Followers

Tuesday, January 13, 2009

YAHUDI - POLITIK DISUDUT PANDANGAN GLOBAL

Kemenangan Barack Obama yang dianggap sebagai memberi harapan baru kepada dunia – merupakan sebuah kepalsuan dan penipuan. Tiada apa-apa yang mampu beliau lakukan untuk dunia – Obama cuba diangkat sebagai hero untuk menyelamat ekonomi dan imej kotor AS selama ini. Tetapi, beliau tetap menemui kegagalan, kenapa? Kerana kemenangan beliau sememangnya diharapkan oleh para pelobi Yahudi untuk membuktikan kepada dunia, bahawa inilah yang pertama dan yang terakhir bagi seorang yang bukan warga kulit putih memimpin AS.

Para pelobi Yahudi bertekad mahu memastikan – semua pengkritik sistem demokrasi AS akan menutup mulut mereka selepas ini, dengan menunjukkan kepada dunia bahawa AS merupakan satu-satunya negara yang paling demokrasi sifatnya di dunia. Di samping tidak mementingkan warna kulit untuk menjadi pemimpin kepada sebuah negara sebesar AS, sebaliknya setiap rakyat bebas memilih pemimpin yang mereka suka.

Namun demikian, tanpa kita sedar tanggungjawab para pelobi Yahudi adalah memastikan kegagalan Obama sebagai Presiden AS, bahkan akan menjadi lebih zalim dan kejam daripada zaman pemerintahan Bush – semua ini bagi membuktikan kepada dunia, bahawa tiada lagi warga kulit hitam yang mampu memimpin AS untuk masa akan datang. Oleh sebab itu, untuk masa akan datang, jangan pilih Presiden AS, selain yang berkulit putih!

Barack Obama – nama yang sengaja diangkat untuk dijatuhkan seteruk-teruknya selepas ini, kerana begitulah budaya turun temurun politik AS. Obama sengaja dipilih sebagai presiden, ketika imej dan ekonomi AS dilanda masalah – semua ini tidak akan mampu dipikul oleh beliau, kegagalan sudah berada di depan mata, kerana harapan yang terlalu tinggi daripada seluruh warga dunia dan AS tidak upaya dilaksanakannya kelak.

Disisi lain, Obama tidak berupaya mencatumkan antara kehendak jahat pelobi Yahudi de
ngan niat murni warga dunia kelas ketiga – untuk melihat dunia lebih baik dan sejahtera dalam kelas orde yang baharu – semua ini adalah khayalan – seperti khayalan yang dilukis oleh Plato dalam dunia Utopianya. Obama ialah nama lain untuk Anwar Ibrahim – seorang populis dan bukan praktikalis, nama yang sinonim pada zaman ini.

Mereka, cuba memenuhi segala hajat dan hasrat orang ramai dalam satu bakul yang mereka gelar sebagai “kehebatan kepimpinan yang ditunggu”. Tetapi, itu semua tidak akan mampu mereka lakukan - kerana tiada satu pun teori sains kemanusiaan yang mampu dicipta untuk memenuhi segala tuntutan dan kemahuan orang ramai. kedua-dua pemimpin ini akan gagal. Manusia tidak mampu disuap dengan retorik saban hari.

"Obama dan Anwar - yang seorang ingin menjadi pemimpin besar dunia, yang seorang lagi ingin menjadi pemimpin akhir zaman – semua ini akan gagal, kerana mereka hanya mahu menjadi pemimpin, dan bukan mahu memimpin orang ramai ke arah kebenaran".

Obama akan tewas dalam memilih antara kehendak peribadi dengan pelobi – tersekat dan terhalang antara memenuhi impian Yahudi dengan impian indah kulit hitam yang beliau sayangi, dan lebih tragis, dalam membuat perhitungan antara Islam dengan Barat, Obama masih dipersimpangan. Begitu juga Anwar – hilang dan lenyap antara dua dunia – Islam dan Barat. Mengikut Islam bermakna mengikut al-Quran dan As-sunah – yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal, tetapi Anwar keliru dalam semua ini.

Mengikut Barat pula adalah umpama mengikut Dramatis Agung mereka - William Shakespeare – yang sering dibangga-banggakan oleh Anwar Ibrahim dalam setiap ucapan berapi beliau, dan mendakwa telah membaca tulisan tokoh tersebut berkali-kali sewaktu di penjara. Lantaran itu, Anwar Ibrahim begitu bijak “melakonkan watak sebagai seorang yang baik” dalam drama berjudul “Aku Pemimpin Unggul”. Pemikiran Shakespeare sangat berpengaruh ke atas Anwar dan keluarganya – bagaimanakah mahu membina drama dan plot politik demi mencapai cita-citanya selama ini.

Makanya, Obama dan Anwar – dua watak, satu wajah – namun akan gagal berhadapan dengan manusia yang berpegang kepada al-Quran dan as-Sunah. Percayalah, pada zaman Obama, konflik dan krisis yang sedia ada, akan lebih sukar untuk dipulihkan.


Bahanberita.










No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..