Followers

Thursday, January 1, 2009

PAS HARUS BERSATU DENGAN UMNO JIKA IKLAS MAHU MELAKSANAKAN HUKUM HUDUD

Islam Hadhari ditolak PAS kerana mengatakan ianya dicetuskan UMNO untuk meraih sokongan umat Islam, hudud ditangguh kerana ditolak DAP dan PKR dan PAS perlu dokongan DAP dan PKR untuk apa? Hanya untuk menjatuhkan UMNO yang tidak mahu hudud! Bila UMNO yang tidak mahu hudud itu jatuh, PAS akan tanya lagi DAP dan Pakatan Rakyat mahu tak hudud? DAP dan PKR kata tidak mahu kerana rakyat pilih Pakatan Rakyat kerana tidak sebut hudud dan nanti akan hilang pula sokongan dan UMNO yang tidak mahu hudud itu naik balik! PAS akan tentang semula UMNO kerana UMNO tidak mahu hudud! (cuba fikirkan, apa sebenarnya yang tidak kena?

Di dalam Islam ada hudud untuk membimbing umat. Hudud bukan satu-satunya bahagian dari Islam. Di dalam Islam ada bberapa bahagian yang membentuk Islam yang lengkap. Maka banyak bahagian lain yang belum kita ketahui....

Penolakan secara konsisten oleh DAP, kenyataan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng tentang corak pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz dan pemerintahan berdasarkan Al-Qur'an serta penegasan Husam Musa tentang perlaksanaan Hukum Hudud oleh PAS jika Pakatan Rakyat memerintah amat menarik untuk dilihat seketika ini.

Pada satu segi yang lain, kita terlena dengan kenyataan KM Pulau Pinang Lim Guan Eng yang sedikit memancing sentimen umat Islam Malaysia dengan kenyataannya bahawa ia akan menjadikan Khalifah Umar Abd Aziz sebagai model pemerintahannya serta ia akan mentadbir mengikut ajaran Al-Qur'an.

Dengan menoleh sedikit ke belakang, kita pernah dengar kenyataan kepimpinan utama DAP Karpal Singh yang mengatakan langkah mayat dia dulu sebelum menegakkkan negara Islam dan melaksanakan hudud.

Dengan melihat senario ini kita boleh fikirkan bahawa:-

1) Apakah semua pihak itu tahu apa itu perlaksanaan hudud? Apakah mereka sepakat dalam memahami perlaksanaan hukum hudud atau sebenarnya perlaksanaan hudud yang difahami berbeza?

2) Apakah PAS yakin dengan parti-parti komponen di dalam Pakatan Rakyat bahawa penegakan sebuah negara Islam akan disepakati?

3) Apakah PAS lebih yakin dengan Lim Guan Eng dalam hal Islam dibandingkan dengan UMNO yang dikatakan sekular dan UMNO itu menurut mereka lebih sekular daripada DAP,PKR dan Islam Hadhari itu cuma propaganda kerajaan dan kenyataan Lim Guan itu adalah lebih ikhlas?

4) Apakah Karpal Singh telah memberi "restu" untuk PAS menegakkan Negara Islam?

Maka semua pihak termasuk UMNO perlu sama-sama menuju ke arah memahami Hudud dan cuba memenuhi persyaratan menegakkan Negara Islam.
Persoalannya, PAS lebih berpolitik sempit dengan menolak apa yang baik dari musuh (UMNO) dan lebih terpesona apa yang datang dari rakan politik DAP dan PKR walaupun sudah terang dan jelas sikapnya terhadap hudud yang hendak PAS perjuangkan. Dengan lebih jelas lagi, Islam Hadhari ditolak atas nama menolak sekular (masih boleh dibahaskan kebenarannya) dan pada masa yang sama menerima sebuah pakatan yang jelas berdasarkan sekular malah menolak hudud yang diperjuangkan.

Permulaan untuk ke arah melengkapkan salah satu syarat perlaksanaan Islam dengan program Ta'lim Dan Tarbiyyah, dibimbangi Lim Guan Eng akan perkenalkan Islam DAP dan disokong PAS kerana ia bukan datang dari UMNO, fikirkan...


Suara Politik.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..