BN diwujudkan sejak sekian lama dengan beberapa parti komponen yang betunjang kekuatannya kepada Umno. Kaum melayu di negara ini yang sekian lama berteduh dibawah naungan Umno. Perlembagaan dalam Neraga - Umno yang begitu baik meletakkan kaum melayu dan agama islam di negara ini mencapai ketahap yang sepatutnya. Pembangunan yang ada, keharmonian rakyat yang berbagai kaum melambangkan kesepakatan yang "satu aliran" antara parti-parti komponen yang ada. Parti Pakatan Rakyat (PR) atau Pembangkang kepada kerajaan BN hari ini berjaya mewujudkan kesepakatan longgar semata-mata mahu membentuk kerajaan selepas PRU12 yang terdiri Pas, KeADILan dan DAP. Kalau dalam BN, Umno adalah parti tunjang kekuatan kepada BN. Sebaliknya apa yang berlaku dalam PR tidak ada satu pun parti ysng boleh mengusai atau menunjangi gagasan itu. Pas sebagai sebuah parti yang terbesar mewakili kaum melayu dalam PR itu tidak mampu menunjangi tidak seperti Umno dalam BN. Ini menyebabkan kesefahaman sebenar sukar terbentuk, walaupun tidor sebantal mimpinya tetap lain-lain. Kesepakatan "Tiga aliran" yang dibentuk dalam PR itu bagi menutup mata rakyat dalam sistem demokrasi yang ada dalam negara bagi menjatuhkan kerajaan Umno BN sahaja, tidak lebih dari itu.
Berbanding dengan BN, pendekatan yang diambil oleh PR terhadap rakyat tentulah lebih agresif. Segala gerak kerja dirancang tanpa memikirkan risiko terhadap rakyat dan negara. PR hanya mementingkan agendanya mahu menjatuhkan kerajaan dalam masa yang singkat. Dalam masa yang singkat itu rakyat tidak sempat memikir mana yang baik dan mana yang buruk lalu terjerumus dengan angan-angan pemimpin yang rakus dan tamak kuasa itu.
Dalam negara yang berbilang kaum seperti Malaysia yang bertunjangkan kaum melayu dan Islam di negara ini sudah tentulah sedikit sebanyak memerlukan kebijaksanaan dari pemerintah. Keseramarataan dan keadilan kepada semua kaum yang ada harus diambil kira dalam mengatur langkah-langkah mentadbir negara. Umno BN telah lebih 51 tahun memerintah negara ini dengan aman tanpa tanpa prajudis dari mana-mana kaum yang ada haruslah diberi pujian. Dalam masa yang sama Islam dan kaum melayu yang ada terbela disamping hak-hak dan keistimewaan yang ada pada kaum pribumi itu dikekalkan. Kesepakatan yang jitu dan sealiran antara pemimpin yang ada dalam BN dari dahulu lagi hinggalah sekarang itulah yang dapat kita lihat kemakmuran dan kemajuan yang ada di Negara kita hari ini.
Disebabkan kekeliruan rakyat sebelum pilihanraya 12 maka 5 negeri (sebelum BN ambil alih Perak) jatuh kepada Pakatan Pembangkang. Dari apa yang kita lihat kepada corak pemerintahan mentadbir kelima-lima negeri tersebut mampukah PR memerintah negara? tak sampai pun lagi setahun Seluruh rakyat Rakyat Perak menjadi kecoh dan huruhara kesan dari ketidakpercayaan wakil rakyatnya sendiri kepada Menteri Besar Nizar. Pentadbiran boneka, ketidakadilan dalam kerajaan Nizarlah yang menyebabkan rakyat tidak aman. Kaum melayu, ugama Islam dan kesultanan kita dipermain dan dihina sampai ke makamah disaman oleh Karpal Singh DAP yang tidak pernah terjadi dalam sejarah negara.
