Followers

Monday, March 23, 2009

ADAKAH PENGUNDI PRK BKT GANTANG , BKT SELAMBAU DAN BTG AI SUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN BIJAK?

Dalam kehidupan ada dua sahaja jalan samada jalan kebaikan atau jalan keburukan. Allah SWT menurunkan Al-Quraan kepada umat manusia supaya dijadikan pedoman untuk mencari jalan kebenaran. Islam adalah agama yang benar, sudah dijelaskan satu persatu dan Nabi Muhammad SAW adalah nabi terakhir.

Kesenangan yang dinikmati atas dunia ini akan dihisab satu persatu diakhirat nanti. Segala harta yang didapati akan ditanya darimana kita dapat, jika ianya kita dapat dari sumber yang tak elok atau haram kita akan menerima pembalasan dari Allah SWT. Kita juga dituntut oleh Allah berhubungan dengan baik dan merupakan fardu kifayah tolong menolong antara antara masyarakat tambah lagi sesama islam.

Jika kita mengambil kesempatan cuba dengan niat mengelirukan orang ramai untuk mendapatkan pengaruh samada untuk kepertingan diri sendiri atau kumpulan maka kita didahulukan oleh Allah SWT akan dihumban kedalam api neraka.

Kenapa Pas dapat memerintah Kelantan lebih 18th?

Kalau nak dikira untok rakyat Kelantan menilai kerajaan Pas dari segi pembangunan adalah tidak lojik. Selama Kerajaan Pas memerintah Kelantan tidak ada apa yang boleh kita banggakan. Masjid negeri yang menjadi kebanggaan sesebuah negeri yang berdaulatkan islam pun tidak dibina atau dibaiki. Apatah lagi perkara lain yang boleh menjadikan sebutan kearah kecemerlangan islam dibawah pimpinan Nik Aziz. Slogan Kelantan sebuah negeri Serambi Mekkah suatu ketika dahulu adalah slogan yang dicipta untok mengaburi umat islam seluruhnya. Apa yang Pas mampu hanya mencipta slogan-slogan tambah-tambah lagi menjelang pilihan raya.

Fatwa-fatwa politik dimainkan sewenang-wenangnya. Rakyat menjadi terkeliru apatah lagi jika ianya dikatakan oleh seorang bergelarTok Guru. atau ustaz. Di Kelantan majoritinya adalah kaum melayu yang beragama islam. Alunan yang begitu baik dengan dalam setiap ceramah yang diatur disetiap pelusuk negeri oleh pas tidak kira masa memberi pengaruh yang besar pada Parti Pas. Fatwa-fatwa yang diterbitakan mengikut masa dan keadaan itu, ternyata ianya amat berkesan sekali kepada rakyat Kelantan. Kerajaan Pas di Kelantan tak payah memikir apa pertolongan kepada rakyat sebab dasar-dasar Pas kononya lebih menitikberatkan hari akhirat hidup dalam keadaan miskin tidak menjadi masalah, buat apa kepada pembangunan di dunia. Pas menjelaskan kepada rakyat dasar-dasar yang dibuat oleh Umno adalah wajib ditentang kerana ia tidak melambangkan kehendak islam yang sebenar. Menyokong Umno adalah kapir, mengajak rakyat menentang kerajaan Umno yang zalim dan kita mendapat pahla yang besar disediakan oleh Allah SWT.

Bagi Kerajaan Pas di Kelantan tak payah memikirkan pembangunan seperti apa yang Umno lakukan kepada rakyat dan negara. Kerja Pas yang hanya memberi ceramah-ceramah yang menentang dasar-dasar kerajaan Umno itu sahaja sudah cukup untuk mengekalkan tampuh pemerintahan parti itu di Kelantan.

Pas berjaya memecahbelah orang-oarang islam di Kelantan sebab itu Pas masih dapat mengusai Kelantan. Pas sanggup melihat rakyat di Kelantan berpecah, kerana politik pembawakan Pas itu tidak kurang juga keluarga islam berpecah dan bercerai berai kesan dari ketaaksubpan kepada pemimpin berkenaan.

