Followers

Friday, February 20, 2009

HISHAMUDIN : PERTAHANKAN RAJA MELAYU SAMPAI TITISAN DARAH TERAKHIR




Feb 20, 09 9:05am: Kira-kira 2,000 penyokong Pemuda Barisan Nasional (BN) berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi bagi menyatakan taat setia kepada institusi Raja-raja Melayu.

Majlis yang dinamakan menjunjung kasih setia Tuanku itu dihadiri oleh pemimpin utama Pemuda BN termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Beberapa NGO Melayu seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan persatuan silat turut hadir di majlis tersebut.

Kebanyakan mereka memakai baju kuning yang tertulis perkataan 'Daulat Tuanku'.
Mereka turut membawa sepanduk dan kain pemidang yang tertulis perkataan yang menyokong Raja-raja Melayu.

Program yang dianjurkan oleh Pemuda BN itu dimulakan dengan visual kesultanan Raja Azlan Shah yang memaparkan sejarah hidup baginda.

Beberapa peserta pula membacakan sajak yang menyatakan taat setia rakyat kepada institusi Raja-raja Melayu.

Hadirin melaung-laungkan 'Daulat Tuanku' setiap kali institusi Raja-raja Melayu disebut oleh pengerusi majlis berkenaan, Datuk Idris Haron yang juga exco Pemuda Umno.
'Kita tahu angkara siapa'
Antara pemimpin utama yang hadir ialah pengerusi Pemuda BN, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, naibnya, Khairy Jamaluddin dan pemimpin komponen BN yang lain.

[Photo]Dalam ucapannya, Hishammuddin yang juga berkata, Pemuda BN akan tetap mempertahankan institusi Raja-raja Melayu sehingga titisan darah terakhir.

"Kita tahu angkara siapa ini semua. Inilah yang hendak memecahbelahkan orang Melayu," katanya disambut jeritan nama Anwar dari kalangan hadirin.

Selain Hishamuddin, wakil komponen Pemuda BN lain turut berucap menyatakan taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambery Abdul Kadir turut hadir dan menyampaikan ucapan di majlis tersebut.

Di akhir majlis, pemimpin Pemuda BN dan penyokong menyatakan ikrar taat setia kepada Raja-raja Melayu.

Wakil Pemuda Umno Sabah menyerahkan warkah junjung setia kepada Hishammuddin untuk disembahkan kepada Sultan Perak.[Photo]Bercakap kepada pemberita kemudiannya,

Hishammuddin berkata, anak-anak muda yang ingin meluahkan kemarahan dan kekecewaan terhadap kemelut politik di Perak patut diberi ruang dan dipantau supaya tidak mencetuskan sebarang kekecohan yang mengganggu ketenteraman awam.

Beliau berkata cetusan semangat ini jika tidak dikawal, boleh menyebabkan huru-hara dan kekecohan."Sekurang-kurangnya kami tidak di jalanan..melontar batu dan sebagainya," katanya.

Malaysiakini.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..