Followers

Wednesday, March 4, 2009

Resolusi Edisi 4 dan 5 2009 BPN : Isu Kalimah Allah dan Sidang Haram DUN Perak Semalam -Malaysiakini

bpn-tiger-red.jpg picture by azzuhrie
Resolusi 5/2009 : Mengutuk tindakan membuat Sidang DUN Perak tanpa Perkenan Sultan

BPN mengutuk tindakan Pakatan Rakyat yang berdegil ingin mencabar kedaulatan kuasa Sultan Perak yang tidak memperkenankan sidang DUN walau sudah diberi amaran oleh banyak pihak.

BPN mengutuk tindakan menjadikan agenda politik lebih utama dari kestabilan dan keamanan rakyat Perak.

BPN juga meminta rakyat tidak menyokong tindakan yang jelas menderhaka kepada Sultan ini yang boleh mencetuskan huru hara di sana.

BPN meminta tindakan lebih tegas dari pihak berkuasa untuk menghentikan permainan gila politik pembangkang ini yang sudah keterlaluan tanpa mengira untuk menunaikan janji janji mereka semasa PRU yang lalu.

BPN turut meminta agar DUN Perak tidak dibubarkan demi menjimatkan wang rakyat dan mengelakkan keadaan dan suasana semakin tidak terkawal jika pilihanraya diadakan sekali lagi di negeri Perak.

BPN memohon campur tangan Raja Raja Melayu dalam isu ini agar menyedarkan rakyat tentang kuasa yang dimilik oleh Majlis Raja Raja sebagai Parlimen Ketiga yang Tertinggi dan mengatasi mana mana kuasa yang ada di negara kita...


DAULAT TUANKU !!!!


Yang benar :

Blogger Pembela Negara
Disediakan oleh :

Panglima Perang Cyber
Ydp Blogger Pembela Negara

Resolusi 4 / 2009

Tajuk : Kalimah Allah perlu dibenarkan kepada Umar Islam Sahaja di Malaysia



1.BPN mendesak pengharaman kalimah ALLAH yang ditarik balik oleh Kerajaan Malaysia dikaji semula demi mengelakkan mudarat lebih besar ekoran reaksi penganut Islam yang bimbang ia boleh menjadi titik kristianisasi di Malaysia


2.BPN mencadangkan penerangan isu ini perlu dibuat secara meluas di media massa dan eletronik demi mengelakkan salah faham bukan Islam dan juga umat Islam sendiri


3.BPN merasakan sudah tiba masanya isu agama ini perlu diselangi dengan tindakan tegas sebelum ramai lagi akan bangkit menyentuh isu tersebut demi kepentingan mereka meskipun ia jelas melanggar perlembagaan negara kita.


4. BPN memohon perhatian DYMM Seri Paduka Baginda Yang dipertuan Agong untuk menggunakan kuasa mutlak baginda dalam hal agama ini bagi menghalang serta merta tindakan Kerajaan Malaysiamembenarkan penggunaan kalimah ALLAH tersebut kepada penganut agama Kristian


5. BPN juga akan memastikan kalimah ALLAH hanya dibenar dan diberi kepada penganut Islam sahaja samada menerusi tulisan atau percakapan dan sebarang tindakan bertentangan dengan hasrat tersebut akan ditentang habis habisan oleh para blogger BPN demi mengelakkan perasaan tidak puas hati dan marah dari merebak dalam hati sanubari rakyat Malaysia….



Yang benar,


Blogger Pembela Negara



Disedia oleh :


Panglima Perang Cyber

YDP BPN



6 comments:

Panglima Perang Cyber said...

flag kena buang pak mie..tgk di blog panduan IT saya ada cara.

Darulehsan said...

negeri perak adalah kepunyaan rakyat perak seharusnya biarlah rakyat perak yg membuat keputusan. saya percaya rakyat perak tahu akan kebenarannya.
sekiranya anda benar benar ingin melihat raja raja melayu dihormati, ajak lah pemimpin UMNO kembalikanlah imuniti yg telah mereka rampas.

Toksedang said...

sy baca dlm blog pro pakatan/Pas sebelum sidang tergempar 3mac semua caci dan kata huduh kpd kerajaan Zambry BN diperak.Sebab apa mrhkan zamry sy pn tak faham, sb sultan perak setahu sy yg lantik beliau...

