Followers

Friday, March 6, 2009

KENYATAAN NIK AZIZ - PENGGUNAAN PERKATAAN "ALLAH" JELAS MENGELIRUKAN UMAT ISLAM

PUTRAJAYA: Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai penggunaan perkataan Allah oleh orang bukan Islam sangat mengelirukan umat Islam, kata penasihat agama kepada perdana menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin.

Katanya ini kerana ia boleh menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam dan menyentuh kesucian agama Islam daripada segi kepercayaan umat Islam bahawa Allah itu tiada anak dan tidak diperanakkan serta tiada sekutu bagi-Nya.

“Sememangnya masyarakat jahiliah ada menggunakan nama Allah sejak zaman Rasullullah S.A.W. lagi tetapi ia dalam bentuk yang salah dan menyeleweng seperti mereka mengatakan bahawa Allah itu mempunyai anak dan diperanakkan, malaikat merupakan anak perempuan Allah dan Allah mempunyai sekutu seperti berhala dan sebagainya.

“Sebab itu Rasullululah S.A.W. diutuskan untuk menghapuskan penyelewengan ini dan menyeru kembali kepada ajaran tauhid iaitu mengesakan Allah,” katanya pada sidang akhbar bagi mengulas kenyataan Nik Aziz.

Pada 2 Mac lepas, Nik Aziz dilaporkan berkata tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan dengan alasan bahawa dalam alQuran sendiri ada menceritakan bahawa orang bukan Islam telah menggunakan perkataan Allah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W. lagi. Dr Abdullah berkata perkataan Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam dan penggunaan perkataan Allah hendaklah berasaskan kepada konsep tauhid seperti yang diajar oleh Islam sebagaimana yang terdapat dalam Surah al-Ikhlas dan ayat-ayat al-Quran yang lain. BERNAMA

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..