Followers

Tuesday, February 10, 2009

HUKUM DALAM URUSNIAGA FOREX

Hukum Bagi Melabur Dalam Syarikat Yang menjalankan Forex
Forex adalah satu jenis perdagangan/transaksi yang memperdagangkan mata wang sesebuah negara lainnya yang membabitkan pasar mata wang utama dunia selama 24 jam secara berterusan.

Benar, memang Forex mata wang diharuskan, tetapi keharusannya tertakluk kepada sejauh mana ia menurut garis panduan yang dikeluarkan dari pada hadis Nabi yang sahih. Ditukar (serah dan terima) dalam waktu sama ia disebut dalam hadis sebagai "yadan bi yadin". Dalam bahasa ingerisnya adalah "pada asas sementara". Ia datang banyak hadis, antara yang paling utama adalah:
  • "Emas dengan emas (ditukar atau di niagakan)
  • Perak dengan perak
  • Gandum dengan gandum
  • Tamar dengan tamar
  • Garam dengan garam
Dan sukatannya mestilah sama dengan timbangannya, dan ditukar terus (pada satu masa) dan jika berlainan jenis, maka berjual belilah kamu sebagaimana yang disukai" Riwayat Muslim, no 4039, ( no hadis, 11/9).

Nabi juga bersabda yang maksudnya: "Sesunguhnya Rasulullah SAW berkata: Pertukaran antara emas dan perak adalah riba, kecuali jika ia dilakukan secara serentak (serah terima dalam satu masa)' (Riwayat Muslim, no 1586, 3/1209).

Pembelian secara hutang daripada satu antara dua pihak adalah haram berdasarkan hadis bermaksud: "Rasulullah SAW melarang dari menjual emas dan perak secara berhutang" (Riwayat Al-Bukhari, no 2070, 2/762).

Hadis di atas menyebut perihal disiplin Islam dalam pertukaran emas dan perak. Untuk maklumat, mata wang (not bank) juga sama disiplinnya dengan emas dan perak disebabkan nilai dan fungsinya sebagai perantara tukaran. Justeru, setiap disiplin dan syarat transaksi yang membabitkan emas dan perak juga terpakai pada urusan trading mata wang.

Demikian keputusan dari majlis Fiqh Antarabangsa dan juga majlis Kewangan Islam Antarabangsa di bawah Accounting and Auditing Organization For Islamic Institution (AAOIFI).

Forex dalam mata wang yang diuruskan syarikat konvensional pasti tidak akan menjaga syarikat ini, kerana kebanyakan forex yang dijalankan institusi konvensional adalah "Forward Forex" atau Forex yang mengunakan nilai masa depan yang tergolong dalam Riba Nasiah.

Mereka juga kerap mengunakan SWAP, Opsyen dan lain-lain instrumen yang tidak halal di sisi syariah. Instrumen tadi tidak memenuhi syarat Islam iaitu serah terima atau di sebut 'qabadh' dalam Islam secara benar 'hakiki' atau 'hukmi' pada waktu sama. Masalah dalam pelaksanaan Forex adalah bertanguh dalam penyerahan kedua-dua belah pihak. Tatkala itu, akad menjadi batal (Radd al-Muhtar ala ad-durr, 4/531).

Tidak dinafikan sesetengah Institusi Kewangan Islam melakukan Forex ini selepas mendapatkan kelulusan Majlis Penasihat Syariah mereka. Namun, semua mereka hanya terbabit dalam Forex jenis 'spot' dan bukan jenis 'Forward'. Jika adapun, jenis forward ia mengunakan konsep Al-Wa'd atau 'Unilateral Promise' dan ia sudah sepakat keharusannya.

Yang pasti, majlis syariah mereka meletakan beberapa syarat dan bukan secara bebas bergitu saja. Justeru, melabor modal (bererti anda melabur dan kemudian tunggu untung saja) dan dalam institusi kewangan konvensional yang memperolehi untung melalui cara forex hukumnya tidak halal disisi Islam. Ia keputusan Panel Penasihat Syariah dunia yang bernaung di bawah AAOIFI.

Antara panel penasihat syariahnya adalah:-
Syeikh Mufti Taqi Uthmani; Prof Dr Syeikh Wahbah Zulhayli; Prof Dr Syeikh Siddiq Dharir; Syeikh Abdullah al-Mani; Dr Abd Sattar Abu Ghuddah; Syeikh Dr Nazih Hammad; Syeikh Dr Hussain Hamid Hassan; Syeikh Nizam Ya'quby; Dr Mohd Daud Bakar; Syeikh Al-Ayashi al-Sadiq Faddad dan Syeikh Dr Ajil Nashmi.

HUKUM URUS NIAGA FOREX YANG DINIAGAKAN SENDIRI MELALUI PLATFORM INTERNET.
Bagi mengetahui hukum bagi bentuk kedua ini, pertamanya ia tertakluk kepada:-
  1. Kesahihan dan kewibawaan syarikat platform daripada sudut lesennya dan pengenalannya. Ia diperlukan bagi mengelak anda ditipu oleh platform syarikat yang tidak benar. Butiran terperinci berkenaan platform ini mesti diteliti dan boleh diperoleh. Jika tidak, transaksi anda adalah bersubahat dari awal lagi kerana wujud unsur gharar.
  2. Jika platform itu mempunyai kewibawaan dan berlesen, serta info yang mencukupi, perkara ke dua adalah menilai akta berkaitan aktiviti ini daripada badan berwajib di Malaysia. Ini perlu bagi memastikan anda tidak terbabit dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.
Jika dua syarat di atas lulus, maka transaksi jual mata wang asing serta simpanan dan kemudian jual semula apabila harga tukaran naik adalah harus menurut hukum asalnya kerana ia secara automatik dilaksanakan menurut kaedah 'spot'. Bagaimanapun, kita perlu sama-sama memahami dan menyemak bagaimana proses ini dilakukan secara ringkas dan melihat padangan Islam mengenainya...


Zaharuddin Abd Rahman (Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam UIAM).



No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..