Followers

Saturday, March 7, 2009

KITA JUGA SEHARUSNYA BERSATU


ASALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJASTERA PADA RAKAN-RAKAN DAN PARA BLOGGERS.

Dalam kesibukan kerakusan pada kuasa oleh pemimpin tertentu dalam mencipta kerenah-kerenah politik dan isu-isu masa kini. PaKMie mengharapkan pdgan dan pendapat yang tepat dari anda sekalian. PaKMie mengalu-alukan dari sahabat-sahabat sekalian - demi agama, bangsa dan negara tercinta. Sikap fikiran terbuka dalam berpolitik boleh membantu kita dalam mempastikan setiap tindakan kita itu tidak sia-sia dan membazir masa. PaKMie berperinsip kerterbukaan, dan boleh menerima setiap pandangan dari rakan-rakan semua demi untok kebaikan. PaKMie mengharapkan para sahabat sekalian lebih kepada sikap terbuka dalam menangani isu-isu semasa . Bertindak dengan berfikir dalam memberi pandagan yang bernas dan baik untok kita kongsi dan perbincangkan dalam blog ini. Ada juga dikalangan rakan-rakan kita yang lebih bersifat ekstrim sehinggakan perkara yang sudah jelas kesalahannya tetap juga dibela dan dipertahankan. Sesunggohnya segala tindakan seperti ini adalah sia-sia dan merugikan diri kita sendiri, selain dari tidak memenuhi kehendak sebenar PaKMie memwujudkan blog ini.

Soal kita menyokong mana-mana parti itu adalah hak kita. Tujuan PaKMie adalah mahu mengajak sahabat sekalian supaya boleh duduk bersama dalam memberi pandangan dan idea yang baik-baik dalam blog ini. Tidak kira anda semua dari penyokong mana-mana parti sekali pun demi untok mencari kebenaran dan kebaikan untok negara kita Malaysia. Kita seharusnya boleh menerima kenyataan dan dapat mengawal emosi masing-masing. Semuga dengan cara ini kita dapat munafaatkan lagi sistem IT yang ada dan tujuan apa sebenarnya kita berblog. Kita sama-sama kenalpasti pemimpin yang harus kita nyahkan yang mana sudah sekian lama bertindak sebagai parasit dalam kempimpinan negara. Peranan kita adalah bagi mempastikan negara ini tetap dalam keadaan aman, makmur dan selamat.

Setiap pandangan dari anda akan cuba PaKMie publishkan di blog ini. Supaya pandangan anda itu dapat dibaca oleh para sahabat sekalian. PaKMie akan cuba memaparkan isu-isu semasa yang sesuai untok kita , samada ianya dari pandangan PaKMie sendiri atau dari blog kawan-kawan yang sesuai, akhbar-akhbar dan juga dari berita-berita sensasi.

Dalam politik tanah air PaKMie juga merupakan aktivis parti Umno di Kelantan. Berperanan juga dalam persatuan-persatuan NGO dan kelab-kelab sosial. PaKMie.blogspot.com juga adalah ahli BPN. Selain dari apa PaKMie sebutkan diatas itu, tujuan berblog juga dapat kita mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan kekawanan antara kita tidak kira dimana kita berada.

PaKMie.blogspot.com

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..