Followers

Monday, March 16, 2009

NIK AZIZ LEBIH BAHAGIA BERSAMA KARPAL SINGH DARI NAJIB

Kredibiliti PAS yang hanya bergantung kepada seorang yang dianggap keramat, tok guru, tokwali oleh puak-puak PAS yang fanatik seolah-olah dunia akan kiamat jika Nik Aziz berundur dari tahta "dunia" sebagai MB Kelantan yang dinikmatinya lebih 18 tahun, yang akan memberi impak besar kepada arah tuju PAS dan pembetulan aqidah umat Islam dari berbagai sudut sebagaimana yang dinyatakan dibawah:

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH 12 Mei 1999.

2. PAS sedia gugur slogan negara Islam "Jadi untuk mencari pendamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat: BH 25 Jun 1999.

3. "Menentang PAS adalah haram mengikut Al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat: BM 24 April 1994.

4. "Anjing pun pandai bersatu. Anjing, bila masuk dalam kampung, walaupun tengah berkelahi sesama dia, dia bersatu, kejar sesiapa yang masuk. Bila dah dapat tangkap musuh ini, masa tu lah dia kelahi balik. Anjing pun pandai, kami lebih pandai daripada anjing lagi." - Hadi Awang: 6 Julai 2001.

5. "Kalau ada ustaz tolong UMNO hari ini dan melawan PAS, di zaman nabi pun ada ustaz-ustaz melawan Nabi Muhammad sendiri dan ustaz itu adalah di kalangan ahli kitab Yahudi dan Nasrani. Saya amat hairan dengan langkah UMNO itu, kerana ia adalah sama dengan zaman nabi dulu." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 15 April 1995.

6. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat: BH, 17 April 1995.

7. "Tidak sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta bend melainkan ulamak." - Nik Aziz Nik Mat: UM, 6 November 1999.

8. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Nik Aziz Nik Mat: Kuliah di masjid Kg. Pulau Melaka.

9. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun tapi terserlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz: UM, 28 April 1999.

10. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong kenapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz: 24 Januari 1999.

11. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz: BH, 29 April 1999.

12. "Saya diantara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ni kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz: kota Bharu, 1999.

13. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana." - Nik Aziz: UM, 26 November 1994.

Tamingsari.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..