Andaikata plan gila 916 itu berjaya, apa sudah jadi kepada negara kita sekarang?Karpal Singh sudah tidak sebulu dan tidak percaya lagi kepada Anwar Ibrahim. Jika 916 itu berjaya maka Anwar lah PM Malaysia bukan? habis kalau tidak Karpal siapa lagi yang akan menjadi penasihat kepada PM Anwar! - tidak mungkin sama sekali HJ Hadi atau Nik Aziz sebab sudah awal-awal lagi Karpal DAP memberi isyarat langkah mayatnya dahulu. Seorang peguam yang PM (Nuar) lantik dalam pembicaraan kes liwat adalah Karpal. Karpal akan menjadi raja segala raja kalau Nuar menjadi PM. Kalau MB Nizar boleh jadi boneka DAP apa bezanya dengan Anuar jiika ia menjadi PM? maknanya PM Malaysia adalah boneka DAP - segala rashia Anwar ada pada Karpal sudah tentu dijadikan senjata utama Karpal DAP dalam Dewan Parlimen. Maka tercapailah cita-cita DAP melenyapkan kaum melayu dan ugama islam di negara ini. Di sini siapa yang salah? tetapi Anwar dan kuncu-kuncunya Pas tetap meyalahkan Umno sampai bila-bila, soalnya sekarang siapa yang susah? jawabannya apabila gajah bertembong gajah maka biasanya tikus yang mati ditengah-tengah seperti apa yang berlaku diantara Hamas dan Fatah di Palestin hari ini, Amerika tetap tidak bersalah. Anak-anak kecil, kaum ibu dan bapa-bapa tidak bersalah mati terbunuh sana sini tiada jalan kesudahannya...dimasa itu maka tercapailah pendekatan islam yang dibawa oleh Parti Pas selama ini...
Makanya, bukan senang untok mencapai kemakmuran yang diperjuangkan oleh Umno BN selama ini. Apa pun jasa-jasa Umno kepada Kaum melayu dan Islam tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa lagi. Cuma kerana politik rakus dan gila kuasa sahaja menidak-nidakkan perkara ini. DAP sudah lemah dan sudah akur kepada Kerajaan Umno BN tetapi disuntik kembali 'Power root' oleh Anwar Ibrahim maka terjadilah naik minyaknya. Yang peliknya kenapa Pas begitu senang masuk perangkap Anwar Ibrahim, itu yang menjadi tanda tanya sebab Pas parti kedua terbesar selepas Umno? Jelas pada kita akhir-akhir ini DAP hilang menyepi selepas Karpal meminta Anwar bertaubat. Pas pulak sanggup mengambil alih tugas DAP menghentam dan mengutuk Ibrahim Ali kerana Ibrahim cuba mengangkat martabat bangsanya dan Rajanya sendiri di Dewan Parlimen. Sekali lagi pas terperangkap, Anwar terlepas. DAP dengan tidor nyenyaknya selepas Nizar 'Menganggkat Sembah Pohon Derhaka Kepada Sultan' masih tidak bangun-bangun lagi...maka siapalah kita tanpa Umno?
Gerakhati PaKMie.
P/S - Coretan ini juga merupakan sebahagian dari jawaban SMS dari seorang sahabat pengunjong blog PaKMie semalam katanya dari KL. Sebaik mana sekali pun ketokohan seorang pemimpin itu ia tetap silih berganti. Islam, Bangsa dan Negara jangan diperjudikan - Itulah saya - terima kasih.
2 comments:
Pakmie,
Satu pandangan yang menarik. Terima kasih kerana singgah di blog Waadat.
Salam Cheman n kwn2...
Kita memahami jika nasib kaum melayu sentiasa dipertaruhkan lama kelamaan melayu akan terpinggir ditanah air sdri.
Dikalangan kita sendiri ada yag seda dn tdk sedar...Yg tdk sedar sama2lah kita sedarkan nya...masalahnya sekarang golongan melayu yg mahu mengambil kesempatan atas kelemahan melayu sdri. Anwar Ibrhim kononnya menampilkan diri memebela Melayu dan islam hakikat sebenar ia hanya mahu mempergunakan melayu itu sdri dalam mengejar cita-cita gila pd kuasa...
Asalamualaiku, salam perjuangan....
Post a Comment