Followers

Wednesday, January 7, 2009

PRK KT - GABUNGAN PR PAS SANGGUP DERITA DEMI ANWAR IBRAHIM

Nampaknya isu wang royalti minyak akan dijadikan isu oleh PAS pada pilihan raya kecil P036 Kuala Terengganu. Daripada ceramah dan gaya percakapan calon PAS, jelas perkara ini akan menjadi ibu kepada segala isu yang akan ditimbulkan pembangkang.

“Saya akan dedahkan 'pengkhianatan' Umno” kata calon PAS pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut.

Mohd Wahid yang juga ADUN Wakaf Mempelam nampaknya berminat dengan isu ini yang dianggapnya sebagai ‘rampasan’.

Beliau berjanji akan mengumpulkan semua ucapannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selama ini bagi mendedahkan segala kepincangan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Sementara laporan sebuah akhbar tabloid yang kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tersalah pilih calon turut dijadikan bualan beberapa hari terakhir ini untuk ‘meremehkan’ Senator Datuk Wan Farid Wan Salleh.

Apa yang saya lihat dalam konteks calon ini, ia adalah spin kepada persoalan dalam PAS sendiri yang lambat untuk mengumumkan calon dan tukang spin mahu mengalih pandangan selepas PAS sebenarnya gagal memilih calon sesuai untuk meletakkannya bertembung dengan Wan Farid.

Jelas kononnya Pak Lah mahu menukar Wan Farid dengan calon lain tidak menjadi. Malah, dalam isu ini nampaknya BN sudah menang 1-0.

Dalam konteks isu Erdogan, sehingga kini PAS nampaknya tidak mampu meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak berselisih.

Bukan sekadar pada majlis memperkenalkan calon 1 Januari lalu isu Erdogan + Klon vs ulama diperkatakan tetapi pada penamaan calon pagi kelmarin di Stadium Negeri, jelas kumpulan Erdogan – Datuk Husam Musa – tidak jelas peranannya dan Husam pun nampak bagaikan mahu menyorokkan diri.

Mana Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat)? Tidak nampak pun?

Suasana penamaan calon pagi kelmarin tidak seperti di Permatang Pauh bagi PAS. Kalau sebelum ini Nik Aziz sanggup bertongkat untuk memenangkan ‘kepala Erdogan’ – Datuk Seri Anwar Ibrahim- kali ini, usahkan datang bertongkat, tongkat Nik Aziz pun tak nampak!(Hussam Musa ada tapi peranannya tidak jelas). Dalam parti pas ni kalau penterlingkahan dalaman sekadar tercalar atau terguris memang tidak akan nampak, sebab kesepakatan nya yang menebal menjatuhkan kerajaan BN(Umno) mereka sanggup berkompromi dalam apa jua sekali pun, tetapi lain pulak kali ini. Bertelingkahan yang berlaku sekarang ibarat retak menunggu belah.

Jelas bagi PAS, mereka sudah kena ‘penangan’ kumpulan Erdogan lebih kepada pro Anwar Ibrahim kerana jika kumpulan ulama tidak hadir pada penamaan calon Anwar di Permatang Pauh, hari ini kumpulan ulama bagaikan diboikot oleh pemimpin PAS sendiri daripada kumpulan yang menyokong Anwar. Satu kumpulan Pas yang begitu gilakan kuasa, sanggup melihat parti itu berpecah.

Bagi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak member jaminan BN bersedia menjelas dan menjawab segala isu yang akan dibangkitkan pembangkang pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata, BN tidak menjangkakan banyak isu akan ditimbulkan pada pilihan raya kecil itu, yang menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan calon BN, PAS dan Bebas.

Beliau berkata pada masa ini, pembangkang semakin terdesak menggunakan isu-isu nasional dan keadaan itu menunjukkan bahawa mereka sudah ketandusan isu.

“Pada pilihan raya kecil ini, isu yang mungkin menjadi tumpuan biasanya isu tempatan. Bagaimanapun, jika ada isu nasional, BN sedia jawab,” katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri di Kuala Terengganu kelmarin"

Pilihan raya kecil P036 menyaksikan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh ditentang calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut dan calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam.

