Followers

Monday, January 12, 2009

FAKTUR UTAMA PERPECAHAN UMMAH

Taabsub Beragama

Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak”. Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.”

Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya.

Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nasrani juga termasuk golongan orang yang taasub dalam beragama, kerana mereka berpegang teguh dengan agama mereka secara membabi-buta. Walaupun sudah jelas dengan kedatangan agama Islam sebagai agama yang memansuhkan agama-agama sebelumnya.

Umat Islam pada hari ini juga telah berpecah belah dengan begitu kronik akibat daripada sikap mereka sendiri yang begitu taasub dengan mazhab yang mereka anuti, sehinggakan yang hendak dibela, bukan lagi kebenaran, sebaliknya pendapat-pendapat yang menyokong mazhab mereka semata-mata.

Allah memberi ingatan dalam soal ini dengan firmannya yang bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang membahagi-bahagikan agamanya dan menjadi beberapa golongan yang bercerai-berai, tiadalah engkau ikut serta dengan mereka sedikit pun. Urusan mereka hanya (terserah) kepada Allah, nanti Allah akan memberitakan kepada mereka apa-apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-An’am 159).

Di negara kita, taasub kepada tokoh dan ideologi tertentu merupakan senario yang amat membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Jika perkara ini tidak segera dibendung, akhirnya menjadi barah yang bertambah sukar lagi untuk diubati. Malah. Umat Islam di negara ini akan bertambah jauh daripada kebenaran dan akan terus berpecah belah sampai bila-bila.

Walau apa pun keadaannya, Islam mempunyai cara tersendiri untuk menangani permasalahan ini. Antaranya, peringatan Allah dengan firman-Nya ini “Dan janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawaban.” (Al-Isra 36).

Ayat tersebut amat jelas meminta agar kita sebagai umat Islam sentiasa berdiri atas landasan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan, kita akan mudah terjerumus ke dalam sifat taasub. Manakala, ilmu pengetahuan pula, mestilah disuluh dengan cahaya Al-Quran dan sunnah nabawi, agar kita sentiasa berdiri atas landasan ilmu yang berpandukan kepada kebenaran.

Umat Islam yang dihinggapi dengan penyakit taasub adalah kerana kesan daripada perbuatan mereka sendiri yang kurang berkeinginan dalam mencari ilmu pengetahuan yang berteraskan al-Quran da As-Sunnah, serta lemah dalam membuat penyelidikan dan kajian terhadap sesuatu perkara yang sedang mereka hadapi.

Golongan seperti ini, lebih gemar menerima sahaja apa-apa yang orang lain perkatakan, tanpa mereka sendiri cuba mencari kepastian dengan mengkaji dan merujuk kepada kitab-kitab muktabar yang menjadi rujukan umat Islam sepanjang zaman. Mereka menjadi taasub kerana mereka tiada ilmu. Mereka lebih gemar bertaklid dan mengikut secara membuta-tuli apa-apa sahaja yang diperkatakan oleh golongan dan pemimpin mereka. Tanpa mempedulikan soal kebenaran. Justeru itu, untuk mengelak taasub, umat Islam haruslah meningkatkan ilmu pengetahuan mereka dari semasa ke semasa, sesuai dengan sabda Rasulullah, “menuntut ilmu adalah wajib atas tiap-tiap orang Muslim.” (Riwayat Ibn Adiy).

Taasub juga mampu ditangani dengan cara meninggalkan pujian atau sanjungan yang berlebihan kepada individu tertentu atau golongan tertentu. Hal ini adalah kerana, sikap terlalu memuji atau menyanjung seseorang atau golongan tertentu akan menyebabkan lahirnya sikap taasub atau fanatik di dalam diri kita sedikit demi sedikit.

Barangkali, kita kurang memerhati, kadangkala tanpa kita sedari, kita telah mempertahankan kebatilan yang dilakukan oleh seseorang individu atau golongan tertentu, yang selama ini amat kita puji dan lagi kita sanjung.

Perkara semacam ini memang boleh berlaku, ini adalah kerana puncanya adalah daripada sikap kita sendiri yang amat mudah terpengaruh dengan pujian serta sanjungan orang ramai kepada seseorang individu atau golongan itu secara berlebih-lebihan.

Sebagai satu contoh, jika kita terlalu berlebihan dalam memuji dan menyanjung seorang pemain bola sepak yang terkenal dan kemudian pemain tersebut didapati bersalah kerana menggunakan dadah, barangkali kita tidak mungkin akan percaya sama sekali, malah berkemungkinan besar kita akan mempertahankannya dengan pelbagai alasan, seperti beliau mungkin dianiayai atau dikhianati oleh pemain-pemain lain yang mencemburuinya.

Dan tanpa kita sedari, kita telah pun taasub atau fanatik dengan pemain bola yang terkenal itu. Kerana selama ini kita amat menyanjung adan memujinya secara berlebih-lebihan sebagai seorang pemain bola sepak yang hebat.

Taasub seperti ini masih kurang bahayanya berbanding dengan taasub dalam beragama atau bermazhab. Taasub kepada sesuatu mazhab atau tokoh ulama tertentu semata-mata merupakan perkara yang patut dihindari, demi mengelakkan perpecahan yang lebih besar dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Islam membenarkan pujian serta sanjungan kepada individu atau golongan tertentu selagi mana, pujian atau sanjungan tersebut tidak mengandungi pendustaan, melalaikan dan menimbulkan fitnah kepada orang yang disanjung dan dipuji tersebut.

Dalam soal ini, Islam telah memberi garis panduan, antaranya ialah hadis-hadis Rasulullah ini, “Nabi SAW mendengar seorang lelaki memuji lelaki lain dan berlaku berlebihan dalam pujiannya, maka baginda bersabda, “kalian telah binasa” atau “kalian telah memutuskan punggung orang itu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebuah lagi hadis nabi berbunyi. “Bahawa seorang lelaki disebut di hadapan nabi, lalu lelaki itu disanjung dengan pujian yang baik oleh lelaki lain, maka nabi bersabda, “Celakalah engkau, engkau telah memutuskan leher temanmu.” Hal ini diucapkan berkali-kali. “Jika seseorang di antara kalian diharuskan memuji saudaranya, hendaklah dia mengatakan “aku menduga demikian dan demikian.”, jika dia melihat keadaan saudaranya memang demikian, tetapi yang menilainya adalah Allah, tiada yang dapat membersihkan seseorang di hadapan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Secara umum, inilah dua kaedah, bagaimanakah kita ingin menangani permasalahan taasub dalam beragama. Moga-moga umat Islam, khususnya di negara ini, terhindar daripada sikap taasub yang mampu memecahbelahkan masyarakat. Dan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 105, harus dijadikan renungan. “Dan janganlah kamu serupa dengan orang-orang yang telah bercerai-berai dan berselisih, sesudah datang kepadanya bukti-bukti yang terang. Mereka akan memperoleh azab yang besar.”


Utusan Malaysia oktober 2003



No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...



FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..