Followers

Friday, March 6, 2009

SEKALI LAGI PAS POLITIKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM KERANA RAKUS PADA KUASA

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang penuh dengan keberkatan. Pada hari ini umat Islam akan berhimpun dan beribadat kepada Allah SWT.

Semalam Sidang Dewan Rakyat bergema, hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.

Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.

Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Namun belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam. Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah. Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”. Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Selain itu juga Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulanglah kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya dimana," Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama "

Aspirasi Bangsa.

mohaf said...

Sudah jelas isu agama,isu tauhid, tapi masih nak berpolitik juga. Sepatutnya PAS bangun pertahankan kesucian nama Allah tapi ternyata politik lebih utama.

Dulu Nik Aziz sanggup mengatakan Allah mencarut, Allah samseng, juga kerana nak pertahankan politik PAS.

Saya tak bersubahat dengan golongan ini.

March 6, 2009 8:55 PM

Blogger Darulehsan said...

Friday, March 6, 2009
"SEKALI LAGI PAS POLITIKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM KERANA RAKUS PADA KUASA"

saya kurang bersetuju dgn kenyataan saudara pakmie. ini kerana berbeza pendapat itu adalah suatu perkara yg sihat. sedangkan anak dgn bapak pun boleh berselisih pendapat inikan pula golongan muda yg berada didalam PAS. yg pentingnya sekarang tak perlu nak tuduh menuduh. kerajaan ada kuasa, buatla pendirian secepat mungkin dan sebarkan pada seluruh rakyat malaysia apa pendirian kerajaan. jgn main tarik tali. dulu bila MASHITAH IBRAHIM bercanggah pendapat dgn zahid pasal nak p haji boleh buat loan, takde plak ko nak bising

saudara mohaf ni pun tak betul gak. kalau kita tak arif dengan isi AL-QURAN tak payahla nak buat-buat pandai.

p/s aku pun tak pandai gak. baca quran bole la. tapi tak paham. terpaksa tengok tafsir.

March 6, 2009 9:25 PM

Blogger Toksedang said...

Yg penting kita fhm. Jika kita fhm senanglah kita bercakap...bagi sy jika pemerintah sudah buat keputusan itu tak payah lah kita nak bincang lagi...mufti pn sdh sepakat.

Carilah isu lain jika pn nak cari pengaruh. Semua org tahu tujuan apa Pas membahaskan isu perkataan Allah itu. Sesuailah dgn tajuk pakmie diatas tu, kerana mahukan kuasa politikan agama....mahu undi dari kalangan keristian maka diputar dan dibelitkan wpn tak sepatutnya pas betindak sedekian dlm soal agama islam..

March 6, 2009 11:43 PM

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said..

tema utk pr kecil ialah :51 tahun bersatupadu, malaysia terbilang. akibat temberang anuar, malaysia kecundang. ekonomi kecundang, politik kecundang, sosial kecundang.sebab ketuanan rakyat punya temberang, anarki terbilang.komunis jadi raja, sultan jadi terbuang.itulah pak kadok silap membilang, singapura jugak terus gemilang dan terbilang.dari dulu hingga sekarang. inilah akibat melayu yang menconteng arang. melayu ni patut kita halang kerana jadi lalang. jadi barua dan mancai pentualang. anuarisasi mari kita tentang dan buang!

March 7, 2009 8:14 AM

RUMUSAN - March 8,2009 12.10am

Terhadap individu atau kumpulan yang TIDAK SEPERJUANGAN atau lain gaya perjuangan, dituduh dan mudah dijatuhkan hukuman fasik, zalim, kafir, murtad dan lain-lain.

Hukuman semberono dan melulu ini dibuat menggunakan ayat Al Quran dan Hadis tanpa takut dan malu dengan Allah. Hal ini berlaku sejak badan politik yang ingin memperjuangkan Islam melalui pilihan raya ini ditubuhkan. Ia terjadi dimana-mana di dunia ini.

Hukuman atau menghukum jadi seperti mainan bibir untuk tujuan menghina dan memalukan orang Islam lain serta menarik orang kepada parti sendiri. Penuh bangga kerana merasa diri sudah selamat. Sedangkan seorang hamba Allah sepatutnya amat menderita bilamana terpaksa menjatuhkan hukuman. Takut kalau-kalau tersilap hingga hukuman itu kembali menimpa muka sendiri dan Allah akan tempelak di Akhirat nanti.