Pilihan raya kecil Kuala Terengganu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail pada 28 Nov tahun lepas. Pada pilihan raya umum Mac lepas, Razali menang dengan majoriti 628 undi menewaskan pas dan calon bebas.

Dalam konteks royalti ini, Mohd Wahid ada menyatakan bahawa dari tahun 2000 sehingga 2005 sebanyak RM 200.34 juta wang royalti kerajaan Terengganu telah diberikan kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain, ia meningkat sebanyak RM 600 juta lagi sehingga tahun 2008.

Pada ceramah pengenalan calon di Gong Pauh baru-baru ini, Mohd Wahid menegaskan akan menyenaraikan segala penyelewengan dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Umno-BN. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam berkata, beliau pernah membangkitkan beberapa usul dan sidang DUN termasuk hal yang berkaitan royalti minyak. Namun hasrat baiknya meminta kerajaan mendedahkan secara terperinci ke mana wang royalti tersebut ‘lesap’ dan tidak menjadi realiti kerana usul beliau ditolak oleh Sidang DUN.

Hakikatnya, Kerajaan Terengganu menerima wang royalti minyak secara langsung daripada kerajaan Pusat dari tahun 2000, berjumlah RM 6.218 billion katanya.

Tahun 1999 semasa Pas memerintah Terengganu, bangunan sekolah tadika ditutup. Menyebabkan kerajaan Pusat bertindak campur tangan menyelesaikan isu persekolahan anak-anak ini. Kesan ketidakpuashatian rakyat itu sedikit sebanyak menyebabkan PRU11 BN dapat tawan balik Terengganu dan sampai sekarang. Kejadian seperti itu diulangi lagi hari ini(penutupan bangunan tadika)di Perak. Masih tidak belajar daripada kesan tindakan kerajaan PAS Terengganu antara 1999-2004 menutup tadika dan balai raya?

Ini adalah sebab PAS kecundang apabila meletakkan kuasa lebih penting daripada pendidikan anak-anak. 'Slogan kebajikan rakyat' yang dilaung-laungkan oleh PR dalam manifesto PRU12 sudah tidak dipakai lagi, hanya retorik politik semata.mata. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan tindakan kerajaan Perak gabungan PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat menafikan hak kanak-kanak terutama golongan kurang berada untuk mendapatkan pendidikan. Ia berikutan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak mengunci pintu dewan yang akan dijadikan kira-kira 700 kelas Tadika Kemas membabitkan lebih 11,000 kanak-kanak disifatkan sebagai perbuatan angkuh dan terlalu mementingkan kuasa.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan negeri yang dipimpin Pesuruhjaya II Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar yang juga Menteri Besar tidak berhak berbuat demikian kerana dewan berkenaan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang kesal dan kecewa dengan tindakan itu, berkata kejadian itu boleh mengakibatkan kanak-kanak yang mendaftar untuk mengikuti pendidikan pra sekolah tidak dapat berbuat demikian hari ini.

“Saya akan ke sana untuk meninjau dan mendapatkan maklumat terkini berikutan tindakan tidak bertanggungjawab kerajaan negeri yang dipimpin parti pembangkang itu.

“Kejadian ini tidak sepatutnya berlaku, terutama jika kerajaan itu mengutamakan kebajikan kanak-kanak terbabit dan berperikemanusiaan, tetapi sebaliknya mereka bertindak tidak mencerminkan apa yang dikatakan sebelum ini iaitu sebagai kerajaan kebajikan yang mementingkan rakyat,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Muhammad mengarahkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) supaya segera mencari premis baru di kawasan berhampiran dewan yang dikunci itu untuk disewa atau dibeli.

“Cuma kita bimbang kedudukan premis baru nanti lebih jauh dan akan menyukarkan ibu bapa kanak-kanak terbabit, berbanding dewan yang selalunya dibina di sekitar kawasan penempatan,” katanya. Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab kerajaan pembangkang itu juga menyukarkan pihaknya mengadakan perbincangan bagi menangani isu berkenaan.


Adakah kanak-kanak tadika tersebut dah boleh mengundi 17 januari nanti?





No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..