Followers

Monday, January 12, 2009

PRK KT - SUKARKAH UNTOK UMNO MENANG?

Mengapa Pakmie kata bahawa UMNO sedang berhadapan dengan zaman fitnah besar (fitnatul kubra) yang belum pernah terjadi dalam sejarah penubuhannya selama ini? Ada tiga alasan utama mengapa berpendapat sedemikian.


  1. Orang biasa sudah tidak lagi mahu mengingati segala kebaikan yang pernah UMNO berikan selama parti ini memerintah. Orang ramai pada hari ini hanya nampak kekotoran dan keburukan UMNO semata-mata, tiada rasional lagi dalam menilai UMNO, betul atau tidak fakta ini? Oleh sebab perkara ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat, maka ia mengundang fitnah yang berterusan kepada UMNO.
  2. Tidak pernah berlaku sedahsyat politik hari ini, apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Badawi, dibenci sebenci-bencinya oleh semua kaum. Sehinggakan, andaikata wajahnya terpampang di dada akhbar atau di skrin televisyen, kita seolah-olah tidak sanggup melihatnya sama sekali. Ini juga merupakan tanda fitnah yang sangat dahsyat kepada politik UMNO. Mahathir juga pernah dibenci dahulu, tetapi tidaklah sampai semua kaum membencinya.
  3. Semua pemimpin UMNO yang ada, tidak lagi dipercayai oleh orang ramai dan masyarakat, bagi mereka pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang, hanya tahu bagaimana untuk membolot harta dan kekayaan semata-mata, tetapi mutu perkhidmatan mereka kepada masyarakat sangat mengecewakan. Imej yang terbayang dalam kotak fikiran masyarakat terhadap pemimpin UMNO ialah – kaki rasuah, kaki projek dan kaki perempuan! Walaupun tidak semua pemimpin UMNO semacam itu, namun demikian, yang baik dan berprinsipnya tidak ramai dan tidak dapat naik ke puncak hanya dengan keikhlasan mereka semata-mata. Makaitu,ini juga tanda UMNO sedang dilanda fitnah yang sangat besar.

No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..