Followers

Monday, February 2, 2009

LOMPAT PARTI VS LOMPAT AGAMA(MURTAD)

Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan tahun 1989 adalah, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad.

Kenapa isu lompat parti diwar-warkan begitu hebat sekali. Seolah-olah macam esok nak kiamat? pelbagai analisis untok mencari penyebab dan bagaimana cara-cara untok akujanjinya(ADUN hilang 48 jam pun kalut!). Sedangkan isu lompat agama(murtad) sepi tidaklah sebegitu hebat diperbincangkan?

Itulah sebabnya yang Pakmie kata, mana-mana politik yang ada di Malaysia ini adalah sama sahaja. Masing-masing mencari jalan untok mencapai matlamatnya. Parti yang menjadi teras kekuatan kearah penyatuan bangsa pada hari ini adalah Umno. Inilah yang menyebabkan sedikit kelebihan yang ada parti Umno(ia juga tunjang kepada BN).

Beberapa hari lepas satu ADUN UMNO lompat ke PKR, hari ini kedengaran pula dua ADUN PKR lompat ke UMNO, itu adalah perkara biasa. Yang menjadi perkara yang luarbiasanya kenapa segolongan dari kalangan penyokong pas begitu fanatik kepada parti itu. Begitu sekali terpengaruh dengan kefanatikan dakyah dikalangan pemimpin parti pas, macam seolah-olah tiada langsung ilmu agama didada(wallahuallam). Kita jangan rasa pelik jika ada manusia yang sebegitu baik darisegi mata kasar tetapi sebaliknya amat jijik dan buruk disisi Allah SWT, juga sebaliknya.

Dulu tahun 2004 bising seluruh negara Nik Aziz selaku MB Kelantan menyuruh ADUN dan Parlimen PAS angkat sumpah supaya tidak lompat parti ke UMNO untuk membolehkan BN menerajui Kelantan dengan kelebihan beberapa kerusi? Kenapa lompat parti pada masa itu HARAM? Kenapa kini HALAL? Apakah Islam menghalalkan lompat parti? Tak ada fatwa dari PAS kerana senario kini ia memihak padanya.

Tak sampai seminggu Nizar menerima kehadiran ADUN Bota ke dalam PKR tidak pula dikatakan penganiayaan kepada UMNO dan BN. Cakap Nizar macam cakap PM Israel - sekejap kata letak senjata, sekejap kata mereka serang hendak hancurkan Hamas, sekejap kata mereka akan serang Palestin lagi.

Nak lawan, kira kita lawan. Jangan bila kita BN tumbuk dan sepak PR, Nizar kata itu tidak adil dan menganiayai. Bila kerajaan Malaysia tak tunai janji dan tak membela rakyat, mereka mewakili rakyat kononnya menuntut hak tetapi bila mereka pun berjanji dan janji dituntut, mereka diam.


Makanya, hari ke hari semakin jelaslah kepada kita sebagai rakyat marhein yang masih waras bahawa politik ini adalah sama sahaja. Setakat hari ini selepas PRU 12, Pakmie tengok mana-mana calon yang menang dan dipilih rakyat pada pilihanraya itu segolongannya tidak lagi menjalankan tugas dan tanggongjawab yang dipikulnya walaupun sudah lebih 10 bulan berlalu. Bahkan lebih menmualkan lagi masih tergila-gila kuasa tak cukup apa yang ada. Hebuh satu pelusuk negara, di Kampong dan di Bandar-bandar dendangan isu lompat parti sebaliknya isu lompat agama disepikan seolah-olah tiada orang islam dinegara ini di Keritiankan atau di Hindukan.

Jika ada usaha dari pehak kerajaan cuba untok bertindak bagi mengatasinya, ada sahaja halangan dari parti pembangkang yang seagama mempolitikkan. Pakmie cakap parti yang ada di Malaysia ini adalah sama sahaja atas dasar kita sesama Islam dan sebangsa, tetapi sebaliknya Pas tetap tidak mengiktiraf Umno kerana Pas menganggap Umno adalah parti kafir dan Anwar sendiri telah menyamakan Umno dengan Regim Zionis (Israel). Parti mana sebenarnya yang wajid kita sokong? Sekarang apabila perkara ini terjadi bukan soal politik lagi, soal sekarang maruah agama islam dan kaum melayu!


Agaknya lebih ramai yang akan lompat parti sekiranya UMNO dijenamakan semula selepas Mac 2009 nanti sebagaimana Pakmie jelaskan diatas itu?



Siapa lagi yang bersalah, kalau tidak kita Orang Islam!

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..