Sayidina Abu Bakar As Siddiq r.a., kalau dirasakan cakapnya sudah menyakiti hati orang Islam, lantas dia minta qisas atau mengadu pada Rasulullah SAW supaya dia segera dihukum. Begitulah iman orang mukmin yang memperjuangkan hukum-hukum Allah; sangat takut dengan Allah.

Kerana itu, mereka berhati-hati dalam menghukum. Sikap mudah menuduh-nuduh dan menghina-hina dengan tidak menggunakan hujah yang benar dan terhormat, akan membuatkan orang benci dan lari dari kita. Hingga terjadilah perpecahan yang dahsyat hasil perjuangan kita itu.

Dalam sebuah masjid, ada dua imam yang mengimami sembahyang dalam satu masa. Pernah terjadi di Terengganu, dua ceramah dengan dua mikrofon dalam satu masjid.

Walhal perjuangan Islam bermaksud meramaikan dan menyatupadukan ahli jemaah di bawah satu imam dalam satu masjid. Tapi politik Barat ala pilihan raya mengecil, menyempit dan memecah-belahkan umat Islam dalam masjid. Juga membuatkan orang Islam tidak makan sembelihan orang Islam lain. Dan nikah kahwin sesama Islam dianggap tidak sah kerana berlainan pandangan politik.

Inikah kebenaran? Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berpecah. Lagi banyak berjuang, lagi umat Islam berkrisis. Kalau begitu, apa bukti Islam yang diperjuangkan itu agama selamat, membawa keamanan sejagat dan keharmonian masyarakat? Politik pilihan raya tidak akan dapat menyelesaikan kemelut ini.

Ia hanya akan menambahkan masalah. Bahkan ia adalah punca masalah ini. Harapan sekarang hanya tertumpu kepada politik Islam yang penuh kasih sayang.


PaKMie.




















Delete























Delete

4 comments:

mohaf said...

Sudah jelas isu agama,isu tauhid, tapi masih nak berpolitik juga. Sepatutnya PAS bangun pertahankan kesucian nama Allah tapi ternyata politik lebih utama.

Dulu Nik Aziz sanggup mengatakan Allah mencarut, Allah samseng, juga kerana nak pertahankan politik PAS.

Saya tak bersubahat dengan golongan ini.

Darulehsan said...

Friday, March 6, 2009
"SEKALI LAGI PAS POLITIKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM KERANA RAKUS PADA KUASA"

saya kurang bersetuju dgn kenyataan saudara pakmie. ini kerana berbeza pendapat itu adalah suatu perkara yg sihat. sedangkan anak dgn bapak pun boleh berselisih pendapat inikan pula golongan muda yg berada didalam PAS. yg pentingnya sekarang tak perlu nak tuduh menuduh. kerajaan ada kuasa, buatla pendirian secepat mungkin dan sebarkan pada seluruh rakyat malaysia apa pendirian kerajaan. jgn main tarik tali. dulu bila MASHITAH IBRAHIM bercanggah pendapat dgn zahid pasal nak p haji boleh buat loan, takde plak ko nak bising

saudara mohaf ni pun tak betul gak. kalau kita tak arif dengan isi AL-QURAN tak payahla nak buat-buat pandai.

p/s aku pun tak pandai gak. baca quran bole la. tapi tak paham. terpaksa tengok tafsir.

Toksedang said...

Yg penting kita fhm. Jika kita fhm senanglah kita bercakap...bagi sy jika pemerintah sudah buat keputusan itu tak payah lah kita nak bincang lagi...mufti pn sdh sepakat.

Carilah isu lain jika pn nak cari pengaruh. Semua org tahu tujuan apa Pas membahaskan isu perkataan Allah itu. Sesuailah dgn tajuk pakmie diatas tu, kerana mahukan kuasa politikan agama....mahu undi dari kalangan keristian maka diputar dan dibelitkan wpn tak sepatutnya pas betindak sedekian dlm soal agama islam..

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

tema utk pr kecil ialah :51 tahun bersatupadu, malaysia terbilang. akibat temberang anuar, malaysia kecundang. ekonomi kecundang, politik kecundang, sosial kecundang.sebab ketuanan rakyat punya temberang, anarki terbilang.komunis jadi raja, sultan jadi terbuang.itulah pak kadok silap membilang, singapura jugak terus gemilang dan terbilang.dari dulu hingga sekarang. inilah akibat melayu yang menconteng arang. melayu ni patut kita halang kerana jadi lalang. jadi barua dan mancai pentualang. anuarisasi mari kita tentang dan buang!

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..