Followers

Monday, January 19, 2009

PAS MENANG, AKHIRAT BELUM TENTU!

Tahniah kepada PAS kerana menang dalam PRK KT(P036). Walau bagaimana pun PAS tidak boleh terlalu megah dengan majoriti '2,631'.

Sukar untok diagak adakah PAS menang di Kuala Terengganu kerana PAS dan Pakatan Rakyat itu terlalu kuat atau disebabkan 'penyakit dalaman UMNO' juga belum sembuh. Penyakit ini jugalah agak sukar untuk UMNO meletakkan semula kedudukkannya seperti sebelum PRU-12.

Tidak elok jika Pakmie mengatakan pemilihan calon BN kurang tepat sebelum selesainya PRK KT(P036). Oleh kerana PRK telah selesai, maka hari ini barulah tepat masanya untuk Pakmie memberi sedikit pandangan terhadap isu pemilihan calon BN ( Sila baca coretan penulis yang lepas - sukarkah untok Umno menang?).

Penyakit 'busuk hati dan dengki' dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO masih tebal. Jika penyakit tersebut tidak ada di kalangan pemimpin UMNO, Pakmie fikir UMNO atau BN boleh menang di Kuala Terengganu.

Pertama, cuba kita imbas kembali bila nama Wan Farid diumumkan sebagai calon BN? Keduanya bila Wan Farid diumumkan juga untuk meneruskan sebagai Senator?

Maksudnya di sini, kita boleh lihat seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena pada pemilihan Wan Farid sebagai calon BN. Seolah-olah UMNO secara sendirinya telah memaparkan kepada umum bahawa UMNO terlalu 'tamak, bongkak, ego dan tidak boleh di ajar'.

Jika dah tahu Wan Farid akan dipilih sebagai calon BN, kenapa masih ada pihak yang mencalonkannya lagi sebagai Senator? Adakah ia sengaja dilakukan sebegitu oleh pemimpin tertentu dalam UMNO untuk mensabotaj UMNO? Hanya dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO sahaja yang mengetahuinya.

Apa salahnya jika memilih orang lain sebagai Senator untuk mewakili negeri Terengganu. Tidak perlulah Wan Farid mengangkat sumpah hanya beberapa hari, kemudian terpaksa meletak jawatan Senator untuk bertanding dalam PRK K.Terengganu. Di sini nampak sangat UMNO bodoh sombong. Kesudahannya apa yang dapat...?

Satu lagi cara UMNO memilih calon, seolah-olah esok akan kiamat. Apa salahnya jika Wan Farid teruskan sebagai Senator dan memilih orang lain sebagai calon BN. Atau pun jika mahu memilih Wan Farid sebagai calon BN, maka berilah peluang pada orang lain sebagai Senator. UMNO perlu mencari pil atau ubat paling mujarab untuk menghilangkan penyakit 'tamak' (sila baca coretan penulis yang lepas - Umno jangan yakin!)

Bagaimana sekiranya calon lain dipilih untuk mewakili BN dalam PRK KT(P036) tersebut? Pakmie rasa mungkin beliau boleh menang - gamaknya lah... Jika beliau kalah pun, sekurang-kurang Wan Farid masih kekal jawatan Tim Menteri dan juga seorang Senator. Disebaliknya kini apakah hasilnya...? Nak salahkan Pak Lah atau nak salahkan Najib?

Jelas isu sombong dan personaliti ini diperkatakan sendiri oleh puak-puak UMNO dan ia akhirnya merebak kepada rakyat. Seharusnya sebagai rakan dalam parti, pemimpin dan ahli UMNO cuba mengikis persepsi berkenaan kerana pilihan raya kecil bukanlah pemilihan UMNO tetapi penentuan kepada perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.

Akibat persepsi yang wujud sejak nama Wan Ahmad Farid diumumkan, dalam tempoh lima hari pertama kempen berjalan, BN tiada isu lain selain terpaksa menepis persepsi tersebut. Kesudahannya ia membuka laluan selesa kepada pembangkang untuk mengatur strategi.

''Pas tidak berbuat apa-apa dalam tempoh berkenaan, sebaliknya hanya melihat BN menari dengan rentak sumbang yang ahlinya cipta sendiri," kata seorang pemimpin Pas dari Kuala Lumpur yang datang membantu jentera parti itu.

Sememangnya dari segi isu, pembangkang tidak ada-apa isu, justeru mereka menggunakan sepenuhnya 'peluru BN' untuk meraih sokongan rakyat. Ini jelas apabila kita mengkaji jumlah undi yang diperolehi oleh Wan Ahmad Farid yang menunjukkan bahawa walaupun jumlah keluar mengundi rendah tetapi BN tetap memperolehi jumlah undi yang tinggi.

