Followers

Sunday, January 4, 2009

TOK MUN... BANYAK PENJURU LAGI SEDAP !

Tok Mun boleh dianggap sebagai pemangkin ' kesedapan' rata-rata orang setuju jika Tok Mun bertanding di pilihanraya kecil kuala Terengganu 17 januari nanti. Pakmie, sedikit rasa hiba dan terharu sebab calon favorite Pakmie siang-siang sudah menarik diri.

Kesian juga pada Tok Mun sebab dia mengakui duit tidak ada untuk bertanding kali ini, padahal Pakmie faham benar semangat wanita warga emas itu yang sentiasa berkobar-kobar. Tiada sesiapa ke yang nak sponsor Tok Mun?

Mungkin ada calon bebas lain selain dari Tok Mun cuma kena tunggu hari penamaan calun 6 januari nanti. Cakap awal-awal dulu macam ramai orang yang nak bertanding bebas dalam piliharaya kali ini. Kalau ada sudah tentu akan ada beberapa penjuru, samada tiga atau empat dan lebih banyak penjuru lagi baik hehe...Pendek kata calon bebaslah yang menentu berapa penjuru di Kuala Terengganu.

Walau ada sepuluh penjuru pun, yang hebatnya dan menarik perhatian ramai adalah antara BN dan PR. Ada pun parti lain itu sebagai penyedap dan nasi tambah juga boleh dianggap sebagai memeriah suasana sahaja, selain dari hanya sekadar menambah penjuru-penjuru. Kalau ada Tok Mun pasti dia akan menjadi penjuru yang paling menarik di kalangan penjuru-penjuru nasi tambah itu. Maka sekali lagi Pakmie hendak bertanya, tidak ada siapakah yang lebih duit sudi untuk menaja Tok Mun?

Banyak penjuru pun tidak menjadi soal, sebab kita negara demokrasi, siapa rasa hendak bertanding boleh cuba. Cuma satu yang Pakmie nak ingatkan, masa berkempen juga hendaklah nak kena ikut cara demokrasi, jangan melampau hal-hal dalam kelambu jangan diambil kira. Kita sama-sama melayu, sesama islam berkempenlah dengan cara baik-baik dan sopan santun! baru ada class menjadi wakil rakyat gitu. (Harap Pak cob menghayati kata-kata dari Pakmie ini jika ia terbaca)

Calon pas yang diwakili oleh ADUN Wakaf Mempelam Mohd Abdul Wahid, sebagai orang yang menentang calon BN, Datuk Wan Farid. Pilihanraya itu akan menyaksikan siapa yang dikehendaki oleh rakyat untuk mewakili kawasan Parlimen Kuala Terengganu samada Umno atau Pas.

Kehadiran Tok Mun seorang wanita warga emas yang begitu bersemangat dan bertanding dalam PRU12 tetap tercatit dalam hati Pakmie sampai bila-bila. Dijadikan cabaran kepada ahli politik yang lain yang lebih muda dan berilmu selain dari menyuburkan proses demokrasi di Negara ini, semuga sama-sama kita mendalami apa yang tersurat dan tersirat disebalik itu. Tidak hanya sebagai bahan pemangkin gelakan lucu dalam proses memeriahkan pilihanraya semata-mata. Bagi Pakmie, tindakan Tok Mun bertanding itu juga membuka mata, menggalakkan atau melahirkan lebih ramai lagi mereka-meraka yang ingin bertanding sebagai wakil calon bebas dalam PRU 13 nanti.

Paling Pakmie suka, cara Tok Mun usaha sendiri tidak seperti Brahim Ali walaupun bertanding atas tiket bebas tetapi guna lambang bulan(pas). Setidak-tidaknya walaupun beliau kalah tercatit juga dalam sejarah politik Tanah Air nama Tok Mun sebagai warga emas bekas calon wakil rakyat, nak menang tu memang jauh sekali. Namun dalam politik apa-apa pun boleh berlaku! mana tau atas kesilapan teknik mengisi borang percalonan pehak lawan, sudah tentu Tok Mun diistiharkan menang tanpa bertanding. Menjadi MP Bebas di Parlimen sebagai pembangkang, sebaris dengan Brahim Ali, bersebelahan dengan Karpal Sing dan diapik oleh Anuar Brahim!

Cetusan menjelang pilihanraya kecil KT.


No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..