
Kesimpulannya mudah, PAS SUDAH TIDAK RELEVAN SEBAGAI PARTI ISLAM dan menuju kearah pembentukan PARTI AGAMA-AGAMA SEMALAYSIA (PAS) yang diolah oleh ANWAR, DAP melalui Husam Musa dan beberapa team Erdogan. Kerana ANWAR tahu jika apa-apa yang berlaku kepada PAS (selepas Nik Aziz dikhatamkan), Anwar melalui PKR akan mempunyai sokongan dikiri dan kanan. Kiri, DAP dan Kanan, PAS bagi menguasai pemerintahan MALAYSIA untuk menjayakan cita-citanya menjadi PM. Lambat-laun PAS akan tewas juga dengan percaturan mereka walaupun sekuat mana Nik Aziz mempertahankannya dan bakal pengantinya. Anwar sedang menunggu dengan senyuman dengan apa yang berlaku kepada PAS hari ini untuk keuntungan politik masa depannya dan PKR. Wallahuallam.
Petikan dari: Suara Politik Taminsari.
1. PENULIS percaya Hj. Hadi bukan Presiden PAS pertama sanggup digantung keahlian PAS jika Nakhoda PAS & team Erdogans sanggup melakukannya ke atas Hj Hadi, kerana allahyarham Datuk Asri dahulu pernah digantung keahliannya.
2. Ajakan Hj Hadi yang disokong ulama lama & Pemuda PAS tidak lain untuk perpaduan umat Islam dan orang Melayu di tanah air ini. Mereka sedar bersama DAP & PKR, perjuangan parti tidak ke mana. Membangun Bersama Islam, Negara Islam, Hudud dsbnya sangat mudah diimplimentasikan di dalam BN berbanding dalam PR. Malah Tun Dr Mahathir sendiri sudah mengisyhtiharkan Malaysia sebagai Negara Islam sebelum beliau berundur...pengisiannya ya silakanlah isikan dengan ajaran Islam.
Jika TV tidak Islamik , Islamikkanlah dia, jika dasar pelajaran tidak Islamik, berilah idea dsbnya. Tiada masalah rasanya, jika Husam boleh menasihati CEO kerajaan Kelantan bawa snooker dan pelakon seksi ke Kota Bharu, tak kanlah yang lain tidak boleh pula...bukan begitu.
3. Harus diingat DAP adalah Tonggak PR, dan DAPlah parti yang tidak akan bersetuju dengan Negara Islam & Hudud. Jika MP UMNO/PAS bersatu dan majoriti, maka tidak sukar dasar PAS itu dilaksanakan dalam pentadbiran kerajaan.
3. Jika DAP/MCA/Gerakan dan lain-lain parti Cina boleh bersatu jika kepentingan Ekonomi, Pendidikan, Kebudayaan & Persatuan( Politik ) mereka diganggugugat , kenapa PAS & UMNO tidak boleh. Perkara ini sudah beberapa kali diluahkan oleh Hj Hadi.
4. Perhatikanlah kecelaruan terbaru di P.Pinang. Timbalan Ketua Menteri 1 dikatakan bercuti. Yang memohon cuti dia pula Pemimpin Defacto PKR, Ketua Menteri P.Pinang meluluskan cuti TKM atas arahan Pemimpin Defacto. Bolehkah cuti seseorang dipohon dan diarah oleh orang lain kepada ketua jabatannya?.Bukan satu rahsia lagi betapa TKM 1 P.Pinang telah ditarikkuasanya di dalam parti, portfolionya ditarik, dahulunya pegawai-pegawainya ditukar, pernah diberi amaran kerana tidak turun padang, lawatannya ke London menjadi isu, seminggu ini menghilang tanpa khabar (dikatakan dicutikan oleh Pemimpin Defacto ). Must be something wrong
5. Maka perbezaan-perbezaan di antara ahli UMNO & PAS dapatlah diperbaiki, kerana agamanya tidak pun berbeza. Yang berbeza hanyalah fahaman politik, caranya, pemikirannya... Hassan Al-Banna sudah tentu berbeza dengan Salehudin Al-Ayubi, Jabatan Usuludin Universiti Al-Azhar sudah tentu berbeza dengan Jabatan Usuludin UIA, Allahyarham Datuk Asri Muda pastilah berbeza dengan Allahyarham Ustaz Fadhil Nor, Muslimah PAS 1960an/1970an sudah tentu berbeza dengan Muslimah PAS 1980an/1990an/2000an.
Jentayuabaka.
No comments:
Post a Comment