Followers

Tuesday, March 31, 2009

KEKUATAN MCA DAN MIC PENENTU KEMENANGAN UMNOBN DI KEDUA-DUA BUKIT.


Seramai 14,955 pengundi Cina dan 5,526 India akan menjadi penentu kepada nasib calon yang bertanding dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Selambau 7 April ini.

Calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian berkata, dalam pilihanraya umum lalu, PAS sebenarnya tidak menang undi Melayu.

Ismail yang juga bekas pengarah pilihanraya BN di Bukit Gantang dalam dua pilihanraya umum lalu berkata, PAS hanya memperolehi 40 peratus undi Melayu pada umum 2004 dan 45 peratus pada 2008.

bm version bukit gantang parliamentary seat 090209"Dalam pilihanraya umum lalu, Allahyarham Roslan (Shaharum) menang kerana berjaya memperoleh 20 peratus undi bukan Melayu," kata Ismail yang juga bekas pengarah pilihanraya BN di Bukit Gantang dalam dua pilihanraya umum lalu.

"Dengan 45 peratus ditambah 20 peratus undi China dan India, dia boleh menang dengan majoriti 1,500 undi," kata Ismail kepada Bernama.

"Pada 2004, sebanyak 70 peratus orang China menyokong BN. Bagaimanapun dalam pilihanraya umum lalu, sokongan itu turun kepada hanya 30 peratus.

Majoriti pengundi Melayu

"Itulah sebabnya kali ini, kami cuba untuk menyakinkan mereka supaya menyokong kami.

"Berdasarkan kiraan saya, jika sokongan pengundi China boleh ditingkatkan sebanyak 40 peratus, kami mempunyai peluang untuk menang," katanya.

Daripada 38 kawasan peti undi di kawasan itu, majoriti pengundinya ialah Melayu, kecuali di lima kawasan peti undi - Kuala Sapetang, Jalan Mengala, Simpang Baru, Pasir Hitam Trong dan Sungai Rotan.

Terdapat 55,562 pengundi dalam Parlimen Bukit Bintang, dengan majoriti pengundi Melayu seramai 34,884 orang.

"Majoriti pengundi China ialah di Kuala Sapetang. Terdapat kira-kira 4,000 pengundi China, diikuti Simpang dengan kira-kira 1,000 dan Pasir Hitam serta Sungai Rotan dengan kira-kira 500 pengundi," kata pengerusi MCA Bahagian Bukit Gantang Datuk Ho Cheng Wang.

Oleh itu adalah tidak mengejutkan apabila selepas penamaan calon, pemimpin tinggi Barisan Nasional (BN) seperti Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat terus ke Kuala Sapetang untuk bertemu pengundi di sana.

Pemerhati politik berkata majoriti pengundi China ialah dari Kuala Sapetang, Simpang Halt, kampung Port Weld, Sungai Sapetang Kechil, Pekan Port Weld dan Jalan Mangala di Kuala Sapetang.

Pakar strategi DAP

Selebihnya ialah di Kampung Temerloh, Pasir Hitam Trong, Sungai Tinggi di Trong dan Pengkalan Aor, Simpang (Lama dan Baru), Kawasan JKR dan Larut Tin di Changkat Jering.

Menyedari usaha BN itu, pemimpin pembangkang terutama DAP dan PKR mempertingkatkan kempen mereka di Kuala Sapetang malam tadi dengan menganjurkan lebih banyak ceramah, yang dihadiri pemimpin-pemimpin pembangkang bagi menyampaikan mesej mereka.

Pakar strategi DAP dan anggota Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong berkata mereka tidak risau dengan pertandingan tiga penjuru pada pilihanraya kecil itu tetapi bimbang dengan kedudukan pengundi Melayu dan China, memandangkan kawasan Parlimen itu boleh dikatakan luar bandar.

"Walaupun kami mempunyai peluang yang lebih baik, kami sangat berhati-hati mengenainya.

"Hanya satu perkara yang baik iaitu penerimaan masyarakat China terhadap Mohammad Nizar adalah tinggi," katanya.

Dan mulai hari ini, hampir setiap hari - terdapat ceramah mega dianjur kedua-dua parti politik itu, dalam usaha untuk menyampaikan hujah mengikut pandangan2 mereka.