Katanya akan terjadi dalam sejarah 3mac nanti Allah akan jatuhkan BN Zambry dgn aib sekali....

Lalu sy berfikir kenapa seluruh blog pas yg sy baca semuanya mencaci Zambry. #mac maka berakhirlah pemerintahan BN diperak....

Sebaliknya sy baca pulak dlm blog pro kerajaan/ Umno tak ada pulak tulis caci mencaci mcm blog pas, itu yg sy heran....sy juga sebenarnya dlm PRU12 mengundi Pas tpi kenapa nampak sgt berbezanya Pendekatan pas ambil berbanding dgn UMno? sdgkan Pas kata Umno tdk parti Islam?

Lalu sy cuba ikuti perkembangan apa akan jadi 3mac nanti. Bagi sy jika apa kata Pas itu benar kerajaan Zamry jatuh ok lah, tetapi sy juga fikir kenapa penyokong2 pas terlalu takssub sgt melebihi kuasa Allah dan terlampau yakin BN akan jatuh 3mac?

Sy tunggu utk melihat apa kejadian yg sebenar....

Apa yg kita tahu usahkan mahu jatuhkan kerajaan BN, sidang tergempar itu pun tdk sah....yg paling GILA sekali pula diadakan dibawah pokok!!! apa dahlah sdh jatuh ditimpa tangga pulak...lalu sy fikir pulak (sb sy ni suka memikir)kenapa masih ramai lagi dikalangan pemimpin pas terdiri dri org2 yg bodoh..??? bkn setakat bodoh tak takut pada dosa2 pulak....dunia dh terbalik!

Skrg ni sy apa yg sy fikir pula(sb sy suka berfikir)...apa untongnya kita pilih wakil rakyat pas dlm PRU12? kita caya kat depa supaya tlg kita...sebaliknya depa tak tlg2 pun kita, dahlah tak tolong nak ajak kita lagi sokong dia buat kerje gila....setakat ambil gaji/elaun buta aja lah....sy semakinfhm dh sekarang....jika ada p/raya lepas ini sy akan tentang habis habisan sampai darah terakhir utk melenyapkan parti yg merusakkan bangsa dan agama islam di negara ini. Itu janji sy ...sy betul2 fed up dgn wayang2 pas....

PaKMie said...

Salam pg5 n kwn2...

Cmne erk...? nak masuk link pn tak reti ni pg5...tlg ajar ya...


Darul...

Kita kena fhm dlm main politik ni...
tinggalkan emosi tu dulu dibelakang kalau dipengaruhi emosi sdh tentu kita tak dapat terima pendapat org lain, kita tetap dgn pendirian kita sdri...

TokSedang...

Bagus lah bersyukurlah...kita renong siapa sebenarnya yg memperjuangkan islam di negera ini...Pas berjuang dimulut sahaja, jika kita lihat tingkahlaku dikalangan pemimpin mereka kdg2 lebih teruk dri UMNO.
Satu lagi Umno tdk suka mencacri sesama islam, pas juga parti politik mcm Umno juga tiada bezanya....yg membezanya adalah pemimpin itu sdri....jika Nik Aziz sdri bercakap berubah2 siapa lagi kepimpinan dlm Pas yg kita boleh harapkan? - Sila layari blog BPN (Panglima Perang cyber)

asalamuaaikum dan salam ..perjuangan...dri Pakmie

PaKMie said...

sy baca dlm blog pro pakatan/Pas sebelum sidang tergempar 3mac semua caci dan kata huduh kpd kerajaan Zambry BN diperak.Sebab apa mrhkan zamry sy pn tak faham, sb sultan perak setahu sy yg lantik beliau...

Katanya akan terjadi dalam sejarah 3mac nanti Allah akan jatuhkan BN Zambry dgn aib sekali....

Lalu sy berfikir kenapa seluruh blog pas yg sy baca semuanya mencaci Zambry. #mac maka berakhirlah pemerintahan BN diperak....

Sebaliknya sy baca pulak dlm blog pro kerajaan/ Umno tak ada pulak tulis caci mencaci mcm blog pas, itu yg sy heran....sy juga sebenarnya dlm PRU12 mengundi Pas tpi kenapa nampak sgt berbezanya Pendekatan pas ambil berbanding dgn UMno? sdgkan Pas kata Umno tdk parti Islam?

