
Walaupun tidak menjadi calun, niat Nik Aziz terhadap keinginan kepada Mat Sabu tercapai juga. Mat Sabu, beliau awal-awal lagi telah diberikan peluang untuk bercakap di pentas Pas dengan kelebihan yan dimiliki itu, walaupun kempen belum bermula secara rasmi. Maka berkokoklah`ayam sabung' Pas ini di kawasan Parlimen Kuala Terengganu.
Pada Mac lalu, Mat Sabu adalah calon Pas melawan Allahyarham Razali Ismail di Kuala Terengganu tapi kalah dengan majoriti 628 undi. Turut berentap ialah calon bebas yang tersohor,Tok Mun(favorite Pakmie) yang dapat 685 undi. Kalaulah Tok Mun tak bertanding, siapalah yang dapat 685 undi itu. Razali atau Mat Sabu? Atau bagi sama rata dan Mat Sabu tetap kalah juga kalah.
Mat Sabu pernah jadi Ahli Parlimen di Kelantan. Selepas tewas pada 2004, dia tidak lagi diberikan peluang untuk bertanding di negeri itu. Ibarat macam kita kerja makan gaji lah, kena tukar tempat lain. Lagi pun anak-anak murid beliau dikalangan orang pas Kelantan pun dah ramai mereka pun nak bertanding juga. Sebab itulah dia diletakkan di Terengganu pada Mac 2008 bersama Tok Mun.
Tapi sebenarnya Mat Sabu tidak kisah sangat fasal jadi calon. Dapat pun boleh, tak dapat pun tak mengapa.Yang paling penting Mat Sabu dapat berkokok sana sini. Kalau tak dapat berkokok, Mat Sabu pasti marah. Dia akan menaji semua orang. Haji Hadi faham sangat perangai Mat Sabu ini. Sebab itulah dia awal-awal lagi diberi peluang untuk berkokok di Kuala Terengganu. Sebelum hari penamaan calon iaitu pada hari esok (6 januari), Mat Sabu sudah diberi peluang berkokok.
Selepas esok, tengoklah Mat Sabu akan ke hulu ke hilir untuk berkokok. Banyak orang suka dengar Mat Sabu berkokok. Sebabnya kokokannya sangat menghiburkan. Kalau tuan-tuan susah hati, pergilah dengan ceramah Mat Sabu. Akan hilanglah duka-lara seketika. Tapi tanggunglah sendiri dosa jika tuan-tuan berkerjasama dan percaya cakapannya.
Fasal memperlekeh dan mencaci orang lain, tiada siapa boleh lawan Mat Sabu. Yang menghairankan, kerja mencerca dan mencaci ini bertentangan dengan ajaran al-Quran. Tapi Mat Sabu adalah penceramah Pas yang paling popular. Dengan modal pandai berkokok dia dapat jadi Naib Presiden Pas. Nik Aziz pun sangat suka, Mat Sabu juga merupakan talian hayat terakhirdalam situasi terdesak untuk dirinya dan juga pas. Inilah yang Pakmie tidak faham. Pelik bin Ajaib bin Bingung.
Di Kuala Terengganu, Pas sudah hantar Mat Sabu awal-awal lagi untuk berkokok. Barangkali ramai orang di Kuala Terengganu yang berduka-lara. Mereka perlu dihiburkan. Nak hantar artis menyanyi macam Jom Heboh TV3 tak boleh. Itu semua haram bagi Pas. Pakmie masih ingat sewaktu dia ceramah di Pasar Kbg Kerian (tak silap tahun 1996) mencaci dan menghentam Anuar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri dimasa Tun Mahadir) sampai meja pun boleh terbalik sebab pendengar terlampau asyik dan gembira kelucuan bercampur fitnah kepada kerajaan BN(Umno)yang sudah tentu berdosa, melucukan lagi... "Menggelar Anwar Ibrahim, Anwar Al-juburi"(nama ini top sampai sekarang) - paling menyayati hati kita sebagai orang-orang islam diselang seli pula dengan laungan AllahHuakbarr!... oleh penyokong pas! (macamana kita hendak menyokong pas?) sampailah sekarang tidak berubah-ubah cara Mat Sabu berceramah. Tetapi Mat Sabu dan Karpal Sing menjilat balik ludah itu sekarang ini, setelah PAS DAN DAP BERGABUNG DALAM PAKATAN RAKYAT YANG DITERAJUI OLEH ANUAR IBRAHIM! Sekarang ini Karpal Sing juga menjadi salah seorang peguam bela kes liwat Anwar Ibrahim yang berlaku kali kedua ( teruknya politik pas, wahai orang ganu! - kawan-kawan Pakmie kat ganu tu, juga pak cob harap terbacalah actikel ini)
Sambong lagi...Makanya Mat Sabu di puja, diangkat setinggi-tingginya oleh orang-orang pas Kelantan. Penghibur dikala sunyi dan berduka-lara. Semua orang suka dan ketawa. Mat Sabu cukup suka tengok orang ketawa. Tak dapat jadi calon pun tak apa. Kokok berderai-derai, tahi berjurai-jurai. Masyarakat Parlimen Ketereh kenal sangat dengan Mat sabu tektik dan kelincahannya sudah dapat diintip dan dibaca. Cara-cara Mat Sabu menyumbat gol, cara-cara dia pasing bola dan cara-cara dia menggelicik gu lawan. Paling istimewa Mat Sabu walaupun dia buat jahat Nik Aziz tetap menyokong dia, seperti sejarah peristiwa mengetuk pintu bilik no 121 hotel Perdana dulu, ketika beliau bersama Puan Norma berduaan dalam bilik kesannya sehinggalah beberapa pegawai pencegah maksiat meletak jawatan kerana kes Mat Sabu tersebut(ko guano Pak cob?)
Pakmie selalu juga berduaan dalam bilik, tapi dengan bini!
Pakmie selalu juga berduaan dalam bilik, tapi dengan bini!
No comments:
Post a Comment