Ia bererti segala serangan yang dilakukan oleh pembangkang melalui ceramahnya tidaklah begitu berhasil kerana jika rakyat mempercayai dakyah pembangkang sudah pasti BN akan mengalami kekalahan dalam majoriti yang jauh lebih besar. Namun begitu kita tidak menafikan bahawa dakyah yang disebarkan sedikit sebanyak menyumbang kepada undi pembangkang tetapi ia bukanlah faktor utama.

BN tewas kerana bergerak dalam keadaan tidak teratur dan sama sekali tidak bijak untuk menyusun strategi termasuklah dalam menangani faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kekalahan mereka. Walaupun faktor-faktor itu cuba ditangani tetapi cara pelaksanaannya dilihat hanya memakan diri, ini termasuklah juga dalam isu golongan pendidik yang dikatakan tidak berpuas hati dengan BN berikutan apa yang berlaku kepada Allahyarham Datuk Razali Ismail.

Pucuk pimpinan parti termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah terpaksa menanggung dosa akibat perbuatan orang lain apabila berusaha menerangkan pengiktirafan kerajaan kepada Allahyarham tetapi malangnya apa yang sudah terbuku di hati golongan pendidik iaitu layanan UMNO di peringkat negeri kepada Allahyarham sudah tidak mampu dibendung lagi.

Keadaan ini telah memberi kesempatan kepada pembangkang untuk menarik perhatian golongan pendidik dan mereka memainkan isu tersebut habis-habisan. Kesudahannya ketika hari pengundi biarpun ada golongan pendidik yang masuk ke pondok panas BN tetapi apabila di dewan mengundi mereka memangkah parti lawan. Pembangkang juga turut bernasib baik, apabila BN gagal menarik perhatian pengundi Cina terutama yang menyokong parti itu untuk keluar mengundi. Ini mungkin disebabkan kelemahan parti-parti komponen BN yang dilihat tidak bersungguh-sungguh turun ke Kuala Terengganu.

Sebaliknya pembangkang bukan sahaja menghantar pemimpin PKR malah beberapa orang bloggers untuk masuk ke kawasan kaum Tionghua bagi melancarkan kempen secara agresif dan sekali gus menafikan kegigihan Najib yang sebanyak tiga kali mengadakan pertemuan dengan kaum berkenaan.

Begitu juga dengan kelompok generasi muda, sama ada hendak akui atau tidak, sesiapa sahaja yang berada di Kuala Terengganu akan mengakui bahawa secara tidak rasmi generasi berkenaan menyebelahi pembangkang.

Tidak kisahlah sama ada, kelompok ini dibayar atau tidak tetapi adalah terlalu sukar untuk melihat ada kelompok orang muda mengibarkan bendera BN sama ada ketika menunggang motosikal atau memandu kenderaan, sebaliknya mereka lebih bangga mengibarkan bendera Pas atau PKR.

Keadaan itu membuktikan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO negeri terutamanya yang sebelum ini dianggap hanya bijak menggantung poster gagal mempengaruhi golongan berkenaan untuk menyebelahi mereka. Kehadiran beberapa pemimpin kanan Pemuda pusat sudah dianggap terlewat kerana kelemahan Pemuda di peringkat negeri.
Kelemahan ini sekali lagi dieksploitasikan oleh pembangkang yang bukan sahaja berjaya menarik golongan muda menyokong mereka malah poster wajah Mohd. Abdul Wahid pun 'diremajakan' dengan salah satunya menunjukkan beliau memakai kemeja tangan panjang dan dilihat begitu bergaya.

Walaupun sekadar poster tetapi ia berjaya menarik perhatian generasi muda untuk mengubah persepsi mereka terhadap Pas. Faktor paling ketara ialah kegagalan UMNO menyelesaikan masalah dalamannya yang pada mulanya dikatakan tidak begitu serius. Tetapi ternyata UMNO Terengganu tidak berada dalam keadaan yang mantap, mereka berpuak-puak. Ia akhirnya mendatangkan kesan dari segi pergerakan jentera dan meraih sokongan.

Situasi tersebut diambil kesempatan oleh pembangkang yang melakukan perang saraf untuk melaga-lagakan pemimpin yang dikhabarkan 'tidak sebulu'. Malah media rasmi pembangkang juga menyiarkan berita mengenai konflik berkenaan yang akhir menimbulkan perasaan muak di kalangan rakyat bahawa UMNO sememangnya tidak pernah berubah. Sebenarnya, terdapat banyak lagi ruang kelemahan BN yang diambil kesempatan oleh pembangkang ketika pilihan raya kecil di Kuala Terengganu. Pembangkang sebenar tidak ada strategi atau isu selain melaungkan lagu 'pengundi hantu' dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus atau kehadiran polis yang ramai.

