Followers

Tuesday, February 10, 2009

ANDAIKATA PAS DAN UMNO BERGABUNG SUDAH TENTU ISLAM DAPAT DIPERTINGKATKAN LAGI DI NEGARA INI?


Dalam kontak islam kita dilarang keras dalam membuat penilaian keatas sesuatu itu dengan melihat di kotak yang salah. Dalam blog pakmie ini tidak lain dan tidak bukan hanya mahu menjadikan tempat para pemerhati untuk membaca Artikel yang baik-baik yang cuba Pakmie paparkan. Rakan-rakan Blogger (BPN) pada keseluruhannya mahu melihat sebenar-benar penyatuan islam dan bangsa dengan mengajak seluruh parti kaum melayu yang ada di negara supaya BERSATU!

Allah SWT menyuruh kita agar bersatu - Pas dan Umno bersatulah demi islam yang tercinta.

Ayat 9 surah al-Hujurat yang bermaksud;

Dan sekiranya dua kumpulan orang beriman saling berperang maka damaikanlah antara kedua-duanya, jika salah satu kumpulan telah menceroboh ke atas kumpulan yang lain maka perangilah kumpulan yang menceroboh itu sehingga ia kembali kepada Allah (dengan meninggalkan perbuatan menceroboh). Jika ia telah kembali, maka damaikanlah kedua-duanya dengan adil dan berlaku saksamalah, sesungguhnya Allah suka orang yang melakukan kesaksamaan

Kalau kita lihat sejak akhir-akhir ini perbalahan dalam politik antara Umno dan Pas boleh diibaratkan "tali sudah tersimpul mati". Umno juga sepeti parti Pas keseluruhannya diwakili oleh bangsa melayu yang terang-terang sama-sama memahami hukum agama islam. Sama-sama Lafaz dua kalimahsyahadat dan jika berkemampuan bersama-sama ketanah suci Mekkah. Tetapi kerana politik semuanya kita lupa, terlalu kronik untok diulas disini kenapa perkara ini boleh berlaku.

Soalan terlalu mudah ini amat sukar jika dijawab dalam kontak politik. Jawaban tetap ada disanubari masing-masing itu pun jika kita masih berupaya untok berfikir. Menunggu suatu kes atau kejadian yang berlawanan dengan kehendak kita maka ianya terus bertindak tanpa batasan agama yang lebih kearah kehendak emosi.

Seperti kejadian yang telah terjadi di Istana Sultan Perak tempoh hari sangat mendukacitakan. Dukacita kerana penyokong-penyokong PAS yang berbaring di atas jalan raya bagi menghalang kenderaan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin untuk masuk ke pekarangan Istana. Mereka merupakan rakyat melayu beragama islam . Kita begitu kecewa melihat tingkah laku mereka, serta sikap manusia yang mendabik dada, kononnya untuk memperjuangkan Islam tercinta.

Syaitan telah menang. Menang dalam mengalihkan perhatian kita semua daripada terus taat kepada Allah, Rasul-Nya serta Ulul Amri-Nya. Apabila Allah berfirman agar taatlah oleh mu kepada Allah, Rasul serta Ulul Amri dalam kalanganmu, kita tiba-tiba menjadi begitu jahil serta seolah-olah tidak faham akan perintah-Nya itu. Manakala, syaitan begitu halus dalam menipu dan memperdayakan kita semua, dia berbisik kepada para penyokong PAS agar sama-sama berdoa dan bersembahyang Jumaat beramai-ramai di Masjid Ridhuaniah dan Ubudiyah. Setelah kita taat menyembah Allah yang Maha Esa, marilah pula sama-sama kita berarak dan berdemonstrasi untuk menentang keputusan Sultan Perak yang didakwa zalim dan salah itu. Maka, tanpa kita sedar, setelah kita taat dengan bersujud menyembah Allah yang Maha Esa sebentar tadi, tidak sampai sepuluh minit selepas itu, kita kembali derhaka kepada perintah Allah, yang jelas mewajibkan umat Islam untuk taat dan patuh kepada Ulul Amri dalam kalangan kita (dalam konteks ini adalah Sultan) selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Turun saja kaki dari tangga masjid lalu menjerit, membaling batu serta berbaring di atas jalan raya untuk menghalang Raja Muda Perak daripada masuk ke Istana - dengan satu matlamat yang jelas, yakni mahu menunjukkan protes serta rasa benci dengan keputusan yang telah dilakukan oleh Baginda Sultan Perak berkenaan isu pelantikan Menteri Besar Perak yang Baru dan pelucutan jawatan MB yang lama.

Makanya, disuatu sudut lain pula syaitan berjaya memesongkan hati-hati ahli UMNO yang berjaya menunjukkan taat setia mereka kepada perintah dan keputusan Sultan Perak tersebut, dengan beramai-ramai berarak dan mengadakan rapat umum bagi mempertahankan institusi kesultanan Melayu Perak dan maruah Raja-Raja Melayu, khususnya Sultan Perak di Ipoh baru-baru ini. Namun demikian, kita dengan tiba-tiba "terlupa" atau sengaja melupakan tentang solat fardu Zohor dan Asar, apabila terlalu leka untuk terus "taat" kepada Kebawah Duli Tuanku Sultan Perak.

Orang Melayu Pas dan Umno hilang kedua-duanya. Dan hanyut dalam dua tipu daya syaitan yang secara jelas merugikan kita semua. Peyokong-penyokong PAS - sangat taat kepada Allah (dalam konteks solat), tetapi mereka lupa untuk taat kepada Ulul Amri yang juga merupakan satu k
ewajipan. Manakala, sebahagian ahli-ahli UMNO (di Ipoh ketika mengadakan rapat umum tempoh hari) begitu taat kepada Sultan Perak sehingga leka dan terlupa untuk pula menyembah Tuhan Yang Maha Esa.

Akhirnya,
yang menang sekali lagi adalah syaitan. Sebab apa kita sanggup berpecah belah dan berbalah sesama sendiri? adalah disebabkan kita sebenarnya masih jahil dalam ilmu agama kita sendiri. Kaum cina yang dapat pecahan lot tanah 999 tahun bertepuk tangan senang lenang dirumah. Mana-mana pun cina serpihan komunis DAP yang selalu dapat untong. Sebab politik, melayu jadi bodoh. Dunia rugi, akhirat pun rugi...sebab itulah pentingnya kita bersatu! - Wallaahuallam...Amin.



Makluman

Kutipan derma untok mengcukupi wang jaminan polis bagi sembilan orang tahanan yang melakukan rusuhan tempuhari telah dilancarkan.


No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..