Followers

Wednesday, January 7, 2009

PRK KT - SETAKAT HARI INI TIADA SEBAB UMNO KALAH

TIDAK ada sebab untuk Barisan Nsional kalah dalam menghadapi Pas di pilihan raya kecil KT

Dua personaliti besar parti akan terlibat maruah mereka dalam kalah menang calon masing-masing di kawasan parlimen itu. Najib Tun Razak sebagai bakal Perdana Menteri yang kekalahan akan menjejaskan imejnya dan Haji Hadi Awang Presiden Pas yang cuba menyaingi pengaruh imej Murshidul Pas Nik Aziz.

Nik Aziz mungkin tidak penting lagi kepada kepimpinan parti, tetapi golongan yang diwakilinya menjadi cabaran kepada Hadi. Bagaimanapun dari tinjauan dan perkiraan yang dibuat, BN tidak ada sebab untuk kalah di Kuala Terengganu.

Pertama sekali ialah oleh kerana perasaan marah penyokong UMNO kerana UMNO tidak menghormati bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir telah pun terubat sekarang.

Tidak dapat dinafikan kemarahan Mahathir terhadap Abdullah Badawi dalam pilihan raya umum lalu telah menyumbang kepada kekalahan besar BN. Beliau telah meminta kerusi BN dikurangkan dalam Parlimen. Orang mendengrnya kerana beliau telah menjadi PM selama 22 tahun. Cakap dan nasihatnya tentu berbisa. Faktor itu sudah tidak ada sekarang malah akhbar dan telivisyen juga telah menyejukkan hatinya dengan memberikan publisiti yang meluas kepadanya.

Keduanya, harga minyak telah turun ke paras yang tidak lagi menimbulkan sungutan orang ramai malah menyeronokkan mereka. Jika PKR atau Pas mahu menjual minyak lagi maka akan dilihat oleh pengundi sebagai melampau. Di samping itu, harga barangan juga telah dapat dikawal.

Rakyat juga sedar sedang Singapura dan lain-lain negara di Asia berada dalam keadaan cemas menghadapi senario ekonomi dunia, tetapi rakyat Malaysia tetap berada di kedai mamak dalam keadaan tenang, yakin, ceria dan penuh dengan keyakinan. .

Menteri Besar Terengganu sekarang, Ahmad Said pula sejak berkuasa lebih menumpukan kepada projek-projek yang memberikan faedah secara langsung kepada rakyat dan tidak banyak bercakap mengenai projek mega yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai. Terengganu agak sunyi sekarang dari cerita wang minyak melimpah ke saku orang politik tempatan dan ahli perniagaan di Kuala Lumpur. Yang ada hanya cerita lama.

Selain dari itu, pemilihan calon juga tepat kerana Wan Ahmad Farid Wan Salleh adalah Ketua Bahagian UMNO. Kekalahan besar dalam pilihan raya lalu ialah oleh kerana Khairy Jamaluddin banyak mengatur calon yang lebih banyak terdiri daripada bukan ketua bahagian.

Walaupun Wan Farid orang kuat Khairy, tetapi pengundi-pengundi Kuala Terenganu harus melupakan buat sementara cerita kem. Betapa benci pun kepada Khairy yang lebih penting ialah memberikan kemenangan kepada calon BN kerana kemenangannnya diperlukan untuk maruah Najib yang sedang menuju ke tangga Perdana Menteri.

Makanya ditambah pula keretakan yang berlaku dalam PR sekarang, khasnya kepada Parti Pas itu sendiri Pergolakan yang kian ketara tidak dapat dibendung lagi, sudah tentu memberi impak yang negetif kepada kepimpinan, para penyokong, dan juga kepada pengundi parti itu pada 17 januari nanti.


Malaysiaaktif

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..