Apa yang kita lihat hari ini pas cuba menlebarkan pengaruhnya kenegeri-negeri lain di negara ini, termasuklah Perak, Selangor, Kedah,dan Pulau Pinang. Pas sudah buat dasar yang sama di negeri-negeri tersebut seperti apa yang ia lakukan di Kelantan. Kita tengok sahaja di Perak...kaum melayu di Perak sekarang sudah terpecah. Sentimen agama begitu jelas memecahbelahkan kum melayu di perak. Sedangkan apa yang berlaku lebih teruk lagi dari negeri Kelantan kerana Pas mempegadaikan agama islam dan bangsa melayu untok mendapatkan pengaruh dari kaum lain. Sebab itulah Nizar mempertahankan habis-habisan DAP dan juga PKR kerana dasar itu sahaja yang membolehkan beliau dapat mengekalkan kuasa waima Sultan Perak sebagai simbol kekuatan islam dan melayu pun di tentang habis-hsbisan.

Makanya, kita rakyat seharusnya memikirkan dengan baik dan jangan sesekali beremosi dalam membuat sesuatu keputusan untok menyokong Parti Pas. Kita kena tahu kemana arah agama kita islam, bangsa kita dan negara kita suatu masa nanti. Bangsa lain khasnya DAP menyokong Pas yang hanya sebelum cita-citanya tercapai, walaupun dasar islam DAP tetap menentang tetapi kerana keuntongan yang berpehak kepada DAP maka Pengerusi Karpal Singh tetap juga berada bersama Pas. DAP sudah akur kepada kemajuan kerajaan UmnoBN yang sudah sekian lama di negara ini tetapi Pas memberi semangat baru kepada DAP dalam PRU12 baru ini sehinggakan DAP sekarang sudah menjadi King dan berani menentang kaum melayu secara jelas dengan cuba menidakkan melayu adalah kaum PRIBUMI di negara ini. Ketuanan melayu dan dsar-dasar kerajaan untok kaum melayu dicabar dan turut juga disokong oleh Pas dan melayu PKR.

Kalau kita hanya berkepertingan diri boleh lah menyokong Pakatan Rakyat. Jika kita sayangkan Islam, bangsa dan negara kita wajib menentang kerana sudah jelas Pakatan Rakyat tidak mampu membawa rakyat dan negara ini kearah kejayaan seperti yang telah terbukti UmnoBN lakukkan di negara ini yang sudah lebih 50tahun. Pakatan Rakyat merupakan kilang yang melahirkan pemimpin-pemimpin yang tidak bermoral, raja segala rasuah, memecahkan islam menghianati bangsa sendiri dan menghancurkan negara.

P/S - Kepada pengundi PRK Bkt Gantang, Bkt Selambau dan Btg Ai harap PaKMie kalau pun mahu menyokong Pas/PKR cuba fikirkan sedalam - dalamnya sebelum membuat keputusan. PaKMie coretkan disini secara iklas dan tak ada apa-apa kepertingan hanya lahir dihati demi sayangkan agama, bangsa dan negara. Kebetulan PaKMie juga anak kelahiran dan menetap di Kelantan terlibat secara langsong dan merupakan penganalisis politik secara bebas. UmnoBN adalah kerajaan terbaik untok rakyat di negara ini.

Ulasan...

Blogger PaKMie said...

Salam ...

Awekzbktgantang...kerje kuat ek, pastikan penduduk/pengundi fhm cerita sebenar jgn terpengaruh dgn dakyah pembangkang!!!

Motaro...

Sila baca coretan PaKMie diatas dgn iklas...mgkin boleh memberi sdkit panduan bgi menetukan kedudukan islam,bangsa dan negara kita dimasa hadapan.

Agama islam tak elok diperdebatkan. Islam perlu kpd perlaksanaan, islam sdh elok cuma perlaksanaannya oleh penganutnya sahaja memperkotakkatikan kerana gara2 berkepentingan politik yg cetek dan rakus pd kuasa.

Asalamualaikum dan salam sejastera slmt berjuang.

March 23, 2009 3:56 PM

Delete

1 comment:

PaKMie said...

Salam ...

Awekzbktgantang...kerje kuat ek, pastikan penduduk/pengundi fhm cerita sebenar jgn terpengaruh dgn dakyah pembangkang!!!

Motaro...

Sila baca coretan PaKMie diatas dgn iklas...mgkin boleh memberi sdkit panduan bgi menetukan kedudukan islam,bangsa dan negara kita dimasa hadapan.

Agama islam tak elok diperdebatkan. Islam perlu kpd perlaksanaan, islam sdh elok cuma perlaksanaannya oleh penganutnya sahaja memperkotakkatikan kerana gara2 berkepentingan politik yg cetek dan rakus pd kuasa.

Asalamualaikum dan salam sejastera slmt berjuang.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..