Followers

Saturday, March 28, 2009

DUA "NEGARAWAN" MEMBANTU KEPIMPINAN DS NAJIB PERKUATKAN UMNO.

NEGARAWAN AGONG BERTARAF DUNIA.
Perhimpunan agung Umno kali ini merakam sejarah apabila Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berpelukan di atas pentas.

najib mahathir pak lah umno 2009 agm final day 280309 02Sebelum itu, Dr Mahathir membuat kejutan apabila muncul di dewan persidangan pada jam 12.29 tengahari tadi ketika majlis pergulungan ucapan sedang berlangsung.

Ketibaan Dr Mahathir dan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut tepukan gemuruh para perwakilan yang turut bangun memberi hormat kepada kedua-dua tokoh tersebut.

Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang ketika itu sedang menyampai ucapan penggulungannya, berkata kehadiran Dr Mahathir itu menandakan mantan perdana menteri mengiktiraf kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Manakala Abdullah pula, dalam ucapan penggulungannya berkata, beliau telah memaafkan semua pihak yang tidak senang dengannya.

Katanya, beliau juga memaafkan Muhyiddin jika menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu beranggap telah melakukan perkara tidak baik.

Walaupun tidak menyebut nama-nama yang lain, Dr Mahathir memang diketahui amat kritikal mengkritik pentadbiran Abdullah selama ini.

Naik ke pentas

Manakala Najib dalam ucapan penggulungannya menyuarakan hasrat ahli parti untuk melihat kedua-dua tokoh tersebut berbaik-baik dan menjadi teladan kepada ahli-ahli parti.

Selepas selesai majlis penggulungan tersebut, Dr Mahathir kemudian berjumpa dan berpelukan dengan Najib sebelum melangkah naik ke pentas dan menemui Abdullah.

Kedua-duanya kemudian berpelukan di atas pentas di tengah-tengah tempukan gemuruh pada perwakilan.

Dr Mahathir juga kemudiannya mengesahkan kepada pemberita bahawa beliau akan menyertai Umno semula.

Sebelum itu, Najib berharap dapat bersama kedua-dua "negarawan" tersebut demi kepentingan negara dan parti itu.

"Harapan saya agar dapat bersama dua negarawan tersebut - Datuk Seri Abdullah dan Tun Dr Mahathir - bagi membincangkan masalah serta masa depan parti dan negara. Walaupun pertemuan pertama mungkin kekok sedikit, tetapi lama-lama kemesraan akan terjalin.

Rapatkan barisan

"Yang penting bukan kepentingan diri, yang penting Umno dan negara kita. Insya-Allah, jika negarawan kita menunjukkan teladan yang baik, kita akan berjaya merapatkan barisan kita.

"Yang di bawah ini akan ikut bersama. Mereka akan mendapat inspirasi daripada negarawan kita," katanya dalam ucapan lantang dan berapi-rapi.
Beliau juga menyeru kedua-dua pihak jangan mengkritik secara terbuka, sebaliknya menyelesaikan sesuatu perkara secara dalaman.
"Apabila ahli setia kepada pemimpin, pemimpin yang bersara juga perlu setia kepada parti yang pernah berjasa kepada kita. Ini merupakan kehendak perwakilan Umno," katanya yang mendapat sorakan dan tepukan daripada perwakilan.
"Hari ini Tun Dr Mahathir hadir bersama-sama kita. Saya cuba tafsir kehadiran beliau. Saya percaya dalam hati kecil beliau, darah beliau adalah darah Umno," katanya.

Ulasan...

Blogger Syammil said...

petanda bahawa melayu akan kembali bersatu

March 28, 2009 5:28 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam Syammil dan kwn2...

Allah sdh tunjukkan kpd kita satu persatu. Kini Umno kearah kegemilangannya, kembali sekembalinya bapak negarawan Tun dan kesepakatannya bersama PakLah membantu barisan kempimpinan DS Najib sdh tentu UmnoBN akan dijulang kembali oleh rakyat dinegara ini.

Sebaliknya pembangkang akan cuba mengalihkan isu ini dengan mengada2kan isu lain bagi mengalihkan fikiran rakyat. Sdh tentu pembangkang PR akan bertambah lemah. Semasa Umno sdkit lemah PR juga masih lagi tak mampu menawan hati rakyat. Perpecahan dlman PR yg tak menyakinkan rakyat kerana skandal sex dikalangan wakil2 rakyat mereka diSelangor dan Kedah, pentadbiran tak stabil spt diPP yang berakhir dgn pemecatan TKM Fairus menyebabkan UmnoBN masih tetap dihati rakyat. Skrg Umno sdh mengatur tapak kembali dan setiap langkah diatur dgn baik oleh Najib supaya tdk menguriskan hati rakyat, hak2 rakyat dituruti dan dibela - Umno akan utuh dan kuat.

Pas dgn jelas mempergunakan agama dlm kepertingan politiknya. Bila Umno bertambah baik isyaallah rakyat akan mulai fhm siapa sebenarnya memperjuangan agama, bangsa dan negara ini. Pembangkang akan ditalkinkan dan bersedialah menggali lubang kubur sdri...


Asalamualaikum dan selamat berjuanag....

March 28, 2009 6:00 PM

Delete
Blogger Cheguman@Demang Lebar Daun said...

lembaran baru bagi UMNO, permulaan yang cukup baik bagi Najib menerajui negara.

March 28, 2009 11:10 PM

Delete

3 comments:

Syammil said...

petanda bahawa melayu akan kembali bersatu

PaKMie said...

Salam Syammil dan kwn2...

Allah sdh tunjukkan kpd kita satu persatu. Kini Umno akan menempuh kearah kegemilangannya kembali sekembalinya Tun dan kesepakatan bersama PakLah dan bersama barisan DS Najib memeritah negara ini.

Sebaliknya pembangkang bertambah lemah, perpecahan dlman kerana skandal sex, pentadbiran tak stabil spt diPP rakyat sdh mulai muak. Pas skrg sdh jelas mempergunakan agama dlm kepertingan politiknya. Jika Umno bertambah baik isyaallah rakyat akan mulai fhm siapa sebenarnya memperjuangan agama, bangsa dan negara ini sebenar2nya...

Asalamualaikum dan selamat berjuanag....

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

lembaran baru bagi UMNO, permulaan yang cukup baik bagi Najib menerajui negara.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..