Malaysiakini.

5 comments:

Ex-UMNO said...

UMNO dah jadi 'parti tupper-wear'.

Be ratus2 pemimpin UMNO telah dilapurkan memberi dan menerima RASUAH.

Setelah 'disiasat' cuma beberapa orang sahaja yang dikenakan tindakan.

Yang paling melucukan, dua orang pemimpin didapati sama2 bersalah.
Seorang digantung 3 tahun dan dilarang jadi calun dan dikekalkan pula memegang jawatan ketua menteri - 'ketua menteri rasuah'.

Yang seorang lagi cuma diberi amaran, walaupun membuat kesalaha yang sama. Dia dibenarkan bertanding.

Menang pula tu.

Heran! Perwakilan boleh pilih seorang pemimpin yang nyata rasuah.

That's UMNO!

Ex-UMNO said...

Semua kaum cina dan india dalam MCA dan MIC dah lama cabut lari masuk DAP.

Sedo2 le Yeob! Tarikhnya pada PRU12 yang lepeh.

Lani depa 100% bagi kemenangan pada Pakatan Rakyat @ PASSSSSS

Toksedang said...

Ex - pakailah nick sebenar gentle sikit...jenis sembunyi kepala buntut tertunggeng!(Spisis Burung Puyuh)

Kamu berbangga apa yg kamu ckp?...jika kamu juga kaum melayu dan islam tdk sepatutnya kamu berbangga keran terjadi kpd bangsa kamu sdri- amat malanglah jika kamu dilahirkan berbangsa melayu dan beragama islam... Tdk malu kah kamu dtg dari Melayu yg penuh dgn rasuah dan haprak pd kuasa???sdgkan kamu sdri dari kaum yg sama?

Ataukah kamu sdri tlh dikacukkan dgn DAP yg sdh ternyata tiada perinsip kemelayuan dan keislaman???

Sedarlah sblm terlewat!!!jika kamu jenis melayu kelas 3 mmglah tiada terasa apa2...

mimpi916 said...

Walaupun itu cerita lama (1986).. tapi itu kenyataan.. Anwar perlukan tapak dan menumpang PAS.. tapi dia mau jadi ketua.. dah la duduk menumpang kasih PAS.. alih2 mau letak diri sebagai ketua.. walaupun dalam PAS sendiri ada yang layak dan sehebat Anwar.. Dah la menumpang kekuatan PAS, di tunggang pula PAS..

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

PAKMIE,

PENERIMAAN RAKYAT PADA BAKAL PERDANA MENTERI DS NAJIB JAUH BERBEZA DARI PENERIMAAN RAKYAT KEPADA PAK LAH SATU KETIKA DAHULU.

WAKTU ITU RAMAI YANG MENGHARAPKAN KEADAAN YANG LEBIH BAIK DAN TELUS, WALAUPUN RASA MARAH PADA DR MAHATHIR MASIH MEMBARA, MEREKA TETAP PANGKAH UBN, OLEH ITU PAK LAH MENANG BESAR PADA PRU-11. TAPI AKHIRNYA PAK LAH KECEWAKAN RAKYAT.

KINI, PENGUNDI DI KEDUA BUKIT TIDAK AKAN TERKESAN PADA PERLANTIKAN DS NAJIB APATAH LAGI MANTAN PM DR MAHATHIR DIKHABARKAN MEMBANTU. DI BUKIT GANTANG, ISU DERHAKA DAN RAMPASAN KUASA MENJADI BUALAN HANGAT. MANAKALA DI BUKIT SELAMBAU, ISU KUGAN DAN KERUSI EXCO JADI KEUTAMAAN.

PENYOKONG PR TAK AKAN MEMBERIKAN UNDI KEPADA UBN, SEPERTI JUGA PENYOKONG UBN YANG LEBIH RELA MEROSAKKAN KERTAS UNDI.

TEMPOH BERKEMPEN DAH SEMAKIN PENDEK, KITA SAMA-SAMA LIHAT, SIAPA YANG TERPELAU DI BUKIT SELAMBAU DAN SIAPA YANG TERLENTANG DI BUKIT GANTANG.

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..