Lalu sy cuba ikuti perkembangan apa akan jadi 3mac nanti. Bagi sy jika apa kata Pas itu benar kerajaan Zamry jatuh ok lah, tetapi sy juga fikir kenapa penyokong2 pas terlalu takssub sgt melebihi kuasa Allah dan terlampau yakin BN akan jatuh 3mac?

Sy tunggu utk melihat apa kejadian yg sebenar....

Apa yg kita tahu usahkan mahu jatuhkan kerajaan BN, sidang tergempar itu pun tdk sah....yg paling GILA sekali pula diadakan dibawah pokok!!! apa dahlah sdh jatuh ditimpa tangga pulak...lalu sy fikir pulak (sb sy ni suka memikir)kenapa masih ramai lagi dikalangan pemimpin pas terdiri dri org2 yg bodoh..??? bkn setakat bodoh tak takut pada dosa2 pulak....dunia dh terbalik!

Skrg ni sy apa yg sy fikir pula(sb sy suka berfikir)...apa untongnya kita pilih wakil rakyat pas dlm PRU12? kita caya kat depa supaya tlg kita...sebaliknya depa tak tlg2 pun kita, dahlah tak tolong nak ajak kita lagi sokong dia buat kerje gila....setakat ambil gaji/elaun buta aja lah....sy semakinfhm dh sekarang....jika ada p/raya lepas ini sy akan tentang habis habisan sampai darah terakhir utk melenyapkan parti yg merusakkan bangsa dan agama islam di negara ini. Itu janji sy ...sy betul2 fed up dgn wayang2 pas....

Anak Bapak said...

Memorundum Untuk YB Datuk Mukhriz

Tidak tahu bagaimana mahu saya luahkan perasaan yang bermain di dalam jiwa saya ketika ini dan tidak dapat saya terjemahan betapa maruah diri sebagai Pemuda Melayu UMNO yang sememangnya menyokong YB Datuk sebelum ini merasa kecewa , saban hari sokongan saya terhadap YB Datuk terhakis sedikit demi sedikit , walaupun saya mencuba untuk memujuk hati saya yang sering berkata apakah benar ini cara kepimpinan YB Datuk . Saya sukar mempercayai apabila kelemahan YB Datuk kian ketara dan kali ini saya tidak dapat lagi menyembunyikan perasaan saya dan maafkan saya YB Datuk kerana saya terpaksa berterus terang membantah dan menyifatkan YB Datuk adalah lemah dan tidak langsung patriotik.Komen YB Datuk baru-baru ini meletupkan segala yang terbuku di dalam hati dan saya tidak lagi mempu untuk menjadi hipokrit dan terpaksa saya luahkan kepada YB Datuk.

YB Datuk

YB Datuk mahu BN berkomompromi dengan kerajaan PR, Apakah giilanya cadangan ini. Kita bukan bacul dan kita bukan penakut. BN berkompromi dengan kerajaan PR adalah sesuatu yang terakhir dan yang tidak mungkin terlintas di mana-mana pemikiran manusia yang mengakui diri mereka sebagai Pemuda UMNO yang bermaruah. ,Tahu kah YB Datuk , Inilah sebenarnya yang mereka tunggu kenyataan dari seorang pemimpin UMNO yang memberikan mereka ruang dalam melebarkan kemelut yang sepatutnya sudah berakhir . Bagaikan orang batuk di sorong bantal , Datuk telah memberikan mereka nafas , Datuk telah menghalalkan perbuatan mereka melanggar titah Sultan Perak. Datuk seolah-olah membenarkan dan merestui perbuatan salah mereka.

Sebenarnya YB Datuk, Tiada kompromi kepada titah Sultan. Tiada kompromi dalam perlembagaan. Ini hak sultan . Tiada siapa yang berhak mempersoalkan . Titah Sultan patut dipatuhi dan tiada alasan lain melainkan akur kepada titah Sultan. Kerajaan BN juga terpaksa akur dengan hak yang ada pada Sultan apabila 3 Menteri Besar negeri adalah pilihan Sultan , Negeri Johor , Terengganu dan Perlis, Jika BN sebagai kerajaan akur dengan titah Sultan , tiada kata dua bagi mana-mana negeri untuk mencari alternatif lain seperti enggan akur kepada titah Sultan. Tiada istilah kompromi dalam menentukan undang-undang dan perlembagaan .


