Followers

Tuesday, March 24, 2009

SIAPA TAHU BERAPA KALI NIK AZIZ CAKAP BERUBAH DALAM BULAN INI?

KOTA BAHARU 24 Mac — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau merestui pemilihan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak pada 7 April ini.

“Saya sudah hubungi Nizar dan merestui pencalonan beliau untuk bertanding,” katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Ashok K. Kantha di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan agar Mohammad Nizar bertanding bagi kerusi itu berdasarkan pengalaman bekas Presiden PAS, Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda, yang pernah memegang satu kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen secara serentak.

menyebabkan pengaruh Allahyarham dan PAS semakin menurun kerana tidak mampu memberi khidmat dengan baik.

“Tetapi bila memikirkan suasana sudah berbeza pada zaman Datuk Asri dan sekarang, jadi tidak ada masalah untuk saya merestui Nizar,” katanya.

Mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta, Nik Aziz mengajak rakyat supaya memulau semua akhbar arus perdana sebagai satu tindak balas.

“Kalau dia gantung akhbar pembangkang, kita pun gantunglah akhbar dia.

“Kerajaan kena ingat gantung akhbar pun kita ada Internet dan SMS yang boleh membantu kita,” katanya. — Bernama.

PaKMie : Entahlah labu...macamana boleh jadi begini. Ada orang bagitahu kepada PaKMie pemimpin politik memang sering berubah cakap, kelmarin lain hari ini lain pula cakap. Betul ke?
Kalau macam itu tak sesuailah title Tok Guru tu diguna pakai oleh orang politik sebab itu mencerminkan Islam pada keseluruhannya. Kalau PaKMie cakap Pas menggunakan Islam dalam mencari pengaruh politik sudah tentu ada orang Pas tidak berkenan?..
Lagi satu minta-minta Nik Aziz berubah hati dan setuju kepada cadangan Hj Hadi untok berkerjasama dengan Umno demi penyatuan kaum melayu dan Islam di negara ini. Kalau Nik Aziz tetap juga tidak setuju cadangan Hj Hadi itu makanya bolehlah kita anggapkan Nik Aziz no wahid bagi memecahbelah sesama Islam untok mendapat kuasa politik di negara ini - PaKMie faham dari kata-kata Nik Aziz sebab apa beliau berubah dan menyokong kembali Nizar sebagai calon MP PRK Bkt Gantang.

Lagi satu minta tolong Pak Nik kurangkan bercakap, dalam Islam pun sudah kata berdiam diri itu lebih baik dari berkata jika kita tidak tahu hujung pangkalnya, jika kita bercakap pun lebih kepada menguris hati orang lain dan yang lebih teruk lagi melalui kata-kata itu juga boleh mengambarkan pada diri kita lebih kepada kecetekan berilmu. Jika kita bercakap juga lama-lama orang akan cop kepada kita bercakap tidak serupa bikin. Bila orang perasan keadaan kita macam itu ore klate kata ore dah tak lih wak kira....dalam sehari tiga, empat kali cakap berbelit-belit.Kes Eli macamana?
Nakhoda kapal pun nak kena ada pendirian juga jika tidak sampai bila pun tidak akan sampai ke destinasi yang kita hendak tujui.


Ulasan...

Blogger rahman,ahchong,muniandy said...

mcm inilah sikap ulama songsang dan nyaknyok.mcm tu pun masih berderet2 melayu bodoh dok sokong membabi buta.hampeh btol...

March 24, 2009 8:09 PM

Delete
Blogger PaKMie said...

Salam rahman dan kwn2..

Ya betul...sepatutnya pemimpin2 mcm ni kita kena sisihkan awal2 lgi jgn bagi kuasa. Apa yg kita tahu bila ia dpt kuasa jadi mcm nilah berckp pn selalu berubah2.

Topengkan islam sebaliknya gaya, perbutan dan percakapan tdk melambangkan islam sebenar....hari2 berpolitik, kerje utk memajukan rakyat tdk dibuat,makan gaji/elaun buta setiap bln berganti tahun. Itu pn masih tak sedar diri mcm2 nak tipu rakyat lagi...rusak islam kalau org mcmni menerajuai kerajaan.

Tdk hairanlah kalau ada dikalangan penyokong2 mereka yg melampau dan suka mencaci dan mengata sesuka hati kpd org lain waima yg tdk menyokong mereka.

Asalamulaikum dan salam perjuangan.

March 24, 2009 8:21 PM

Delete
Blogger Ezad said...

ini bukan songsang
ini bukan nyanyuk

ini munafikun

March 24, 2009 8:34 PM

Delete
Blogger Darulehsan said...

nampaknya anda sentiasa mencari kesalahan nik aziz. tapi tak apa. anda perasaan tak kenapa blog anda kurang mendapat sambutan daripada penyokong pas? agaknya kenapa yer?

March 24, 2009 10:46 PM

Delete
Blogger Panglima Perang Cyber said...

Flip Flop kot ?

March 25, 2009 7:37 AM

Delete

5 comments:

rahman,ahchong,muniandy said...

mcm inilah sikap ulama songsang dan nyaknyok.mcm tu pun masih berderet2 melayu bodoh dok sokong membabi buta.hampeh btol...

PaKMie said...

Salam rahman dan kwn2..

Ya betul...sepatutnya pemimpin2 mcm ni kita kena sisihkan awal2 lgi jgn bagi kuasa. Apa yg kita tahu bila ia dpt kuasa jadi mcm nilah berckp pn selalu berubah2.

Topengkan islam sebaliknya gaya, perbutan dan percakapan tdk melambangkan islam sebenar....hari2 berpolitik, kerje utk memajukan rakyat tdk dibuat,makan gaji/elaun buta setiap bln berganti tahun. Itu pn masih tak sedar diri mcm2 nak tipu rakyat lagi...rusak islam kalau org mcmni menerajuai kerajaan.

Tdk hairanlah kalau ada dikalangan penyokong2 mereka yg melampau dan suka mencaci dan mengata sesuka hati kpd org lain waima yg tdk menyokong mereka.

Asalamulaikum dan salam perjuangan.

Ezad said...

ini bukan songsang
ini bukan nyanyuk

ini munafikun

Darulehsan said...

nampaknya anda sentiasa mencari kesalahan nik aziz. tapi tak apa. anda perasaan tak kenapa blog anda kurang mendapat sambutan daripada penyokong pas? agaknya kenapa yer?

Panglima Perang Cyber said...

Flip Flop kot ?

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..