Followers

Monday, February 23, 2009

UMNO KELANTAN SEDIA TERIMA PAK BERAHIM

Feb 23, 09 6:45pm

Umno Kelantan sedia menerima Datuk Ibrahim Ali sekiranya Ahli Parlimen Pasir Mas itu mahu kembali kepada parti itu, kata Ketua Penerangan Umno Kelantan Datuk Alwi Che Ahmad.

Alwi berkata kini terpulang kepada ahli Parlimen bebas itu sama ada mahu bersama-sama Barisan Nasional (BN) selepas gesaan PAS supaya Ibrahim meletak jawatan sebagai anggota Parlimen.

Ibrahim menang dalam pilihanraya umum Mac 2008 atas tiket PAS, lapor Bernama

"Kena tanya dia (Ibrahim) dulu apa kehendak dia, sekiranya dia nak masuk (Umno) dia kena pohon, lagi pun dia tak pernah keluar (Umno), dulu Umno yang pecat keahlian dia.

"Bagi kita, kita terima sesiapa sahaja," kata Alwi ketika ditemui pemberita di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan.

Alwi adalah ketua pembangkang di DUN Kelantan.

Desakan terhadap Ibrahim itu berikutan kelantangan beliau kebelakangan ini sering mengkritik PAS.

Ibrahim, 57, digugurkan dari jawatan ketua Umno Pasir Mas pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum Ke-11, Mei 2004, tetapi tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.

Malaysiakini.

1 comment:

aNaK BaPaK said...

kamu ini opengikut setia "pas bangang" ye..

apa kata kamu baca komen "pas bangang" kepada saya serta respon balas saya kepadanya..

takkanlah kamu juga se'bangang" dengannya..

baca sini;

http://anakbapak8385.blogspot.com/2009/02/perang-siber-aku-vs-penulis-upahan-umno.html

suoaya anda sedar betapa dangkalnya pemikiran kamu kerana dibelenggu program pembodohan oleh UMNO kepada rakyat selama 51 tahu...

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..