Followers

Friday, January 2, 2009

SEJENAK BESAMA PETANI KADA

Projek Perataan Tanah Sawah di bawah Pelan Peningkatan Pengeluaran Padi Pelan Peningkatan Pengeluaran Padi disediakan ekoran daripada peningkatan harga beras dan kekurangan bekalan diperingkat antarabangsa. Ia bertujuan untuk memastikan bekalan beras dalam negara adalah stabil dan mencukupi untuk keperluan rakyat di negara ini.

Pelan ini mensasarkan pengeluaran padi ditingkatkan daripada 2.30 juta tan padi pada tahun 2007 kepada 2.95 juta tan padi menjelang tahun 2010. Dengan penetapan sasaran tersebut, tahap saradiri (SSL) penggunaan beras dalam negara dapat ditingkatkan daripada 73% pada tahun 2007 kepada 86% menjelang tahun 2010. Sasaran ini dijana dengan meningkatkan tahap produktiviti daripada 3.8 tan/ha pada tahun 2007 kepada 4.58 tan/ha menjelang tahun 2010.

Pelaksanaan pelan ini melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian sebagai agensi peneraju yang terdiri daripada Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian dan MARDI; manakala Jabatan Pertanian Negeri, MADA, KADA, IADA dan JPS negeri adalah sebagai agensi pelaksana. Dalam kontek ini, pihak

kementerian Pertanian telah menubuhkan Paddy Focus Group dan Ketua Pengarah Pertanian telah dilantik sebagai pengerusi kepada kumpulan kerja tersebut diperingkat persekutuan untuk merancang dan memantau pelaksanaan keseluruhan program dari masa ke semasa.

Pihak pengurusan atasan Jabatan Pertanian pula telah membuat ketetapan iaitu Pengarah Pertanian Negeri di beri tanggungjawab untuk mengetuai Paddy Focus Group diperingkat negeri bagi menyelaras dan menyelia pelaksanaan projek diperingkat operasi atas premis MOA Inc.. Projek Perataan Tanah Sawah merupakan salah satu program utama di bawah Pelan Peningkatan Pengeluaran Padi yang dilaksanakan secara langsung oleh Jabatan Pertanian.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meningkatkan kecekapan Amalan Pertanian Baik (APB). Aktiviti yang terlibat adalah seperti membina dan memperbaiki saluran-saluran air peringkat ladang, batas-batas ladang dan pintu kawalan air dalam petak sawah bagi mengoptimumkan penggunaan air yang terhad.


No comments:

Thought Of The Day

"Friendship improves happiness, and abates misery, by doubling our joys and dividing our grief...You wil always rise in life to the level of responsibility that you are willing to accept"

Selalu ada yang baru...


FOREX MARKET

FOREX MARKET

FOREX INVESTMENT

Forex exchange online.

Konsep Pelaburan Mesrawang/ jaminan modal.
Trader : Pakmie/Aris Danial
Email : Arisfx@yahoo.com
Berurusan contact +019 9947815
Sms +016 9217815


Rangkaian Traders
Malaysia ( Sabah, Serawak )
Indonesia
Brunei
Thailand
Singapore
Australia
Belanda

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI - DAN TAK AKAN SELESAI!

'Kenapa PaKMie memilih untuk membela MELAYU? PaKMie yakin, Allah melindungi agamanya dan agama bebas untuk semua bangsa. MELAYU hanya mempunyai TANAH MELAYU (MALAYSIA) sebagai tanah air meraka. Kenapa kita perlu memberi hak-hak kita kepada orang asing? Perlembagaan Malaysia sudah cukup adil bagi kesemua rakyat di Malaysia, tak kira Melayu, Cina ataupun India kesemuanya akan dibela dan diberikan pengadilan yang saksama. Pertualang Bangsa dan bayangan Dajjal patut hapuskan dan makhluk laknat ini harus ditentang sehingga dibuang negara dan dilenyapkan dimuka bumi Allah ini!...'

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..

BERJUANGLAH! agar disaat kau menghembus nafas yang terakhir kau tersenyum dan orang lain menangis..