Cadangan Datuk ini membayangkan kelemahan kita, sebenarnya adalah cadangan yang tidak masuk akal dan seolah-olah YB Datuk juga menghalalkan mereka dan menghina Sultan.. Sebagai Calon Ketua Pemuda cadangan YB Datuk ini terlalu dengkel dan tidak langsung mencerminkan suara Pemuda UMNO. Pemuda UMNO tidak lemah dan dengkel.

Apa yang dilakukan oleh Nizar dan kerajaan PAS adalah sesuatu yang salah dan BN sememangnya hak BN menjadi kerajaan apabila mempunyai majoriti lebih dari PR. Kenapa perlu kerajaan BN berkompromi dengan PR? Apa yang sebenarnya di katakan oleh YB Datuk bahawa tidak adil kepada rakyat? Majoriti berpihak kepada BN , ini adalah terjemahan rakyat dan majoriti berhak menjadi kerajaan , apa yang tidak adil kepada rakyat, apakah dengan parti yang tidak mempunyai majoriti menjadi kerajaan dikatakan adil… Ketika PR menjadi kerajaan dengan majoriti yg tipis , mengapa YB Datuk langsung tidak mempersoalkan hal-hal ini. Alasan ini terlalu lemah , terlalu lemah untuk menjadi pemimpin yang berkaliber.

Kami tidak mahu menjadi Pemuda yang lemah, kami tidak mahu di katakan bacul, hak dan hakiki telah nyata dan terang bahawa BN layak menjadi kerajaan. Sultan telah perkenankan dan itu sebenarnya noktah kepada semua, YB Datuk jangan pertikaikan dan jangan bawa Pemuda menentang Raja Melayu pula , Cukup dengan bangsa Melayu dalam PR menentang Raja , Kami enggan menjadi Melayu bacul. Saya berharap YB Datuk menarik balik komen YB, Kami menjunjung perentah ke bawah Raja-Raja Melayu, Daulat Tuanku...... Daulat Tuanku ... Daulat Tuanku.....

Inilah Komen yang saya maksudkan.

Sementara itu, Mukhriz yang juga Exco Pemuda Umno berpendapat kerajaan dan pembangkang berkompromi dan bekerjasama bagi menyelesaikan kemelut politik di Perak yang dilihatnya “tidak adil” kepada rakyat negeri itu.Sambil mengakui krisis di Perak semakin membingungkan, beliau berkata keadaan itu hanya akan merugikan semua pihak jika dibiarkan berterusan.
“Buat masa ini seolah olah perkara yang penting kita ketepikan kerana kemelut politik ini. Itu saya fikir tidak wajar dan tidak adil untuk rakyat,” katanya ketika di temubual dalam program “Kerusi Panas” di Radio 24 petang ini.Mukhriz, calon Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti akhir bulan ini, mengulas soalan SMS yang diutarakan pengendali program itu, Datuk Seri Azman Ujang, mengenai tindakan sesetengah calon menggunakan isu Perak untuk menjadi popular.

Beliau berkata adalah lebih baik sekiranya Barisan Nasional dan pakatan DAP, PAS dan PKR bekerjasama untuk mentadbir negeri itu selain menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat seperti pengangguran.Mukhriz berkata, tinjauan mendapati 70 peratus daripada rakyat “sudah bosan dengan isu politik dan mahu semua pihak kembali ke pangkal jalan” untuk mentadbir negara dengan berkesan.

“Selagi tiada pihak yang mengalah selagi itu kemelut politik ini akan berpanjangan. Selagi kita melengahkan penyelesaian atau ruang masa untuk selesaikan masalah rakyat, itu akan merugikan semua pihak,” katanya.Mukhriz berkata memandangkan kedua dua pihak telah membawa perkara itu kepada perhatian undang undang, keputusan mengenai siapa yang berhak memerintah di Perak perlu diputuskan oleh mahkamah

Daripada Pemuda kecewa

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..