Tetapi apabila mereka menang, isu pengundi hantu entah ke mana, SPR dipuji bagus dan polis pula diucapkan terima kasih. Namun begitu Kuala Terengganu bukanlah satu petanda bahawa pakatan pembangkang merupakan alternatif kepada BN. Sebaliknya mereka hanya bersatu untuk sementara bagi melaksanakan misi menumbangkan BN tetapi selepas ini akan berbalah kembali dalam soal perjuangan politik masing-masing.

Jika undi yang diperolehi Wan Ahmad Farid diambil kira ia jelas menunjukkan bahawa di Kuala Terengganu, penyokong setia BN tidak lari, sebaliknya BN hanya gagal mencari penyokong baru termasuklah meraih sokongan pengundi atas pagar. Oleh itu BN harus segera bangkit dan kalau perlu melakukan 'penjenamaan' semula untuk memastikan mereka berupaya menarik penyokong baru dengan meyakinkan mereka bahawa BN masih lagi relevan. Jika ini tidak dilakukan maka dalam pilihan raya akan datang pembangkang akan terus menerima keuntungan tanpa perlu mengeluarkan modal atau titik peluh.

Datuk Najib boleh menang jawatan Presiden UMNO tanpa bertanding. Adakah Datuk Najib hebat? Jika kalah di Permatang Pauh mungkin boleh diterima kerana di situ Anwar Ibrahim 'kebal'. Namun bila kalah juga di kawasan yang tidak kebal di Kuala Terengganu, adakah Datuk Najib hebat dan layak menjadi Presiden UMNO dan PM?

Satu soalan disebalik kemenangan- harapan rakyat jangan sesekali dipermainkan, buruk padahnya!

Tetapi perlu diingat kalau diikut daripada UNDI MELAYU, keadaannya adalah 50/50. Yang menjadi undi penentunya di KT adalah kaum Cina. Bagi Pakmie yang sebenar-benar menang di dalam Pilihanraya Kecil itu adalah DAP.

Kenapa? Kerana kaum Cina sudah mendapat apa yang mereka dapat dengan memperkudakan PAS. Jadi berikan kemenangan kepada PAS supaya PAS akan menjadi bertambah RIAK, TAKABUR dan teruskan dengan cakap besarnya kononnya UMNO telah pupus dan tidak mendapat sokongan rakyat. Lagipun bagi kaum Cina, jikalau BN tewas sekalipun di KT ianya tidak akan mengubah apa-apa, bahkan untong ada- dapat memperkudakan pas!.

Isyarat yang mereka berikan jelas sekali. Jika BN atau PR mahukan undi Cina, ubah dasar dan segalanya perlulah mengutamakan hak dan kepentingan mereka.

Dalam masa yang sama PAS sedang dan akan terus-menerus menjadi balaci DAP yang sudah terang lagi bersuluh mempergunakan mereka semata-mata. Selepas ini, anda semua akan melihat beberapa perubahan drastik yang melibatkan dasar yang 'favourite' kepada kaum tertentu akan berlaku.

Makanya, adakah boleh kita memberi harapan kepada parti pas untok mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara setelah Umno tidak releven lagi? soalan ini sahaja yang sering bermain difikiran Pakmie, setelah keputusannya pas dapat memenangi kedua-dua kerusi PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. Sekali imbas, hebatnya pakatan parti pembangkang dalam mana tidak sampai pun 5 bulan Umno sekali lagi tertewas! Kalau kita tidak mengikuti dengan terliti perkembangan mutakir kegawatan perebutan jawatan kepimpinan dalam Umno sudah tentu kita agak kepelikan kenapa Umno boleh tewas sebegitu sekali(sebab ini pilihanraya kecil). Segala hulubalang, bahtera laut dan darat tertumpu kesatu kawasan Parlimen, biasanya amat sukar untok pembangkang menang tambahan pula dengan majoriti yang besar.

Dengan kemenangan ini, Pakmie yakin jika parti pas dapat memenuhi janji-janjinya semasa pilihanraya, menjamin kepada rakyat bahawa agama, bangsa dan negara tetap dijaga dan dipertahankan dibumi Malaysia ini. Kita sekarang tidak perlu gusar lagi, selama ini hanya Umno sahaja memperjuangkan nasib bangsa dinegara ini semenjak dari dahulu lagi. Sekarang kita sudah ada satu benteng lagi untok kekuatan bangsa melayu iaitu benteng Pas! (sila baca coretan penulis yang lepas - jika Allah SWT takdirkan Pas menang esok). Pakmie iklas mengkritik mana-mana pemimpin samada dari UMNO atau PAS demi Agama, Bangsa dan Negara.

Lintasan Dari Gerakhati Penulis.


Harus diingat, Kekalahan terhadap Umno KEMENANGAN sekali lagi untok DAP!

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..