang lain, Allah akan memberi ganjaran sebesar-benar ganjaran yang akan dibalas dengan pahla yang berlipat ganda. Sebaliknya dengan ilmu itu juga jika kita salahgunakan kearah keburukkan dan kejahatan maka Allah dahulukan kepada kita neraka jahanam di akhirat kelak.

Hidup dengan kepura-puraan, bertopengkan ilmu yang ada untok menyesatkan orang lain dengan tidak menerangkan perkara yang sebenar amat dasyat pembalasan dari Allah akhirat nanti. Apatah lagi jika ianya digunakan bertujuan dan berkepentingan tertentu, kejalan yang tidak diredai. Dalam kehidupan dunia hari ini kita bergitu terdedah dengan gejala-gejala yang diperkatakan itu. Dalam usaha mengejar kemewahan, kuasa dan pangkat manusia sanggup melakukan apa sahaja. Manusia jenis ini suka melaga-laga orang ramai, suka mengada-gada dan suka mencari kesalahan orang lain. Golongan seperti ini dia menganggkat dirinya setinggi yang boleh supaya dimata orang ramai dia kelihatan baik dan warak sekali. Setiap kerja yang mereka lakukan tidak iklas dan lebih kepada hasrat dengki, ketamakan dan kebesaran diri. Mereka tidak mahu menerima apa-apa teguran dari pehak lain dan suka beranggapan golongan mereka sahaja yang betul.

Dalam politik golongan ini selalu mengia dan menerima bulat-bulat apa yang pemimpin mereka kata tanpa mengambil kira betul atau salah. Lahirnya golongan ekstrim ini kerana pemimpin-pemimpin mereka sendiri. Setengah dari pemimpin mereka tidak jujur dan terlalu rakus pada berkehendakkan kuasa dan pangkat. Pemimpin jenis ini sering bercakap berubah-ubah mengikut kepertingan dan kesesuaian tempat dan golongan yang mendengar. Ia suka mengambil pendekatan agama yang salah dalam urusan politik orang-orang islam dengan cara mengelirukan hukum-hukum islam dalam usaha mendapatkan pengaruh. Kita tidak peliklah jika lahirnya golongan fanatik atau taasub seperti apa yang berlaku dalam kempimpinan parti pas hari ini.

Golongan fanatik ini akan bertindak apa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan kehendak pemimpin mereka. Bagi mereka semuanya baik dan betul segala apa tindakan yang mereka lakukkan - golongan inilah juga yang akan digunakan habis-habisan oleh pemimpin mereka. Dijadikan aset penting dengan cara 'memperkudakan' mereka-mereka ini dengan bertujuan untok mencapai matlamat dan hasrat bagi mendapatkan kuasa dan kepentingan tertentu di negara ini. Golongan seperti inilah juga yang sanggup berbaring tidor atas jalan bagi menghalang laluan ke majlis angkat sumpah perlatikan MB Zambry di istana Sultan Perak baru-baru ini. Bagi mereka segala tindakan itu adalah direstui oleh Allah dan jihad. Lebih teruk lagi apa yang berlaku dalam majlis fitnah dan mengcaci hamun dalam usaha mengkafirkan Islam Umno sempat lagi golongan ini melaungkan TAKBIR ALLAHUAKBAR!!! - Masya'allah.

Makanya, siapakah yang harus dipersalah dalam kes-kes seperti ini berlaku? UMNO kah? atau golongan ekstrim itu sendiri yang bersalah?Dari apa yang berlaku itu sudah jelas kepada kita bahawa pendekatan Islam yang diambil oleh Parti Pas yang sudah sekian lama itu telah banyak menimbulkan masalah dan memesongkan akidah orang Islam di negara ini. Kerana Kepertingan kepada kuasa Pas sanggup lakukan apa sahaja asalkan matlamatnya mahu menjahanam Umno tercapai.


No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..