Untuk Anwar menggelar UMNO seperti Israel bukanlah satu keanehan. Sepanjang kerjaya politik beliau sama ada di pihak revolusioner, sederhana mahu pun pembangkang, Anwar dikenali sebagai tokoh yang suka mengungkap kata-kata bombastik dan bersifat "mengada-ngada membesarkan kesan ucapannya" (hiperbola).
Ini bukan kali pertama Anwar mengungkap kenyataan UMNO macam Israel. Pada 1970-an dulu ungkapan yang sama beliau gunakan untuk menjatuhkan UMNO. Pada 1980-an apabila menyertai UMNO, parti itu menjadi suci dan bersih biarpun ia merupakan parti yang memimpin kerajaan Malaysia yang terbabit dengan peristiwa Memali. Demikian juga apabila Operasi Lalang dilaksanakan pada 1987, UMNO bukan Israel pada kaca mata Anwar.
Sebaliknya ketika itu Anwar melabelkan DAP sebagai Cauvinis Cina dan Pas sebagai Parti al maki wal hamun yang hanya merosakkan imej Islam. Anwar mendakwa, “Umno, like Israel, does not recognise the chosen Hamas leadership.”
Kepimpinan yang dipilih rakyat mana yang tidak diiktiraf UMNO? UMNO bukan entiti kerajaan tetapi entiti politik.
Namun kerajaan pimpinan BN dan UMNO mengiktiraf keputusan pilihan raya lalu secara jelas dan bertamadun. Para Menteri Besar dan Ketua Menteri menerima pengiktirafan sewajarnya dari kerajaan Persekutuan tanpa mengira parti. Peruntukan-peruntukan yang dijelaskan dalam Perlembagaan Malaysia dipatuhi dan tidak dilanggari.
Anwar juga mendapat pengiktirafan sewajarnya sebagai Ketua Pembangkang. Cuma Anwar tidaklah boleh mengharapkan beliau diiktiraf seperti pemimpin nombor satu atau nombor dua negara kerana beliau hanyalah ahli parlimen dari sebuah parti yang gagal memenangi pilihan raya umum yang lalu.
Selebihnya siapa yang lebih rapat dan akrab dengan Yahudi jika bukan Anwar? Anwar secara otomatik telah menjadi alat US dan Israel apabila menjadi Pengerusi Foundation For the Future diumumkan di Bahrain oleh Condoleeza Rice (United States Secretary of State) 12 November 2005.
Kenyataan Anwar bahawa UMNO macam Israel sekadar menonjolkan lagi ciri-ciri peribadi beliau sebagai seorang muslim yang tidak berakhlak. Tidak ada muslim yang baik akan menyamakan rakannya Islamnya yang lain seperti Israel mahu pun kafir harbi lain.
Inilah wajah sebenar Anwar yang kadang kala terjelma disebalik kepalsuan imej ciptaannnya sebagai pemimpin yang mempunyai akhlak dan pekerti yang mulia.
No comments:
Post a Comment